1

True Story Series 1378

Kisah bermula sewaktu di tingkatan 3. Sewaktu aku atau lebih dikenali sebagai manchai (nama samaran) duduk sambil berbual bersama kawan ii ku, sementara menunggu cikgu subjek berikutnya masuk. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9.30 minit pagi, cikgu berjalan masuk sambil membawa dua buah buku dan diletakkan diatas meja. Sebelum ketua kelas memberikan salam kepada cikgu tiba ii cikgu terus memotong percakapan ketua kelas lalu memberi tahu bahawa kami akan mendapatkan seorang rakan baru. Tidak jauh dari sudut pintu kelihatan seorang perempuan sedang berjalan masuk sambil memandang ke arah kami. Mataku yang selalu merayap kesana kesini kini 100 peratus tertumpu ke arahnya. seorang gadis kecil comel yang berukuran 145 cm masuk dan berdiri dihadapan kelas lalu mempekenalkan dirinya.

Dya yang bernama dahlia (nama samaran) atau lebih mersa dipanggil ly menceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya dan sebab dya berpindah ke sini. Aku yang selalunya bising kini diam seribu bahasa, selalu tidak fokus semasa guru belajar kini fokus mendengar dan melihat siap kata ii yg keluar dari bibirnya. Aku yang selalunya bosan dengan perkara yang diceritakan oleh cikgu kini menjadi pelajar yang paling memberi perhatian seperti mendengar sasterawan melemparkan kata ii azimat di pentas berprestij. Setelah selesai bercakap ly disuruh oleh cikgu untuk duduk disebelah kawan perempuan ku yang mana tidak jauh dari tempat dudukku. Semasa ly melintasi mejaku aku seperti ingin menyapanya tatapi belum sempat aku mengeluarkan kata ii kawan perempuan ku sudah memotongnya. Jadi aku terpaksa membatalkan hasratku. Dan kelas pun dimulai......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience