Kringg!!!
bunyi loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Hamna mengemas buku dan begnya sebelum melangkah untuk pulang.
saat dia mahu melangkah, tiba-tiba begnya ditarik oleh beberapa pelajar perempuan di kelas itu. Hamna tak toleh tapi dah boleh agak, ni mesti Suhanna.
"Hamna..awalnya balik.. tak nak lepak dengan kitaorang? kitaorang ada banyak benda nak cakap dengan kau!" kata Suhana.
"Apa benda korang nak cakap?" kata Hamna, tak ada pilihan untuk menolak sebab nak tahu juga apa yang Suhana dan gengnya tak puas hati lagi dengannya.
"Berani ya kau tak datang gudang petang semalam? Ershad tunggu kau doh! kau ni dah lah selekeh..Ershad tu suka kat kau kira okeylah tu . kau nak apa lagi? boyfriend aku si Danial?" kata Suhana angkuh.
Hamna mengepalkan tangan. Eh minah ni..suka hati nak atur hidup orang. "Aku kata..aku tak suka Ershad..aku tak suka dia lebih daripada apapun..dan..mana boleh berduaan kat gudang! berdosa!"kata Hamna.
"Apa kau cakap?! Kau dengan Ershad tu sesuai sangat..dia tak hensem..kau tak cantik..dia kulit hitam ..kau kulit putih."kata Suhana tersenyum sinis.
"Kau kena ingat Hamna.. aku bila-bila masa je boleh buat kau hidup merana kat sekolah ni..umur kita dah 19 tahun lah..nak habis stpm dah.. bila-bila masa.. result kau kena blacklist."kata Suhana.
"Kau ingat aku takut sangat ke kat kau!" Hamna menarik tudung Suhanna, mendekatkan wajah mereka. Suhana terkejut.
"Ehh! apa ni main tarik-tarik tudung!! rosaklah!!" kata Suhana.
"Kau dengar sini, perempuan..aku tak suka bila kau nak pijak aku macam ni..aku ni tak main buli-buli ni.. apalagi daripada perempuan pick me macam kau ni.." kata Hamna lalu segera melepaskan tudung Suhana dan pergi.
"Woi Hamna!! Ilham Rania!!" kata Suhana.
Hamna menoleh ke arahnya. "What pick me, girl? aku bukan macam kau..dan kau bukan macam aku." Hamna langsung pergi sebab dah malas nak hadap sikap menjengkelkan Suhana tu.
"Dah makin naik kepala aku tengok budak Hamna tu." kata Sofea sambil menyilangkan tangannya.
"Kan? dia tak tahu ke apa akibatnya jika berani lawan dengan Suhana? boleh kena tendang dia dari sekolah ni. Dia tu bukannya sesiapa pun kat sini!" kata Mira.
Suhana hanya diam. Matanya merenung tempat di mana Ilham Rania berlalu pergi. Dia akan pastikan gadis tu tahu di mana tempatnya yang sepatutnya.
????
"Ayah..Ham dah balik." kata Hamna meletakkan begnya di sofa sambil mencari sosok tubuh ayahnya.
Tak ada respon dari Encik Azhan, ayah Hamna. Mana pulak ayahnya ni ghaib, pikir Hamna.
"Bukk!!".
Hamna terkejut saat tubuhnya terlanggar sesuatu saat mundur ke belakang. Dia menoleh dan bingung melihat pakaian sut warna hitam. Sejak bila ayahnya pakai sut mahal? dan kenapa ayahnya tinggi?
"Ehem..what are you looking at?"
Hamna terkejut dan mendongak. Ya Allah, siapa pulak mamat ni? dengan muka attractive. Hamna boleh rate lelaki ni 9/ 10?
"What the...."
"So kau Ilham?" kata lelaki itu.
"Hah? uhh ..ya.." kata Hamna. Boleh cakap melayu rupanya lelaki ni, ingatkan faham inggeris je.
"Tak sangka you are girl..."kata Lelaki itu.
"I'm Zayn." katanya singkat dan padat.
Hamna masih keliru namun cuba bersikap mesra..yalah kan takkanlah nak layan orang luar tiba-tiba biadap pulak.
"Encik Zayn." kata Hamna.
"Kau siapa?" tanya Hamna lagi.
"Zayn?" ulang Zayn dengan dahi berkerut. Riak mukanya ketara betul jengkel bila Hamna tanya dia benda yang dia dah cakap tadi.
"No maksud saya..kau buat apa kat rumah ni? encik ni kawan ayah ya?" kata Hamna.
"You can think so. Where yours dad?" katanya.
"Tak tahu.."kata Hamna."Saya baru balik sekolah.. mungkin ayah masih kerja kot ..awak..umm.. duduklah kat ruang tamu." kata Hamna rasa kekok sikit. Tak pernah belajar nak layan tetamu ni.
Zayn sempat menaikkan sebelah alisnya, dapat baca yang Hamna rasa kekok.
"Fine..but..it is true you are Ilham?" kata Zayn masih tak percaya. Hamna agak hairan kenapa lelaki ni tak percaya dia Ilham.
"Ya..saya Ilham Rania." kata Hamna. "Kenapa awak tanya? jangan-jangan.." Hamna menutup mulutnya, tak mampu meneruskan ucapannya.
Zayn memandangnya penuh tanda tanya. "Jangan-jangan..?" menunggu Hamna sambung.
"......"
Bersambung...
Haii.. selamat berkenalan, Saya Dayahzz dan terima kasih sebab sudi baca novel terbaru saya yang berjudul "My precious girl". Harap bantu support novel ni hingga ke akhir. Thanks!
Share this novel