Rate

Bab 2

Action Series 122851

Beberapa hari selepas seorang lelaki yang tak dikenali menemuinya, hari ini, dia dipanggil oleh ketua Pegawai Penjara.

"Dian Danila, Kau dibebaskan harini." Kata pegawai penjara.

"Apa? Bb-betul ke ni tuan? "Tanya Dian Danila.

"Ye. Ada orang tunggu kau kat luar. Ganti pakaian, kemudian datang berjumpa saya semula."Kata ketua pegawai penjara itu lagi.

"Baiklah. Terima kasih Tuan." Kata Dian Danila.

"Dian, ingat pesan akak ye. Jangan lupa cari akak." Kata Kak Yanti.

"Ye Kak. InsyaAllah. Terima kasih sebab selalu tolong Dian. Dian tunggu akak." Balas Dian Danila.

Selesai menandatangani beberapa dokumen, Dian diiring keluar oleh pegawai penjara. Tiba di depan pintu pagar penjara, Dian ditinggalkan seorang diri. Disitu ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri tepi kereta.

Lelaki itu mendekati Dian lalu menarik tangannya dengan kasar untuk dibawa ke sebuah kereta. Dia dihumban masuk ke dalam Toyota Alphard dengan kasar.

"Aduh! Sakitlah. Kau siapa?" Jerit Dian.

"Berterima kasihlah kepada bos aku sebab dah keluarkan kau dari kehidupan hitam ini," kata lelaki itu.

Dian melihat lelaki yang sedang duduk di depannya sambil menekan-nekan skrin telefonnya.

"Kau?" Dian Danila cuba mengingat di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki itu.

Ya, dia ingat. Malam ketika ibu tirinya cuba menjual dirinya kepada seorang mafia tempatnya berhutang beratus ribu. Dian sempat melarikan diri sebelum lelaki itu dapat menangkapnya malam itu.

"Kau?" tanya Dian Danila.

"Kenapa? Kau terkejut macam mana aku tahu kau di sini?" tanya Ku Uthman La'iq.

"Bukan tu yang aku nak tanya. Kenapa kau bebaskan aku?" tanya Dian Danila.

"Kau tanya kenapa aku bebaskan kau?" Ku Uthman ketawa geli hati.

Tubuh Dian ditolak agar dekat dengan lelaki itu.

"Aku dah beli kau. Mak tiri kau tak mampu nak bayar hutang dia. Dan kau adalah ganti hutang dia pada aku," kata Ku Uthman La'iq.

Tudung di kepala Dian ditarik bersama rambutnya dengan kencang. Terasa seperti kulit kepalanya hendak tercabut, Dian Danila kesakitan.

"Sakitlah!" kata Dian cuba melepaskan diri.

"Jalan," kata Ku Uthman kepada orang kanannya, Ilham.

"Baik, bos," kata Ilham yang mengenakan topeng di wajahnya.

"Kau nak bawa aku ke mana, hah?" tanya Dian.

"Aku nak bawa kau ke mana pun ikut suka aku. Kau tu dah jadi gundik aku. Faham? Gundik!" kata Ku Uthman berbisik di telinga Dian.

"Kalau aku nak jual kau pun aku berhak," bisik Ku Uthman lagi.

"Dia yang berhutang, kenapa aku yang kena bayar semuanya?" tanya Dian Danila.

"Sebab kau tu tak berguna. Kau nak tanya lagi kenapa? Memang bodohlah kau ni. Sebab tulah dia sumbat kau dalam penjara sebab kau ni senang dibodohkan!" kata Ku Uthman lagi, sambil menonjol-nonjol kepala Dian dengan jari telunjuknya.

"Kau dengar sini baik-baik, kau layan aku baik, aku layan kau baik. Kau layan aku jahat, aku akan layan kau lebih jahat lagi. Kau faham tak?" tanya Ku Uthman memicit kedua rahang Dian dengan kuat sekali.

"Bos, dah sampai," kata Ilham.

"Darius, kau bawa dia masuk ke dalam. Pesan dekat budak-budak, jaga dia jangan sampai terlepas," kata Ku Uthman.

"Baik, bos," balas Darius.

"Kau nak jadikan aku apa, hah? Aku tak ada salah pun dengan kau," tanya Dian Danila.

"Kau tak ada salah dengan aku. Tapi sebabkan mak dan kakak tiri kau tu, kau yang kena bayar semuanya," kata Ku Uthman.

"Seret dia," kata Darius kepada anak buahnya.

Tubuh Dian terasa melayang saat dia hampir jatuh ditarik dengan kuat agar keluar dari dalam kereta itu.

"Ingat, jangan sampai dia hilang," kata Ku Uthman.

Kereta Alphard itu berlalu meninggalkan Dian bersama anak-anak buah lelaki tadi.

"Silakan, Cik. Kami tak nak berkasar dengan Cik Dian. Jadi saya harap sangat Cik permudahkan urusan kami," kata Darius.

"Kenapa mesti aku? Semuanya kepunyaan aku dah pun dirampas oleh perempuan tak guna tu. Aku cuma sepah yang sudah dibuang. Apa lagi yang ada pada aku sekarang ni?," tangis Dian Danila.

Rintihan itu mampu membuatkan Darius dan anak buahnya merasa hiba.

"Jangan persulitkan keadaan lagi, Cik Dian. Ikut saja kemahuan dia. Dia tak sejahat yang awak sangka," kata Darius.

"Tak jahat? Kau tak nampak apa yang dia buat dekat aku tadi? Kau dengar kan yang dia cakap nak jadikan aku gundik? Itu kau kata tak jahat? Aku lagi rela duduk dalam penjara daripada tinggal dengan lelaki yang senang-senang merendahkan kehormatan aku," kata Dian Danila.

"Black, tolong bawa Cik Dian naik dan hantar ke biliknya," kata Darius.

"Baik, bos," balas Black.

Black dan Amir menghantar Dian naik ke tingkat atas, di mana bilik itu telah lama disediakan oleh Ku Uthman untuk perempuan itu.

Terbuka saja pintu bilik, tubuh Dian didorong dengan kuat sehingga dia tak mampu menstabilkan langkahnya hingga terjatuh ke lantai.

"Kau duduk diam-diam dalam bilik ini. Kau boleh lembutkan hati bos kami, tapi tak hati kami. Faham!" herdik Black lalu mengunci bilik itu dari luar.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku selepas ini. Aku tak rela, namun aku terpaksa. Aku berserah dibawah perlindungan-Mu," rintih Dian Danila dalam tangisannya.

Dari CCTV yang ada dalam bilik itu, Ku Uthman mampu memerhatikan perbuatan anak buah Darius. Penumbuk digenggam kejap.

Tidak menyangka mereka berani bersikap kasar terhadap perempuannya.

"Ilham, aku nak kau perhatikan Black dan Amir. Tak ada siapa yang boleh mengasari milik aku kecuali aku sendiri," kata Ku Uthman.

"Kau nak apa sebenarnya ni Uthman. Kau tak puas hati dengan mak tiri dia. Kenapa kau nak balas dendam kat Dian?" Reaksi Ilham terhadap tindakan Ku Uthman membuatkan dia merasa lebih geram.

"Kau jangan nak melawanlah Ilham. Aku dah suruh, kau buat jelah." Kata Ku Uthman kasar.

"Hah. Lepas tu kau nak aku buat apa lagi? Kau nak aku bunuh si Dian tu baru kau puas hati?" tanya Ilham geram dengan sikap Ku Uthman.

"Sebelum aku tumbuk muka kau, lebih baik kau diam Ilham. Kau tak tahu kenapa aku buat semua ni." Kata Ku Uthman.

"Kau suruh aku diam? Bodoh la kau ni, Ku Uthman La'iq. Aku dah kenal kau lama. Bukan aku tak tau sebab kau sanggup beri hutang dekat Mak tiri dia sampai beratus ribu. Ini semua sebab kau nak balas dendam dengan apa yang jadi dengan Nelysa kan?" kata Ilham.

"Eh Ham. Perempuan tu adik Dani. Dani yang menyebabkan Nelysa mati tau tak! Sekarang aku nak Dani rasa apa yang aku rasa selama ni." kata Ku Uthman La'iq.

"Kau kata semua ni salah Dani? La'iq, Kau dengan aku sekali ada dekat tempat tu. Kau sendiri pun nampak apa yang berlaku malam tu kan? Kenapa kau tak terima kenyataan yang semasa kemalangan tu, Nelysa juga bertanggungjawab?" tanya Ilham.

"Ham, kau jangan berani bercakap pasal Nelysa macam tu. Apa yang aku nak buat dekat Dian tak ada kena mengena dengan kau pun," kata Ku Uthman lagi.

"Hah? Kau bodoh ke apa? Dian Danila tu sepupu aku, La'iq, sepupu aku. Dani tu membesar dengan aku. Kau kata aku tak ada kena mengena? Hei! Bapak aku pun meninggal dalam kemalangan tu, kau tahu kan?" tanya Ilham bengang.

Ku Uthman tidak menjawab soalan Ilham. Baginya Ilham cuma cerita sampingan dalam episod balas dendamnya terhadap Dani.

Ilham yang sudah masak dengan perangai Ku Uthman turut diam, cuma memandu laju kereta Alphard yang dibawanya, menunjuk geram. Dia tahu semua yang terjadi adalah takdir. Pun begitu, lelaki yang sedang santai duduk dibelakangnya tidak faham akan maksud takdir. Bagi Ku Uthman La'iq, Dani adalah pesalahnya dan dia sanggup melakukan apa sahaja agar dendamnya terbalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience