Rate

Adiwira Handsome Selamatkan Aku

Romance Completed 1504

Fathia ialah seorang gadis berbadan besar yang berumur 17 tahun. Dia sering diejek oleh rakan-rakannya kerana berbadan besar.Kehidupan Fathia penuh dengan rasa sedih apabila dia kerap memikirkan ejekan rakan rakan di sekolahnya.Antara gelaran yang sering dipanggil adalah "BAGONG" yang bermaksud (badak+dugong). Hati siapa yang tidak terguris apabila dipanggil dengan nama gelaran binatang. Tetapi Fathia kekal tabah menghadapi setiap pahit getir hidupnya apabila berhadapan dengan rakan sekolah.

Kringgg!!!! jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi.Fathia perlu bersiap siap pergi ke sekolah dan menunaikan solat fardhu subuh seperti biasa.Selepas bersiap dia akan terus berjalan kaki ke sekolah kerana jarak sekolah dari rumah tidak berapa jauh. Masa yang diambil untuk sampai di sekolah mengambil masa 15 minit sahaja dari rumah.Fathia terpaksa melalui kawasan perumahan seorang diri pada waktu pagi pagi buta.Dia lebih suka hidup berseorangan sebab tiada siapa sudi berkawan dengan dirinya yang serba kekurangan itu. Setelah 15 minit berjalan kaki, akhirnya dia sampai di sekolah.

Seperti biasa apabila sampai sahaja di depan pagar sekolah, semua pelajar lelaki akan berkumpul beramai ramai untuk mengejek Fathia. Ada sahaja perkara yang ingin diejeknya.Fathia berdiam diri kerana sudah terbiasa dengan kata kata hinaan itu tetapi hati tetap terguris.Ketika Fathia diejek, dia terperasan ada seorang lelaki memandang kearahnya dengan riak muka kasihan.Lelaki itu ialah muhammad Rayyan pelajar yang serba serbi perfect dari segi penampilan rupa dan akademik. Fathia kebingungan kenapa Rayyan memandang nya dengan riak muka yang agak kasihan tetapi Fathia menghiraukannya.Fathia malas hendak memikirkan perkara itu.

Fathia terus berjalan menuju ke kelasnya iaitu 5 Permata tetapi tiba tiba ada seseorang menjerit memanggil namanya "Fathia!!!!!!" jerit lelaki itu.Fathia terkejut mendengar teriak lelaki itu lalu dia pun menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya Fathia apabila mendapati lelaki yang menjerit memanggilnya itu ialah Rayyan. Di fikiran Fathia sudah bermacam macam yang dia fikirkan .Adakah Rayyan ingin mengejek nya kata hatinya.Fathia terus berkata kepada Rayyan "adakah awak pun nak ejek saya sebab saya gemuk?". Rayyan tersentak kerana dia tidak berniat untuk mengejek Fathia. Rayyan terus cakap "ehh. tak saya nak berkawan dengan awak". Disini bermulalah dialog antara mereka berdua .

Fathia: hahhh kawan??? jangan bergurau selama 6 tahun saya bersekolah di sini,saya tidak pernah ada kawan.Siapa saya untuk awak kawan.Saya tak layak.

Rayyan:Sebenarnya saya dah lama mengintip awak....saya selalu nampak awak kene ejek dekat sekolah ini.Kalau awak nak tahu,selama ni saya lah yang belasah semua budak yang ejek awak sebabtu saya selalu digantung sekolah

Fathia: Awak biar betul????kenapa saya tidak pernah tahu??

Rayyan:Saya berpesan pada guru disiplin supaya tidak memberitahu kepada pelajar mengapa saya dihukum dan digantung sekolah.Saya. taknak sesiapa tahu yang saya suka awak

Fathia:hmmm okay

Rayyan:Mulai harini kita kawan okay.Waktu rehat ni jumpa saya di pondok belakang

Fathia hanya mengangguk dan terus menuju ke kelas.Kringgg!!!!!waktu rehat sudah tiba.Fathia mengemas buku bukunya dan bergegas menuju ke pondok kerana tidak mahu Rayyan menuggunya terlalu lama."ishh kenapa lambat saya ingat awak taknak rehat dengan saya" kata Rayyan kepada Fathia.Fathia meminta maaf atas kelambatannya itu.Rayyan menjemput Fathia duduk lalu dia meletakkan makanan diatas meja pondok .Banyaknya makanan, awak makan semuake?? tanya Fathia kepada Rayyan. ehhh tak saya beli makanan ni untuk awak....saya suka tengok awak makan banyak kata Rayyan.Mereka menikmati waktu rehat dengan perasaan gembira.Selepas 30 minit,waktu rehat pun tamat.

Ramai pelajar yang nampak Rayyan dan Fathia rehat bersama. Mereka mula bergosip sesama sendiri.Kehadiram Rayyan telah menutup semua mulut pelajar di sekolah daripada bercakap buruk tentang Fathia.Sejak hari itu tidak ada lagi ejekan ejekan yang ditujukan kepada Fathia.Orang ramai sudah menutup mulut.Sebulan telah pun berlalu.Fathia dan Rayyan juga sudah bersahabat selama sebulan.Rasa cinta Rayyan sudah mula berputih terhadap Fathia.Rayyan dan Fathia telah mengambil keputusan untuk mengikat pertunangan sehingga habis SPM dan terus bernikah sesudah SPM.Itulah keputusan mereka berdua dan masing masing sudah memberitahu niat kepada keluarga tercinta.

Kedua dua keluarga mereka bersetuju kerana anak mereka semakin lama semakin membesar jadi tidak salah untuk anak anak mereka berdikari.Rombongan meminang dihantar kerumah Fathia pada hujung minggu iaitu pada hari Ahad.Pertuangan tersebut turut diberitahu kepada guru guru di sekolah.Keesokkannya di sekolah,mereka bersekolah seperti biasa dan perkara yang paling memeranjatkan adalah pengetua sekolah telah mengucapkan tahniah kepada Rayyan dan Fathia atas pertunangan mereka pada hari semalam.Satu sekolah terkejut dengan pengumuman tersebut. Yelah adiwira sekolah telah selamat bertunang dengan gadis gemuk hodoh.

Tup tap tup tap SPM sudah pun berakhir.Alangkah cepatnya masa berakhir.Sekarang kedua kedua pasangan sudah mulai fokus akan majlis nikah mereka.Masing masing sudah sibuk menyediakan hantaran dan catering makanan.Majlis pernikahan berlangsung dengan lancar.Rayyan dan Fathia telah bergelar suami isteri yang sah.Beginilah cara Rayyan selaku adiwira sekolah selamatkan Fathia daripada ejekan ejekan disekolah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience