BAB 1

Romance Completed 74137

LAMA matanya memandang ke arah si gadis yang sedang ralit mencari benih bunga di kedai florist itu.

Begitu juga dengan pemandu peribadinya. Dia baru seminggu berada di tanah air sendiri itu pun apabila papanya panggil dia turun ke Malaysia.

Selain itu, dia juga terpaksa menyembunyikan dirinya seketika di Malaysia namun dia tetap mengambil tahu akan keadaan di Itali.

"Sampai bila kau nak memandang dari jauh saja, bro. Dah lama kau suruh aku stalk dia sejak kau di sana lagi. Dah tiba masanya untuk kau menegur dia," tegur sang pemandu dengan mata merenung ke arah cermin atas.

Ezriq yang juga berkacamata gelap tetap tersenyum dari seat belakangnya. Muka tidak berpaling dari memandang arah luar di mana ketika itu, gadis itu sedang ingin membayar duit benih bunga.

Shania memang suka menanam bunga di kebun belakang villa. Biar pun mamanya tidak suka dan seringkali memusnahkan tanaman bunga dia. Shania tetap bersabar.

Dia kesepian di villa itu. Dua kakak tirinya sama saja dengan mak tirinya membenci akan dirinya. Apa saja yang dia lakukan, tidak kiralah sama ada perkara itu betul mahupun salah tetap salah di mata mereka.

"Kalau Nia nak benih lagi telefon je kakak. Kakak boleh datang. Ni mama tahu tak ni? Karang dia marah pula," tegur Kak Sofia tuan punya kedai florist sambil menghulur plastik serta baki wang.

"Mama tak ada kak dia keluar. Tak tahu mana perginya. Nak kata ke spa setahu Nia semalam. Tadi pun dia keluar macam rushing je. Entahlah kak. Tak apa kak. Nia jemulah kak duduk sorang kat villa tu bila papa outstation. Tu pun bukan semuanya nak bersembang dengan Nia. Mama bukannya bagi bibik sembang pun. Asyik kerja je macam Nia. Yang lagi berdua tu tahu shopping jela..." Rungut Shania bukannya dia tak jemu dengan kehidupannya itu.

Kak Sofia hanya tersenyum mendengar celoteh berisi luahan rasa hati si gadis manis bertocang dua dan bergaun paras lutut itu.

"Oh iya, hari Sabtu ni akak nak naik Cameron. Kalau nak ikut sekali jomlah," pelawa Kak Sofia yang teringatkan akan aktiviti dalam perancangannya itu.

"Akak nak ambik stok benih mawar lagi ke?" Soal Shania juga teruja mendengarnya. Sudah agak lama dia tidak naik ke tanah tinggi itu.

"Ahah, dik. Akak ingat nak survey kalau-kalau ada benih bunga lain yang boleh ditanam di sini. Kalau nak join akak, akak akan datang ambik Nia jam lapan. Pergi awal sikit takut jalan jem nak ke Tapah tu nanti," ujar Kak Sofia lagi sambil-sambil dia menyusun paket kecil benih bunga carnation.

"Boleh juga kak. Nia pun dah lama tak naik sana. Jam lapan ya, kak?" Shania menyoal seraya mengeluarkan telefon pintar lalu membuka aplikasi Reminder.

"Ahah jam lapan pagi. So, jadi ya? Tak payah akak tanya adik akak dah. Dia pun tengah busy last semester tu," sahut Kak Sofia pula.

"Ya, jadi akak. Okaylah kak. Nia minta diri dahulu ya," ujar Shania sambil tersenyum dan ingin membuka langkah.

"Okay, kita jumpa Sabtu ni ya. Hati-hati balik tu. Hati-hati juga memandu," pesan Kak Sofia yang dah menganggap Shania itu seperti adik kandungnya sendiri.

"Ya, akak. Nia ingat pesanan akak tu," ujar Shania sambil melemparkan senyumannya. Dan membuka langkah untuk ke arah Mini Cooper hadiah sang papa sempena kejayaan dia mendapat ijazah sarjana muda namun Shania tidak bekerja kerana Datin Maya.

Dato' Azman biarpun tidak dapat membawa anak itu kerana statusnya dalam masa sama, dia tetap akan menghulurkan bantuan pada gadis itu. Dia tak bersalah sebenarnya.

Dato' Azman dan arwah Suraya yang bersalah mengwujudkan dia sebelum mengangkat nikah. Demi janjinya pada arwah, Dato' Azman membawa Shania dalam kehidupan dengan Maya.

Shania terus membuka pintu kereta. Dia membolosi ke dalam lalu plastik benih bunga dia letakkan dulu di seat penumpang setelah menghidupkan enjin.

"Ikut dia tak?" Soal sang pemandu sambil memandang ke arah cermin. Sekejap tadi, boss nya itu baru saja dapat panggilan dari syarikat.

"No need. Just terus ke syarikat. Nampak gayanya Tan Sri Michael cuba melawan api!" Sahut Ezriq dengan nada berapinya.

"Kenapa? Dia buat kacau ke kat sana?" Soal si pemandu seraya membelok keluar keretanya. Mini Cooper Shania masih lagi berada di situ. Mereka yang bergerak terlebih dahulu.

"Ya. Cepat sikit. I tak mahu papa masuk campur pula," arah Ezriq yang bukan saja dapat panggilan dari syarikat malah dari Itali juga.

Sewaktu kereta mereka melalui di tepi kereta Shania. Mata yang terselindung di balik kacamata hitam itu sempat menatap keayuan wajah si perawan yang ralit memutar volume radio.

Semerta ingatannya berputar sewaktu gadis itu menyelamatkan dirinya di satu pergaduhan. Namun akibat pendarahan yang terlalu banyak pandangan menjadi kabur.

Namun dia tetap sempat melihat si gadis yang merupakan anggota sukarelawan palang merah itu. Cekap dia membantunya sebelum dia mengarahkan gadis itu supaya pergi dengan cepat.

"Tapi awak cedera parah ni. Saya dah buat panggilan kecemasan. Tapi saya kena juga tunggu awak," sangkal Shania dengan mata masih lagi terpaku pada dada yang hanya sempat dia tarik keluar pelurunya saja.

"Aku tahu. Terima kasih kerana kau sanggup selamatkan penjahat seperti aku. Walau apa pun nyawa kau tu dalam bahaya. Aku kata lebih baik kau pergi," ujar Ezriq waktu itu dengan suara tidak terdayanya.

Darah masih lagi mengalir di bahagian dada yang sudah pun dibawa keluar pelurunya.

"Tapi awak..."

"Tolong aku pohon pada kau. Di sini tidak selamat. Tolong pergi dari sini sekarang juga!" Sedaya-upaya Ezriq menolak suara dari rengkungannya itu agar keluar.

Shania terpaksa akur. Akhirnya dia bangun walau dalam masa sama merasa serba-salah. Di depan dia ini adalah nyawa tetapi bila mendengar ancaman lelaki itu pula, dia juga perl u fikir tentang keselamatannya.

Shania tetap berpaling pada lelaki kacak bertuksedo dada berdarah itu sebelum dia berlari dari situ.

Telinganya memang sudah mendengar bunyi siren ambulans dan juga polis. Dan tiada lagi sebarang bunyi tembakan.

Ahli paramedik pakat berlari ke arah lokasi yang dinyatakan setelah mereka keluar dari ambulans. Begitu juga dengan pihak polis.

"Di sini ada tiga mangsa, over!" Salah-seorang daripada anggota berseragam itu bercakap melalui walkie talkie.

Di mata mereka semua, Ezriq serta rakan-rakannya itu adalah mangsa tetapi mereka tidak tahu kisah nyata di sebalik pemakaian suit korporat kolar putih mereka itu.

"Yang Mulia, tolong bertahan ya. Kami akan angkat Yang Mulia sekarang. Bertahan!" Ujar salah-satu anggota paramedik setelah mereka berjaya mengangkat tubuh yang semakin kehilangan banyak darah itu ke atas streatcher.

Ezriq tersenyum bila wajah ayu Shania masih lagi mempelopori ruang ingatannya. Apatah lagi, dia juga sudah tahu serba-sedikit mengenai latar belakang serta kisah gadis ayu.

Share this novel

emysharniza
2024-11-10 12:52:57 

Saya suka semua tulisan Dari awak

Guest User
2024-09-10 22:33:44 

hi awak

Nordiana Kasmir
2024-08-08 10:26:30 

uc jugak ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience