BAB 5 : PSIKO

Young Adult Series 4659

Satu persatu potret gambar Erinna ditampal setiap penjuru bilik, ruangan bilik dibawah tanah khas hanya untuk Erinna. Bukan hanya gambar, bau wangian yang dipakai oleh Erinna juga menyelubungi seluruh pelusuk bilik. Segala perkara yang melibatkan badan ada didalam ruangan bilik. Setiap helaian pakaian mahupun pakaian dalam, disimpan rapi disusun elok atas katil sebagai penyedap mata penawar rindu. Itulah tujuan dia menceroboh masuk bilik Erinna pada setiap malam, dia tahu Erinna tidak akan menyedari kelibat sesiapa atau orang yang mengusik barangan miliknya. Kenapa benda ini terjadi? Sebab dia terlalu mencintai Erinna sejak 8 tahun lepas. Walaupun di mata orang lain dia kelihatan normal seperti manusia biasa, nescaya lah itu hanyalah luaran. Hanya kerana cinta, dia boleh berubah menjadi psiko tetapi ini bukan cinta ini obses! Penat selepas menjenguk Erinna tidur, pakaian Erinna dikucup sepuasnya untuk dijadikan permainan imaginasi sebelum dibawa ke alam mimpi.

Pagi yang mendung tidak menghalang aku untuk berjoging di sekitar kawasan taman perumahan. Suara bisikan benda semasa tidur semalam membuat aku berfikir sejenak. Entah itu orang atau hantu, tipulah kalau itu orang sebab tak ada langsung bukti bilik aku kena pecah masuk. Tetapi bila fikirkan balik, aku dapat rasa hembusan nafas dan sentuhan benda tu. Tetapi siapa? Dan kenapa pecah masuk bilik aku? Tiba-tiba hati dan perasaan aku down, sedih seperti cuaca sekarang, sumpah aku rindukan dia sangat entah apa yang membuatkan dia menjauhkan diri, aku nekad aku akan pergi ke Johor melawatnya lusa.

Setibanya sampai di rumah, terdapat bungkusan atas nama aku. Tiada nama penghantar atas bungkusan itu. Dengan laju aku membawa bungkusan misteri itu masuk dalam bilik, letakkannya di tepi katil dan terus mandi. Sedang aku tengah mandi, aku mendengar bunyi tapak kaki dan suara seorang lelaki tetapi pintu rumah dan bilik sudah aku kunci dan tiada siapa langsung dalam rumah! Aku takut, panik, buntu idea untuk meminta pertolongan. Aku tak tahu apa motif dia pecah masuk bilik aku, yang pasti aku dapat mendengar dia membuka almari pakaian aku. Pancuran air aku membiarkan sahaja dibuka walaupun aku sudah siap mandi dan memakai bathrobe supaya orang itu tidak tahu tingkah laku aku dalam bilik air. Walaupun akan memakan kos yang tinggi namun aku terpaksa demi nyawa aku! Bayangkan kalau aku terus keluar, mesti akan dirogol dan dibunuh macam dalam berita ouh no Erinna! Salahkan diri sendiri sebab selalu ponteng kelas taekwondo sekarang macam mana aku nak protect diri sendiri? Tombol pintu bilik mandi dipulas sekuatnya beberapa kali tetapi dia tidak dapat membukanya kerana aku sudah kunci pintu itu dari dalam. Setelah menunggu selama beberapa minit, bilik aku kembali sepi dan sunyi. Dapat merasakan kewujudan orang itu tiada dalam bilik. Sebelum keluar dari bilik mandi aku memegang batang penyapu untuk protect diri sendiri kalau orang itu tiba-tiba menyerang. Dengan perlahan-lahan aku keluar dari bilik mandi, berjalan dengan senyap dalam bilik sendiri seperti pencuri pula dalam bilik sendiri. Satu persatu almari aku selongkar jika ada barang aku yang hilang tetapi tiada, pelik.

Tiba-tiba aku dapat merasakan pukulan yang kuat dari belakang mengena kepala aku. Bukan sekali tetapi dua kali! Kepala aku berdenyut sangat kuat, secara terus badan aku terkulai menyembah lantai yang dingin. Sebelum dapat melihat mukanya, mata aku sudah tertutup rapat dan aku tidak sedarkan diri.

"Cis, awak fikir senang nak perdayakan saya ke sayang? Setiap tingkah laku awak dari dulu sampai sekarang saya dah hafal", senyuman terukir lalu menghidu bau Erinna dengan lama. Pertama kali bagi dia dapat melihat Erinna memakai bathrobe dengan depan, menghidu bau Erinna dengan dekat. Perkara itu mampu mengkhayalkan dan memancing nafsunya sebagai seorang lelaki asli.

"ERINNAAA!" ketukan pintu bilik bertalu-talu dari Yana membuatkan dia membatalkan hasratnya. Bathrobe Erinna diikat kembali seperti tadi supaya Erinna tidak menimbulkan syak dia disentuh oleh sesiapa. "Bye sayang, i love you. Next time bila dah sah baru i kerjakan you habis-habisan"

hope u gais like this chapter <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience