1 • SHARIM ISHRAQ

Fantasy Series 116

Boom!

Letupan meledak. Sharim menekap telinga. Walkin begitu, gagal membendung gelombang kekal menghempas badan.

"Sharim!"

Suara seseorang, terdesak menggapai ke arah tangan lelaki itu apabila segala berubah berdesing.

Ke-Dush.

Dia sekadar mampu terpelanting lemah ke udara dan menghempap permukaan beberapa kaki dari tangan gagal terjangkau, hampir mendekus akan ketidakupayaan diri.

Semenjak bila segala berubah keruh sebegini?

Sharim mempersoal diri apabila dia sekadar mampu rebah terkaku di tar tidak berturap.

Semenjak bila dia memerlukan bahu seseorang sekadar hendak berdiri tegak?

Sebelum ini, dia merupakan tulang belakang mereka, pelindung mereka dan wira mereka.

Jadi...

... Semenjak bila, dia berubah selemah ini?

Rembulan sabit pucat bersinar dan setajam cakar perak berselimut bintang, terbentang sehingga relung langit tenggelam. Segumpalan awan mendung berarak di langit, berbaur velvet malap dalam kelipan detusan meriam.

Pppttt—Boom!

Bagaikan tawa mereka masih kekal bergema di dalam kepala dan kekal terpahat di situ untuk selama— sehingga dia terkubur, letusan indah bunga api memecahkan keheningan. Jingga bahari berjahang merentang selerak seahmar kelopak Hibiscus rosa-sinensis— huh, sinis sebagaimana malam ini.

Sharim hampir terdekah akan lawak sendiri.

"—rim!"

Sharim tersentak ke hadapam. Mata berjahang menewaskan tirai paling menawan mencoret langit pada malam kemelut itu— menjegil mata remaja itu kembali. Rambut pendek keperakan, beralun lembut kontra dari huru-hara di belakang.

"—Tiada masa hendak berkabung!"

Tangan pucat kedengking, memaut erat lengan Sharim untuk bangun. Tangan remaja lelaki itu begitu halus dan mulus, dan jika mahu, tangan kedengking itu mampu tersentap remuk dalam rangkulan jemari walau dia dalam kondisi lemah sebegini.

Namun.

"Urgh."

Tangan itu juga menopang dia membuka langkah dalam keremukan dan lemah ini.

"Sharim."

Sharim sekadar mampu merenung kosong ke arah remaja dalam keperakan apabila nama kelahiran dia, diseru. Dia hampir mengatup mata, mengerti remaja ini.

Lelaki ini... Tidak... Hibion Izan MEMBENCI remaja lelaki bernama Sharim Ishraq.

Begitu benci, sehingga dia sanggup menggunakan selok bertentangan setiap kali mereka bersua muka.

Sehingga, dia menahan diri daripada mengerih setiap kali mereka di dalam pasukan serupa atau, meraup wajah mendung hendak timbul ketika dia berada di kafeteria pada waktu tidak terjangka.

Sarkasme timbul di bibir remaja itu telah ketara untuk Sharim... Tiada ruang untuk dia menebus kesilapan diri kepada remaja tersebut.

Ktang-tang!

Serpihan logam dari runtuhan bangunan, berdentangan berdansa menghempas batu-bata berselerakan disambar api.

Keringat dingin, titis-menitis dari dahi ke bawah dagu Hibion. Dada remaja pucat itu, berombak tidak menentu.

Sharim telah muak.

"... Tinggalkan aku."

"HUH?!"

Raut berang mengagah ke wajah Sharim, mencabar Sharim untuk mengungkap semula.

Walau begitu, tanpa pengetahuan remaja berparut panjang dari bawah kening ke leher dengan darah segar-bugar mengalir— Sharim telah tiba kepada noktaf.

"AKU KATA TINGGALKAN AKU!"

"BERI AKU PENJELASAN KENAPA AKU MESTI DENGAR KATA ENGKAU?"

Hibion turut meledak. Wajah lelaki itu meremuk sebagaimana kertas direnyuk-krenyukkan dalam kepalan.

"TOLONGLAH—!"

Sharim menggetap gigi apabila Hibion hampir tersandung mencagak mereka berdua untuk tegak berdiri dan maju walaupun kaki mengigil berat hendak mengalah.

"... Aku tiada masa nak bertekak dengan engkau."

"... Sebab itu, lebih baik kau tinggalkan aku."

"KAU NI—"

"KAU SENDIRI TAHU AKU DAH TAK BOLEH BERTARUNG!"

"?!"

Sharim puas seketika saat mulut Hibion terbuka dan terkatup seolah-olah ikan air tawar ke darat, sebelum kembali berduka semula akan kelemahan diri. Dia setulus-tulus diri dan serasmi, tiada kegunaan kepada sesiapa mulai saat ini... Tidak... Semenjak, dia menopang musuh di bahu.

Sharim menekur tanah.

Disebabkan mereka telah begitu lama berada di situ, darah mengalir dari pergelangan kaki Sharim ke tumit, mula bertakung membentuk lopak.

Sesuatu tergelehah hitam melecet dan terobek dari dalam daging, menggelepai tersandang sekadar di bawah seragam perak kini, melumur likat darah.

Dia hampir tersedak semula saat memerhatikan organ terkantung-kantung, seakan-akan sesuatu 'begitu' masih boleh digelarkan 'kaki' untuk Sharim.

< "Pertama sekali, aku mesti 'melumpuhkan' pejuang khazanah kebanggaan Temenos." >

DIA berhasil 'melumpuhkan' Sharim.

Begitu lumpuh sehingga, Stigma [Pengunduran] Hibion tidak mampu mengundurkan kaki parah Sharim.

Dia tompang tanpa bahu sandangan Hibion.

< "... Maaf." >

Begitu gagal, sehingga Hibion Izan, entiti azab dan tersohor akan keangkuhan diri terhadap Sharim, menuturkan pohon sengsara sedemikian.

< "?Stigma Konkrit?melibatkan kezahiran." >

Sharim, pada mula, tidak memahami sekelumit penerangan natural genius seperti guru mereka, Izaeris Faaz.

Namun, dia kini, memehami konsep sedemikian menerusi kaedah— rumit— apabila musuh mereka mematah dan meremuk anggota badan Sharim— sehingga tiada harapan kembali ke sediakala.

< "Walaupun, Stigma sebegini mudah digunakan dan pragmatis berbanding ?Stigma Abstrak?, tidak disangkal bahawa ?Stigma Konkrit? mudah dipatahkan oleh musuh dengan ?Stigma Abstrak?" >

Musuh mereka teliti dalam memastikan Sharim kekal musnah dan tidak mampu kembali menggunakan anggota fizikal dia walau sekelumit, kerana Stigma remaja itu bergantung seluruh akan kemampuan fizikal dan upaya badan.

< "Abiliti dalam halakah pancaindera." >

Dan.

Mereka tidak silap.

Disebabkan itu.

"... Kenapa?"

Dia tidak mampu empati akan Hibion, yang kekal memangku Sharim merejah onak belukar dan tidak, sekadar membiarkan raksasa di pembentung meranggah Sharim, sepertimana pemilik pupil delima itu impikan.

< "Aku harap refleksi engkau terhadap segala kasualiti engkau telah timbulkan tiba apabila engkau menjadi habuan raksasa di pembuangan sampah!" >

Benar kata Hibion.

Dia merupakan asbab.

Dia merupakan punca segala huru-hara ini tercetus.

Dia merupakan pemula dan akhir.

Dia penyebab dan taaruf dunia ini di ambang apokalips.

< "Maaf. Giliran kamu menggantikan cikgu, Sharim." >

Segaris senyuman terkulum di bibir. Bulu mata tebal lebat bergemerlapan, meredup sedih. Jingga kencana menatap lembut akan serpihan cincin patah di atas telapak tangan.

Tiada amarah mahupun hampa dari sebalik mata pelepah jingga kasatmata itu, sekadar kelembutan mengamati anak mata Sharim.

< "Cikgu mengharapkan kamu, Sharim." >

Susuk dalam kot lazuardi itu kemudian, perlahan-lahan menghirap dari realiti.

< "Cikgu percaya kepada kamu." >

Desiran angin menghembus dalam cengkaman dingin menusuk sum-sum tulang.

"... Sharim."

Desaran itu mati tatkala Hibion membuka mulut dan Sharim hampir menafikan pendengarannya.

"Jangan mengalah."

Mata Sharim bergenang.

????? ????, ???? ????
Allah u Akbar,
Allah u Akbar!

? ????? ??? ?? ???? ????? ?????
Ash-hadu all?il?ha illall?h!

Azan dilaung berkumandang dari ufuk di timur terbenam menunggu fajar.

Tunggu... Azan?

Sharim mendongak hampir tidak keruan ke arah relung gelap langit tanpa bintang. Membelingas tidak tentu arah. Seolah, harapan itu akan lesap sebaik dia beralih.

Warna terang zamrud kubah masjid, merupakan tonggak terakhir melimpahkan suluh pada malam sepekat laut merah.

... Seseorang masih melaungkan azan?

Rembesan di tubir mata akhirnya, melimpah.

Sharim sekali lagi sekadar menghampakan diri dengan sia-sia kerana, walaupun di tengah-tengah sengsara ini—

????? ????, ???? ????
Allah u Akbar,
Allah u Akbar!

—Rahmat Allah Azzawajal, Tuhan Maha Esa, tidak pernah putus.

? ????? ??? ?? ???? ????? ?????
Ash-hadu all?il?ha illall?h!

Imam menutup dengan kalimah terakhir.

Pada ketika Sharim hendak menadah tangan, berdoa.

Beep-!

??????????????

????????? ????????? ???? ????????????????! (°?°;)?

Suara tidak keruan Yugen berkumandang.

"Elak—!"

Fwoop-Vwooooz!

Mereka nyaris menjadi mangsa peluru berpandu jika bukan kerana, Hibion bertindak merapah mengelak sekali gus, menolak mereka berdua.

Dhhhooooom!

"—Akkhh!"

"Urgh—!"

Namun, tidak mengubah kenyataan mereka kekal terpelanting akibat renjatan gelombang susulan itu.

Prak!

Kedengaran seperti rusuk berdesak patah.

"Gah—!"

Sharim tertahan nafas akan perit tiba-tiba menusuk dan meragut dada dan belakang badan serentak.

"Ugh."

Beberapa kaki dari Sharim, Hibion tergewang-gewang mencagak bangkit dalam berbelau-belau pinar.

Sebelah tangan lelaki itu berbidam bengkak dan menekup telinga terbengal.

Pak. Pak. Pak.

Tepukan tangan dan detapan kasul, mendetarkan suram.

"Impresif."

Sharim bungkam dari mengesot ke Hibion. Dia mampu mendengar derup-derap di belakang menghampiri.

Dhap. Dhap.

Suara meleweh itu meneruskan.

"Murid Izaeris Faaz memang menakjubkan dan... Tahan lasak."

Dia tidak mampu berganjak.

Lembaga atau apa sahaja dari balik Sharim— memegunkan Sharim sekadar menerusi aura dimiliki.

Jantung Sharim mendedau berdegap. Dia hampir pitam seketika. Bulu roma remaja itu meremang tegak.

"Tidak sangka, korang dapat bertahan sampai sekarang."

Hati Sharim meruntun.

"Tapi, permainan kejar mengejar ini tamat sekarang."

