Bab 1

Romantic Comedy Series 5638

Rahman memberhentikan keretanya di bawah sebatang pokok ru. Dia meninjau-ninjau sekeliling. Kemudian matanya tertumpu ke sebuah pondok rehat, kira-kira seratus meter dari keretanya. Di situlah tempat temu janji yang dibuatnya dengan Maimun. Rahman berjalan mendekati pondok rehat itu. Dari jauh dia mendapati ada seseorang sedang duduk bersandar di salah sebuah bangkunya. Rahman mengamatinya, memang betul itulah buah hatinya, Maimun. Namun Maimun tidak sedar akan kedatangannya walaupun dia kian menghampiri dari arah hadapan. Rupa-rupanya Maimun sedang tidur. Rahman menggeleng-gelengkan kepala. Bahaya betul, getus hatinya. Kalaulah ada peragut datang ke situ, senang-senang sahaja dia dapat melarikan beg tangan Maimun yang diletakkan di atas meja batu itu. Rahman teragak-agak untuk mengejutkan Maimun. Dia mahu menyentuh bahu buah hatinya itu, tetapi ditariknya semula tangannya. Bimbang nanti dikata tidak sopan pula. Termangu -mangu Rahman seketika mencari cara yang paling sesuai. Seekor langau tiba-tiba terbang dekat dengan muka Maimun. Ia berlegar-legar di situ. Rahman cuba menghalaunya dengan melibas-libaskan tangannya, namun langau itu tidak beranjak jauh. Tiba-tiba langau itu memasuki lubang hidung Maimun. Serta merta Maimun terbersin. Segumpal hingus menerobos keluar dari hidungnya. Sebaik sahaja membuka mata, dia terperanjat bila melihat Rahman berada di hadapannya. Rahman menhadi serba salah. Mungkin Maimun menyangka dia yang menjolok hidungnya semasa dia tidur tadi. Harap-harap Maimun tidak marah. Untuk memberitahunya perkara yang sebenar, Rahman tidak sampai hati. Nanti Maimun akan terasa malu pula. Itu pun kalaulah dia mahu percaya.“Assalamualaikum. Maimun tertidur ya? ” Rahman menegur akhirnya. Maimun tersipu-sipu malu. “Waalaikumussalam” jawabnya lalu tunduk. “Hmmm... Dah lama ke abang Rahman sampai?” tanyanya sambil menjeling Rahman seketika. “Baru aje sampai. Maimun penat ke tunggu abang, sampai tertidur? ” tanya Rahman kembali. “Tadi Maimun tiba awal sikit. Sambil-sambil tunggu abang, Maimun duduk di sini. Entah macam mana boleh terlelap pulak” balas Maimun dengan mengulum senyum. Rahman tersengih segarit. “Maimun kata nak datang dengan kawan-kawan. Mana mereka?” tanya Rahman. “Mereka pergi jalan-jalan kat tepi pantai. Ha, itu pon mereka” kata Maimun sambil menunjukkan dua orang gadis yang sedang berjalan di gigi air, kira-kira sepelaung dari mereka. “Oh, itu kawan Maimun? Pukul berapa Maimun sampai tadi?” “Pukul dua” jawab Maimun. “La.. Kenapa awal sangat? Patutlah sampai tertidur, lama sangat tunggu abang,” kata Rahman sedikit kesal. Maimun diam membisu, namun mulutnya tersenyum simpul. “Itulah, janji nak jumpa pukul tiga, tapi pukul dua dah datang. Kalau Maimun telefon abang pukul dua tadi, bolehlah abang datang terus... Taklah Maimun penat tunggu” ujar Rahman. “Tak apalah, Maimun tak nak kacau abang. Tak kisahlah Maimun datang awal sikit pun, asalkantak terlewat” balas Maimun. Eh, nampaknya macam tak sabar nak jumpe abang aje” kata Rahman berseloroh. “Ala.. Abang janganlah cakap macam tu, malulah Maimun..” kata Maimun lalu berpaling ke arah lain. Rahman tersenyum lebar. “Nak malu apanya? Dengan abang tak payahla malu-malu”. Dengan abang tak payahlah malu-malu”. Dengan tersipu-sipu Maimun berpaling semula ke arah Rahman, namun dia tidak berani bertentang mata dengannya. Terserlah raut wajah ayu Maimun yang bertudung. Ditambah lagi sebiji tahi lalat sebagai penyeri di bawah bibirnya. “Maimun memang cantik. Tahi lalat tu buat rupa Maimun makin manis” puji Rahman mesra. Maimun mendongak ke arah Rahman. “Err.. Tahi lalat? Maimun tak ada tahi lalat” katanya sedikit hairan. “Tahi lalat kat tepi bibir itulah. Cantik sungguh” kata Rahman sambil memuncungkan bibirnya ke arah dagu Maimun. “Ehh, dah tanggal. Tahi lalat palsu ke?” tanya Rahman lalu dia menyoroti tangan Maimun. Maimun pun memeriksa tangannya. “Tahi lalat?” katanya sambil menghidu benda hitam itu. “Ini bukan tahi lalat. Ini macam..” Maimun menghidunya sekali lagi. “Ini macam..tahi cicak”. “Tahi cicak?”. “Haah.. Tahi cicak.Eee.. Gelinya!! Macam mana pulak bole ada kat sini, hu hu huu.. ” kata Maimun lalu menangis. Rahman faham. Maimun menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana malu! Rahman membantu Maimun mengelap sisa tahi cicak di bibirnya dengan risu. Wow! Romantiknya.. Maimun terus nangis teresak-esak. Tak disangka betul dating yang pertamanya ini menempuhi pengalaman yang tragis. Cicak manalah yang sungguh kurang ajar ini membuat sabotaj datingnya. Ada ke patut buang najis ke atas muka orang! Apalah salahnya jika menghalakannya jauh sedikit ke lantai, kalaupun sudah tidak sempat sangat. Maimun menahan geram di hati. Kalaulah dia dapat tangkap cicak tadi, akan ditenyeh dengan kakinya di lantai hingga lumat. Itulah balasan yang patut cicak hampeh itu terima. Patutlah ada yang mengatakan membunuh cicak itu mendapat pahala. Ini kerana cicaknya yang membaca mbuat bising semasa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Thur daripada musuh dahulu. Selepas itu, Maimun kelihatan seperti sudah hilang mood. Ditanya sepatah, dijawabnya sepatah. Senyum pun macam dipaksa-paksa. Terlaksalah Rahman memujuk buah hatinya itu. Oh, ya.. Dia baru teringat. Tadi dia ada membeli sekuntum bunga ros merah untuk diberikan kepada Maimun, tetapi tertinggal di dalam kereta. “Okey, Maimun tunggu kejap. Abang nak pergi amik barang.” kata Rahman. “Abang nak pergi mana!? ”soal Maimun. “Pergi dekat kereta aje, Maimun tunggu ya. Ada surprise untuk Maimun nanti”. Maimun hanya mengekori Rahman yang berlalu dengan anak matanya. Rahman membuka pintu sebelah kiri lalu mengambil sekuntum bunga ros dari atas tempat duduk. Kemudian dia kembali ke pondok rehat dengan kedua-dua tangannya yang memegang bunga ros itu di belakang. “Okey, Maimun kene tutup mata dulu”kata Rahman sebaik sahaja tiba di hadapan Maimun yang setia menunggunya. Maimun menurutinya. “Sekarang hulurkan tangan Maimun ” kata Rahman lagi. Dia menghulurkan tangkai bunga ros merah itu ke tangan Maimun. Maimun terus memegangnya. “Surprise..!! ” kata Rahman. “Sekarang Maimun boleh buka mata”. “Wow.. Cantiknya!” kata Maimun setelah melihat sekuntum bunga ros merah di tangannya. Maimun mencium bunga itu. “Wanginya. Terima kasih abang” katanya gembira. “Cium bunga aje? Abang ni pun nak kene cium jugak. Jealous abang” kata Rahman mengusik. “Mana boleh! Belum tiba masanya lagi. Abang ni nakallah!” kata Maimun sambil menjeling manja pada Rahman. Rahman tertawa sahaja. Pap!!! Tiba-tiba seekor cicak jatuh jmke atas meja, dekat dengan tangan Rahman. Maimun terjerit cemas. Rahman juga terperanjat. Rahman menepuk meja. Cicak itu lari terjun ke lantai dan terus susup-sasap hilang ke dalam rumput. Rahman dan Maimun sama-sama ketawa kelucuan. Wajah Maimun kembali ceria. Padahal cicaklah yang membuatkan dia muram sebentar tadi. Namun cicak itu jugalah yang membuatkan dia gembira semula sekarang. Mungkin cicak tasi mahu melepas(berak) lagi agaknya. Dalam mencari-cari sasaran yang sesuai, mungkin lekapan kaki-kakinya terlepas daripada kayu kukuda pondok. Mungkin juga Rahman yang menjadi sasaran cicak bedebah itu kali ini, tetapi tidak sempat nampaknya. Selepas lebih satu jam, masing-masing merasa sedikit lega selepas berbual bicara meluahkan rindu yang terpendam di hati. Tidak seperti sebelum ini, ayat-ayat cinta beredar hanya melalui telefon dan SMS sahaja. Waktu sudah menjelang asar. Rahman akhirnya menawarkan diri untuk menghantar Maimun dan kawan-kawannya pulang ke rumah pada petang itu. Rahman ingin terus bertemu dengan ibu bapa Maimun. Dia berkira-kira untuk mencium tangan bapa Maimun nanti. Barulah dirinya akan dikata bersopan santun, bakal menantu mithali lah katakan. Sejuklah hati bakal mertuanya nanti hendaknya. Setibanya di rumah Maimun, hajat murni Rahman ini terpaksa ditangguhkan kerana Pak Brahim tiada di rumah. Rahman beejanji dengan Mak Hendon yang dia akan datang semula pada hari yang lain. Dalam perjalanan pulang, Rahman singgah di rumah Fauzi. Boleh juga dia menceritakan dengan penuh bangga perihal datingnya hari itu kepada Fauzi. Ya, Rahman berasa dialah jejaka paling hebat sekarang. Maklumlah, Maimun pernah menolak lamaran cinta Fauzi sebelum ini. Kebetulan pula Fauzi baru sahaja mahu keluar sewaktu Rahman tiba di pintu pagar rumahnya. “Jomlah lepak-lepak kat kedai Pak Yunus, bolehlah kita bersembang bebas sikit” ajak Fauzi. “Jom!” kata Rahman lalu menggamit Fauzi masuk ke dalam kereta. Fauzi pun menurut sahaja. Kereta Rahman pun muluncur laju ke warung Pak Yunus. Tiba di hadapan warung Pak Yunus, Rahman memberhentikan kereta. Kelihatan warung itu kosong sahaja tanpa pelanggan. Mungkin waktu sudah agak lewat petang. Pelanggan sudah pun pulang. “Pak Yunus, air tebu segelas!” teriak Rahman sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi. Senyap. Tiada sahutan daripada Pak Yunus. “Mana pulak orang tua ni?” tanya Rahman sendirian. “Pak Yunus lergi tandas kot. Kau cedoklah sendiri dulu air tebu tu. Nanti Pak Yunus datang kau cakaplah” saran Fauzi. “Betul jugak tu. Daripada tunggu Pak Yunus habis berak, baik aku ambil sendiri” kata Rahman lalu tergelak kecik. Dia mengambil gelas besar lalu mengisinya dengan beberapa ketul ais. Balang air tebu itu nampaknya sudah hamoir kosong dan sukar dicedok lagi. “Kenapalah Pak Yunus ni tak tambah, dah nak abis air tebu ni”. Rahman membebel sendirian sambil meninjau ke dalam baldi penadah di bawah corong mesin tebu. Baldi itu selaruh berisi. Tanpa membuang masa, Rahman terus mencedok lantas dituangkan ke dalam gelasnya. Setelah Rahman duduk kembali di bangkunya, Rahman terus menyedut straw air tebunya. Kemudian dia mengerut dahi. “Tawar” katanya. “Fauzi, kau ingat lagi tak janji kau minggu lepas?” tanya Rahman memulakan tajuk sembang. “Janji apa?”. “Alah, buat-buat lupa pulak”. “Janji apa? Janji belanja minum? No problem”. “Bukan belanja minum. Itu dah biasa kau buat. Kau janji nak botakkan kepala, kan?”. “Pasal cabaran memikat Maimun tu ke?”. “Iyalah. Sekarang aku dah berjaya pikat dia. Kau kena tunai janjilah”. “Eh, tipulah. Tak percaya aku!” Fauzi menjuihkan bibirnya. “Kalau tak percaya, kau ambil handphone aku ni. Kau telefon Maimun sekarang jugak. Kau tanya sendiri dengan dia. Aku baru saja hantar Maimun balik ke rumahnya tadi. Kami oergi dating tepi pantai hari ini” kata Rahman bangga. “Tak payah reka ciptalah. Orang baik macam aku ni pon dia tak ingin, apa lagi kau yang lebih teruk daripada aku” dalih Fauzi tanla menghiraukan handphone yang dihulur oleh Rahman. “Okey, aku dailkan untuk kau. Lepas tu kau tanya sendiri dengan dia, nak”. Beria-ria Rahman mahukan Fauzi percaya. “Okey, okey. Aku percaya. Tak payahlah kau susah-susah telefon dia” Fauzi mengalah akhirnya. “Ha tau pon takut. Sekarang mari aku botakkan kepala engkau” kata Rahman lalu ketawa besar. “Kepala aku dah botak pon” kata Fauzi bersahaja. “Kepala ala? Kepala lutut? Soal Rahman. “Ya, betul. Kepala lulut, kepala bahu.. Memang dah botak semua” kata Fauzi lalu ketawa. “Aku tak kira, aku nak otak engkau tu pon botak jugak”. “Janganlah... Aku gurau aje dulu”. “Jangan nak mengelatlah. Kau kena bitakkan jugak”. “Tolonglah Rahman. Tak handsomelahz aku nanti”. “Ah, tak usah beei alasan, aku tak kira?”. “Kalau aku tak nak botak jugak?”. “Aku dah tak nak berkawan dengan kau lagi”. “Sampai hati kau, Rahman. Aku dah tolong kau kenalkan kau dengan Maimun. Bila dapat, kau nak buang aku pulak? X pe.. Aq ingat”. “Ha, kamu berdua. Dah lama sampai? Maaflah Pak Yunus lambat sikit, pergi buang air tadi” tegur Pak Yunus yang tiba-tiba terpacul dari dalam warung. “Betul tekaan saya Pak Yunus buang air, ha ha ha... ”ujar Fauzi tertawa. “Saya dah ambil air tebu ni segelas, Pak Yunus, ” kata Rahman pula. “Ya, ya. Ambillah.” sambut Pak Yunus. “Tapi kenapa Ir tebu ni tawar aje Pak Yunus? Tebu muda ke?”. “Taklah. Tebu tua tu. Eh, bukan ke air tebu dah abis? Kamu ambil di mana?”. “Saya ambil dari dalam baldi bawah xoronh mesin tu. Air tebu dalam balang dah habis”. “Kamu ambil dari dalam baldi ni?” tanya Pak Yunus sambil mengangkat baldi itu. “Iye, kenapa? Air tebu dalam baldi tu dah ada orang punya ke?”. “Tak. Ini bukan air tebu, ini air basuh mesin tebu!”. “Patutlah tawar” kata Fauzi lalu ketawa besar. Muka Rahman menjadi merah, tentunya dia sedang menahan malu. “Tak apalah, Pak Yunus bagi free aje air tebu Rahman ni, kan?” Fauzi berseloroh lagi. “Ya.. Ya” kata Pak Yunus yang turut ketawa. “Tebu dah habis tadi, itulah yang Pak Yunus cuci mesin ni. Kamu terlambat sedikit, orang dah habis beli” jelas Pak Yunus. Kerana kasihankan kawannya yang bermuka kodok itu, akhirnya Fauzi berhenti ketawa. “Pak Yunus, bagi teh ais dua. Kali ni saya yang belanja Rahman pulak” katanya sambil menepuk-nepuk bahu Rahman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience