Bilik hotel mewah itu terlalu sunyi. Serena berdiri kaku di hadapan cermin besar, jemari menggenggam kuat kain dress satin hitam yang tersarung di tubuh. Nafasnya berat, dada berombak. Malam ini... hidupnya bertukar selama-lamanya.
Dia dah tandatangan kertas gila itu. Sah di sisi undang-undang sekaligus telah sah menjadi isteri lelaki asing bernama Damien Adrian. Lelaki yang selama ini cuma muncul di skrin telefonnya.
"Mudah sgt kau percaya lelaki baru kau kenal, terus ajak nikah pula tu. Kau tak rasa pelik ke. Kot lelaki tu psycho naya kau"
Kata-kata Lisa, kawan baiknya bergema dalam kepala.Tapi dia degil. Dia berkeras menyangkal. Damien dalam chat baik, lembut, sopan macam prince charming. Mana dia sangka realitinya seperti apa.
Klik.
Pintu terbuka.
Langkah berat Damien melangkah masuk. Lelaki tinggi itu berhenti, matanya gelap meneliti Serena dari hujung rambut ke kaki.
"Terlalu kecil dari gambar." suara rendah, tajam.
Serena gigit bibir. Tak lari. Tak tunduk. Dagu di angkat. Melawan pandang mata lelaki itu.
Senyuman senget terukir di bibir Damien. Menyeramkan. Lelaki itu bergerak perlahan, lagak seperti pemangsa menghampiri mangsanya, kakinya terhenti di belakang Serena. Sandar di meja, mata masih di cermin.
"Mulai malam ni... kau milik aku. Sah. Tak boleh tarik diri."
Serena hela nafas. "Saya tak minta pun jadi milik sesiapa."
Damien ketawa kecil, suara berat menusuk. "Tak penting kau minta atau tak. Dalam dunia aku… siapa jatuh cinta dulu, dia kalah."
Serena rasa darah menyerbu muka. "Saya takkan jatuh." berani. Dia pun tak tahu dari mana keberanian itu datang. Namun yang pasti, dia tak akan membiarkan maruahnya di pijak.
Damien bangkit, langkah malas mendekat. Kini jarak mereka sejengkal. Kepala di tunduk, berbisik ke telinga Serena. "Kita tengok, Serena. Siapa yang jatuh dulu.
Damien longgarkan tali leher, duduk santai di sofa. Mata tajamnya tak lepas dari Serena. "Menyesal, Serena?"
"Tak." Ringkas. Matanya beradu pandang dengan lelaki itu. Dia lihat dengan jelas senyuman bahaya terselit di bibir Damien.
"Bagus. Kat sini… kau tak perlukan menyesal. Kau cuma perlu dengar."
Serena silang tangan di dada. "Kalau saya tak nak dengar?"
Damien bangun. Perlahan. Dominan. Bahaya. Dia berdiri rapat di depan Serena. Jari kasarnya naik menyentuh dagu Serena, paksa Serena pandang tepat ke matanya.
"Dalam dunia aku… kau tunduk... atau kau hancur."
Serena gigit bibir. Mata bertembung, panas, tegang.
Damien dekatkan wajah, bisik di telinga Serena. "Welcome to hell... my wife."
•
•
•
"Welcome to hell, my wife"
Bisikan itu bergema di telinga membuat seluruh badannya membeku. Lelaki ini, lelaki yang dikenalnya cuma dari skrin kini dalam sekelip mata sah menjadi suaminya. Dengan satu tandatangan petang tadi, hidup Serena berubah total. Perkahwinan mereka sah di sisi undang undang. Tiada saksi keluarga. Tiada majlis. Tiada penceraian, kecuali atas kehendak Damian Adrian sendiri.
Bodoh! Kenapa dia tak dengar kata Lisa hari tu. Hatinya sarat mengutuk diri sendiri. Nak menyesal sekarang pun dah tiada gunanya lagi. Benda dah jadi. Kalau dia minta cerai belum tentu lelaki tu senang senang nak lepaskan dia.
Tali leher di longgarkan, kot mahalnya di lepas atas sofa.
“Mulai sekarang, kau milik aku. Faham?”
Serena angguk, bukan kerana rela, tapi sebab takut tak tahu apa Damien boleh buat kalau dia melawan.
Damien mendekat, jari telunjuknya angkat dagu Serena kasar. Mata gelap tajam menikam pandangan Serena. "Tapi aku benci boneka penakut. Jangan buat aku bosan."
Serena pejam mata. Nafas laju. Lelaki ni gila. Sangat gila! Tapi bukan bodoh. Ada aura bahaya, tapi licik, bijak, terancang.
"Baring. Tidur awal. Esok ada urusan penting."
Serena ketap bibir. Hati memberontak keras tapi tubuh akur. Katil king size mewah di penuhi bau maskulin Damien. Dia berbaring kaku, mata di paksa pejam, tapi hati ligat berfikir.
Macam mana aku boleh terjebak? Lisa betul. Damien terlalu baik masa kenal online. Sweet. Caring. Gentleman. Tapi realiti, jauh beza. Realiti ni gelap. Menjerut. Dan dia tanpa sedar sudah masuk ke dalam perangkap lelaki itu.
Serena jeling Damien dari ekor mata, lelaki itu duduk di kerusi, menyandar, buka buku nota kerja sambil sedut cerut perlahan. Santai. Seolah tak ada perempuan baru yang dia ‘ikat’ hari ini.
"Kenapa kaku? Tak biasa tidur bilik hotel mahal?" suara Damien kedengaran malas.
Serena diam. Mulut celaka itu menyakitkan hati setiap kali bercakap dengannya. Mana pergi Damien online yang dia kenal dulu. Lelaki di depannya ini seolah tak langsung pernah dia kenal.
Tiba-tiba Damien bangun, menghampiri katil berdiri di sisi pandang Serena. "Tidur lah. Aku takkan sentuh kau malam ni. Aku bukan binatang."
Serena telan liur. Lega. Tapi kenapa rasa lagi takut bila Damien senyum sinis macam tu dekat dia.
"Kalau kau fikir boleh lari… cubalah. Aku suka kejar." bisiknya perlahan di telinga Serena sebelum beredar ke sofa semula.
Serena peluk bantal erat. Jantung berdegup laju. Serena… kau dah masuk perangkap. Bodoh. Bodoh sangat! Hatinya meraung tapi dia tahu dia dah terlambat nak berundur.
Share this novel
nak lg dreamy