Dalam samar malam apbila rembulan kembali muncul dari balik relung awan. Pak. But tinggi berdegap mara di hadapan mata Sharim. Tinggi dan Sharim tidak mampu mengecam rupa gerangan suara.

? ?????????????? ????????? ?????????????????????? ???????????? ???????????????? ???????? ?????????????????????? ???????????????? ????????... ?? ?

Stigma untuk samarkan identiti diri.

Sharim tercungap mencekau ke arah Hibion.

< "Sharim. Jika sesuatu terjadi kepada cikgu—" >

Mengapa jarak Hibion begitu faraq dari raihan walapuan mereka sekadar terpisah sedekap?

< "—Tolong lindungi Hibion." >

"Aku tiada masa untuk peduli pada engkau."

Kasut but hitam pekat berselemu darah kering, menepis tangan Sharim yang terhanggau di udara tanpa sedetik keraguan. Dia kemudian menjompak selamba ke arah Hibion.

Phak.

Tangan bersalut darah dan lumpur itu, terkulai kembali.

"Kami hanya perlukan keturunan Synodic... Aaah... Akhirnya, setelah Izaeris Faaz tiada, belukar telah hilang— pelan kami tidak lagi mustahil—"

Dia kedengaran lega saat menghelakan keluhan sedemikian.

"Aku—"

Dia terleka.

Pak.

Hibion menautkan jemari bersama dari sebalik buku lima, menggengam.

"[Pengunduran]!"

Namun, sedetik alpa itu telah memadai.

Prak!

Cahaya menggeridip terjulang tinggi, meledak dan menelan persis figura dalam samar berbalam-balam.

"Ho—!"

Cemuhan berbaur takjub, meniti di bibir sebelum susuk tersebut lesap bersama desaran hembusan debu dan tanah.

"Sebab itu—"

Tik. Tik. Hibion tercungap. Darah likat menuruni rongga hidung ke bawah dagu namun, diseka lengan seragam putih kini, copak-capik dan lusuh dengan kotoran dan darah.

"—kita tiada masa hendak bertengkar."

Sharim tidak memiliki pendirian begitu ringan dengan air mata.

Walau ketika, Apotalesma Calen dimusnahkan— atau Stigma [Amarah Taurus] dirampas— atau seorang demi seorang ahli keluarga remaja itu, lesap dan menghembuskan nafas terakhir— Sharim tidak mengalirkan air mata.

Dia tidak hiba.

Namun begitu.

"... Dahlah menangis."

Dia tidak mampu, selain sedari cecair hangat merembes tubir mata kembali.

"Haa. Sharim."

Telapak tangan berselaput dan melecet Sharim kini, berada dalam genggaman Hibion. Tangan lelaki sedia pucat lesu itu, kian memucat tatkala dia memaut erat jemari Sharim. Keluhan dan hela nafas. Hibion telah berada di ambang lesu dan lelah.

Synodic bukan khas untuk menjaga dan melindungi. Segala tugas sebegitu merupakan amanah Sharim.

Namun, dia telah gagal melaksanakan dan melunas janji sedemikian.

Dia gagal.

Sebagai pejuang dan pelindung Hibion.

Segalanya salah dia.

"Engkau memiliki Tuhan."

Sharim spontan mendongak. Tidak terjangka takrif sedemikian.

Walaupun begitu, pengakuan Hibion sekadar terus memeranjatkan Sharim.

"Aku hidup tanpa Tuhan... Tidak... Hidup aku dibelenggu dengan 'beberapa' Tuhan."

Mata menggeridip dan meradang seterang Laal pada malam gelita. Walau semanis atau semendung mana remaja itu pada sela detik, raut beku dan luat tidak lesap dari wajah.

"Hidup sebegitu telah memusnahkan aku dalam dan luar tapi, jika engkau..."

Namun, kali ini. Raut sedemikian—

—Sharim tidak mampu menamakan reaksi tersebut.

... Insaf?

Pada saat, suara hati itu terbenak seketika

?????????????????????? ???????????? [??????????????????????]...?

Suara Yugen, Apotalesma Hibion memecah hening, sekali lagi memeranjatkan Sharim.

Hibion, engkau...

"A-Apa kau buat?"

Suara Sharim hampir terkandas di peti suara. Dia sekadar mampu menatap Hibion dengan mata terbeliak luas.

"Apa sahaja engkau lakukan, baik engkau berhenti Hibion—"

"Ini merupakan taruhan, tidak, ini merupakan 'Kun Fayakun' Tuhan engkau dan aku."

Walkin begitu, Hibion sekadar meneruskan penerangan, jelas menghiraukan jemari Sharim hendak membebaskan diri.

Hibion telah sedia— mengerahkan segala tenaga apabila saat ini tiba.

"Aku percaya pada Tuhan engkau dan aku dan, aku berdoa agar doa engkau dimakbulkan Dia, Yang Maha Esa."

"Hibion—"

Tangan Sharim bertambah erat dipegang.

Bip-! Bip-!

?????????! ????????! ????????? ???????????? ?????????? ????????????????????!?

"Engkau—! $#@%*!"

Kedengaran nada sayup berang dari latar kelam dan timbunan runtuhan.

"Dimensi dan garis masa dunia ini telah hilang segala peluang. Dunia ini tidak dapat diselamatkan lagi tapi..."

Walkin begitu, suara luar biasa Hibion memaksa Sharim memberikan ketenangan dan tumpuan kepada mata delima terang dalam suram bangunan terbengkalai.

"... Tapi, tidak semestinya di dunia lain."

????????????????????? ?????????? ?????????????????????? ???????????? ???????? ?????????????? ???????????? ???????????? ????????... ?? ?

"Selamatkan Izaeris Faaz."

? ??????????? ???????? ?????????? ???????????????????? ??????????????????? ???????? ?????????????????? ???????????? ??????? ?

"AKU TIDAK BENARKAN!"

Zwooou—!

Bunga api pada malam itu berdesing tinggi ke langit.

"Sharim."

Namun, Sharim kekal gagal mengalihkan perhatian dari mata berkaca delima itu.

"Ajarkan aku kalimah shahadah."

????????? ???? ??? ?????? ?????? ??????? ?? ?????? ??? ???????? ???? ?? ???????? ????? ?????????? ???????? ?? ??????????
Ashhadu allaa ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Dhooom! Bang!

Sesuatu meledak dan berdentum.

< Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu persuruh Allah. >
. .
. .
.

"Al-Kabiyr, Al-Khalid, Al-Samiy'u."

"Jika peluang bagiku di dunia ini telah tamat. Al-Wahhaab, kurniakan peluang kepada 'aku' di dunia lain, jika mereka wujud."

"Peliharakan 'aku' di dunia itu, Al-Hafiyzhu."

"Selamatkanlah 'aku' di dunia itu, Al-Muhaymin."

"Bantulah 'aku' di dunia itu mengatasi segala rintangan dan ujian, Al-Waliyyu."

"Al-Maani'u. Cegahlah 'aku' di dunia itu daripada melakukan kesilapan, maksiat dan binasa sebagaiman aku di dunia ini.

Dan,

Selamatkan 'aku' di dunia itu daripada menemui pengakhiran seperti aku di dunia ini, As-Salaam.

Al-Alim, Al-Baariy, Al-Mu'iyd, Al-Mujib."

✍️ Stigma macam musuh dan 「Stigma Konkrit」 bak musuh boleh tendang dan sepak namun 「Stigma Abstrak」 adalah musuh tapi, tidak boleh dilihat, didengar atau dirasa— macam musuh itu wujud tetapi juga tiada. ✍️Jilid seterusnya berada di https://www.wattpad.com/1052216966?utm_source=ios

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience