BAB 7

Romance Completed 2295

“Ooo kalau macamtu saya rasa perempuan itu akan mengerti yang rakan awak mencintainya. Cakap kepada rakan awak yang suatu hari nanti perempuan itu akan mengerti jua. So, jangan bimbang peluang akan terbuka nanti okey. Eh, saya kena cepatni Is tengah tunggu. Hari ni saya janji nak makan kat Pantai Desaru. Makan ikan baker. Best. Okey, bye”. Nafura ketawa riang.

“Nanti, janji pergi. Saya….saya…” Saddiq teragak-agak seolah ingin memberitahu sesuatu. Nafura menanti jawapan Saddiq dengan penuh kesabaran. Mata kedua-dua mereka saling bertentangan.

“Saya…saya…ada buku nak bagi” jawab Saddiq. tiada ayat untuk sampaikan. Nafura mendengus geram. Kecewa dengan jawapan yang diterima.

“Awak ni selalu tau. Nantilah awak bagi saya esoklah” jawab Nafura geram. Sebenarnya bukan itu jawapan yang ingin didengar daripada Saddiq. entahlah kenapa sejak akhir-akhir ini pemikiranya tidak tenteram. Namun sengaja dia mengelakkan daripada perasaan tersebut.

Malam ini merupakan malam dinner setiap hujung semester. Masing-masing memakai tema yang telah ditetapkan. Tema batik merupakan pilihan ahli jawatan kuasa majlis dinner.

“Malam ni aku mahu pakai batik. Bolehla aku dating terus dengan pakwe aku. Kau macam mana. Hai takkan tak nak bagi surprise kat Iskandar tu. Mesti hensome dia malam ni.”. Usik Maria.

“Eh, tolong sikit”. Jawab Nafura ringkas.

Pemikiranya asyik teringat akan cerita yang diceritakan kepadanya dua hari lepas. Entahlah seolah-olah ada yang pelik di sebalik cerita yang disampaikan oleh Saddiq tempoh hari. Kadang-kadang dia berasa cerita yang disampaikan ditujukaan kepada dirinya. Tapi mustahil kerana jika Saddiq cintakanya dia tidak pernah lihat yang Saddiq serius. Setiap kali berjumpa dia selalu bertengkar. Kalau dia meluahkan dalam nada bergurau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience