Rate

MCIME 1

Fanfiction - KPOP Series 1185

HAPPY READING

Yuju mengatur langkah kaki kebilik Taehyung , Dia ingin memastikan sepupu nya itu sudah bangun dan bersiap ke sekolah .Esok merupakan hari yang penting bagi dia kerana dia akan berpidah ke sekolah yang sama dengan sepupunya.

Yuju mengetuk pintu bilik Taehyung sebelum masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu ." oppa! oppa dah siap ke? Kalau dah siap mama suruh oppa turun makan" Panggil Yuju . Dia mencari kelibat sepupu nya yang tidak ada di bilik itu.

' Oppa dalam bilik air kut' teka Yuju. Dia hendak keluar dari bilik itu sebelum

"Bhaiii!!" Sergah seseorang dari belakang nya menyebabkan Yuju menjerit kuat. Dia memegang dada yang berdebar laju akibat tekejut. Dia menoleh hendak melihat pelaku nya. Mata bulat gadis itu melotot tajam pada sosok lelaki yang sedang ketawa itu.

"Oppa dah kenapa ?Yuju terkejut tahu tak?. Kalau Yuju mati oppa nak tanggung ke?" Marah Yuju sambil bercekak pinggang. Taehyung masih lagi tak berhenti ketawa.

"Hehe maafkan oppa, adikku sayang. Oppa janji tak buat macam tu lagi." Ucap Taehyung setelah tawanya reda. Yuju mencebik

"Tak nak maafkan oppa." Rajuk Yuju.

" Macam baby je nak merajuk"Sakat Taehyung dan mengudang amukan sang adik. Yuju ingin menampar bibir sepupunya itu namun dapat dihindari Taehyung, lelaki itu sudah berlari.

"Kejarlah" Ejek Taehyung dan berlari menuruni anak tangga.

"Kalau Yuju dapat tangkap oppa habis satu badan kena cubitan maut milik Yuju!" Ucap Yuju sambil mengejar Taehyung dari belakang namun nasibnya tidak baik kerana dia sudah jatuh tersungkur sambil memegang kaki nya.

" Hik! Oppa tolong, Kaki Yuju sakit ni. " Adu Yuju, gadis ingin bangkit namun kembali jatuh terduduk, kaki nya terasa sangat sakit.

Taeyung yang berada tidak jauh darinya menghampiri nya dengan wajah risau. Lelaki itu menolong Yuju berdiri dan memapah gadis itu agar berjalan ke sofa yang terdapat di ruang tamu itu.

." Macam mana boleh jatuh ni, tulah lari lagi. Kan dapat sakit." Ucap Taeyung setengah memarahi Yuju, Yuju pasang wajah masam. Kan bukan salah dia sepenuhnya.

" Mana nak tahu akan jatuh macam ni. Lagipun salah oppa juga pakai lari segala." Balas Yuju dengan mulut cemburut. Taehyung terkekeh kecil lalu mengacak lembut rambut Yuju.

"Baiklah oppa salah. Maafkan oppa ya." Akur Taehyung. Mereka duduk di sofa dengan kaki yuju berada diatas riba Taehyung. Lelaki itu memicit lembut kaki yang terseliuh itu.

" Okey Yuju maafkan oppa tapi oppa kena belanja Yuju nanti okey."

" Okey nanti oppa belanja. " Balas Taehyung. Dia meletakkan kaki Yuju yang berada diatas meja itu kebawah dengan hati-hati.

"Oppa pergi ambil minyak urut dulu tau. Yuju tunggu sini?" Kata Taehyung lalu bangkit menuju ke bilik.

Perginya Taehyung membuat Yuju dilanda rasa bosan. Dia menghela nafas lalu menatap kaki nya yang sedikit bengkak itu padahal esok dia akan ke sekolah.

Asyik Yuju termenung sampai ada yang memanggilnya pun dia tidak sedar. Sampai bahu dia ditepuk kuat baru dia sedar sudah ada mak saudaranya yang memandang dia penuh kerisauan.

" Ehh Mama? Sejak bila mama duduk dekat sini? Tak perasan pun?" Soal Yuju hairan akan kemunculan makciknya atau dia lebih senang panggil mama itu.

Mamanya hanya mengeleng kepala dan tersenyum " Dari tadi mama kat sini sayang. Mama panggil Yuyu tapi Yuyu tak jawap. Kenapa termenung tadi? Ada masalah ke?"

Mendengar jawapan sang mama membuat Yuju tersengih malu, gadis itu bergeser mendekati sang mama lalu memeluk tubuh wanita 40an itu. " Maafkan Yuyu maa, tak perasan mama panggil tadi." Ucap Yuju rasa bersalah.

" Tidak apa sayang. Tu kaki tu kenapa? " Tanya mamanya tatkala mata wanita paruh baya itu menangkap kesan bengkak di kaki sang anak.

" Terseliuh maa, tadi jatuh masa nak kejar oppa." Jujur Yuju sambil bersandar manja dibahu sang mama.

Mamanya mengeleng kepala " Lalu mana oppa kamu tu?"

" Oppa kata nak ambik ubat urut sikit lagi turun lah tu." Ucap Yuju dan tak lama setelah itu Taehyung sudah muncul bersama ubat ditangan lelaki itu. Lelaki itu sudah bertukar pakaian, tadi yang hanya pakai baju santai kini sudah berpakaian seragam sekolah.

" Ini ubatnya. " Ucap Taehyung memberi ubat yang dia pegang pada sang mama lalu melabuh duduk di sofa lain bersebelah sang mama.

Yuju menatap Taehyung hairan lalu mata beralih pada jam di dinding,jarum panjang jam menuju kearah pukul 7 pagi. " Oppa nak pergi sekolah dah ke? kan kita belum sarapan lagi. "

" Aah oppa nak pergi dah. Oppa makan kat kantin je nanti. Yuyu dan mama jaga diri tau kat rumah." Izin Taehyung. Dia berdiri dan mendekati dua wanita yang berbeza umur itu lalu mengucup pipi keduanya.

" Oppa pergi dulu tau. Jangan lupa sapu ubat kat kaki tu. " Pesan Taehyung sebelum pergi meninggalkan kedua wanita itu. Kini hanya tinggal Yuju dan mamanya.

" Mama.." Panggil Yuju pelan. Mamanya menoleh menatap sang anak.

" Iya sayang kenapa" Soal Mamanya atau kita panggil saja Puan Kim.

" Kaki Yuyu sakit dan esok dah mula masuk sekolah macam mana nanti. Takut nak ke sekolah baru maa." Adu Yuju manja.

Puan Kim terkekeh melihat tingkah manja sang anak. " Kalau macam tu kita tunda dulu macam mana?" Usul Puan Kim dan dibalas gelengan Yuju.

" Taknak nanti makin ketinggalkan pelajaran Yuyu. Rugi nanti" Ucap Yuju dengan wajah cemburut.

"Baiklah tapi sebelum tu kita ubat dulu kaki tu, lepas Yuyu makan dan berehat okey. " Putus Puan Kim.

" Hehe sayang mama." Ucap Yuju lalu mecium pipi sang mama. Puan Kim tersenyum senang lalu mula mengubati kaki sang anak.

*

*

*

Disekolah Willian art School terdapat kekecohan yang dibuat oleh kegaduhan antara pelajar sekolah twrsebut

“Lepaskan aku lah bodoh. Kau dah kenapa cari gaduh dengan aku hah?Aku ada buat salah apa kat korang hah! " tanya seorang lelaki sambil meneran kesakitan akibat dibelasah teruk oleh Jungkook salah satu dari geng yang ditakuti oleh semua orang termaksud para guru, itu semua kerana Jungkook merupakan anak presiden sekolah ni. Jadi pihak sekolah tak berani nak masuk campur.Sekolah ini merupakan sekolah yang penuh dengan kekejaman.

" Kau tanya aku kenapa? Kau lupa ke dengan apa yang kau buat semalam hah? Sekarang kau tanya aku salah kau pula." Jawab Jungkook dingin lalu dia melayangkan satu das tumbukan lagi sebelum pergi meninggalkan lelaki yang sudah nyawa-nyawa ikan dan hampir pengsan itu.

Mereka pergi meninggalkan lelaki yang bernama cha wook. Mereka bertujuh terus pergi ke tempat bersantai mereka.

“kau okey tak? Teruk juga ekk dia tumbuk kau tadi" Tanya salah seorang dari mereka.

“ Sakit la pakai tanya lagi, Kau tak nampak dia tumbuk aku bukan main kuat lagi tadi." Jungkook aka kookie dan yang tanya dia tadi tu Kim seok Jin. Dan yang lain itu terdiri daripada Jung hoseok,Kim namjoon,Park jimin dan the last one Kim Taehyung.

"Nasib kitaorang datang tadi." Kata Jimin.

" Korang datang bukan tolong aku pun." Jawab Jungkook Sarkas. Jimin terkekeh

"Kan kau boleh settel sendiri buat apa kami tolong merugi waktu je." Ucap Yoongi tak kalah sarkas. Jungkook mendecih tak suka. Kalau bukan kerana Yoongi lagi tua dari dia dah lama muka lelaki macam mayat hidup mati ditangan dia.

"Yee terima kasih lah dah jadi penonton tadi " Pelik Jungkook dan Yoongi yang terasa itu lansung ingin melayangkan tumbukan tapi ditahan oleh Namjoom yang berdiri disebelah Yoongi itu.

"Sudah jangan gaduh lagi.Aku dah muak tengok korang gaduh. And Jungkook lebih kau pergi ubat luka kat muka kau tu" Ucap Seok Jin yang tak tahan tengok pergaduhan itu.

"Ye baiklah. Aku pergi tandas dulu. Korang tunggu je kat sana" Kata Jungkook lalu pergi ke tandas. Manakala yang lain memilih pergi terus ke tempat biasa mereka melepak.

Sampai sahaja disana mereka berenam mula berpecah melakukan aktiviti masing - masing. Yoongi memilih berbaring di sofa yang ada diruangkan itu.

Tak selang berapa lama Jungkook muncul dengan wajah lebih segar walaupun masih terdapat kesan lebam di mukanya.

" Wah makne kita hari ini nampak macam gangter. Muka lebam, baju seber hitam, keren gila." Puji Hoseok tapi terdengar seperti sindiran bagi Jungkook. Lelaki itu mendengus kasar

" Mana baju sekolah kau Jung? Mentang sekolah ini punya kau. Suka kau je ya." Sambung Hoseok lagi.

"Kau dah tak ada mangsa nak kau buli sampai dengan aku pun kau nak cari pasal?" Soal Jungkook

" Memang pun. Haish aku dah bosan dengan mangsa yang sama tak ada ke budak baru. Senorok sikit nak buli." Jawab Hoseok dengan nada lemah.

" Membuli orang je ya kejar kau, tak ada kerja lain ke?" Kata Taehyung, dia sebenarnya jarang terlibat tapi memandangkan dia jenis setia kawan jadi dia pun terikut sama.

" Bukan aku buli teruk pun, lagi aku buli diorang yang memang sombong dan suka menunjuk kekayaan mak ayah diorang tu." Balas Hoseok benar adanya.

Mereka memang membuli tapi mangsa yang mereka buli itu hanya orang - orang yang sombong dan suka tunjuk belang. Pada yang lemah dan tidak mencari masalah dengan mereka, mereka tidak akan usik.

" Esok aku dengar ada budak baru akan masuk kan? Dia satu kelas dengan kau kan Jungkook?" Soal Seok Jin tiba- tiba dan mengudang tatapan penasaran di masing - masing wajah sahabatnya.

" Yeke? Dari mana kau dengar kalau ada budak baru tu?" Soal Namjoon tak percaya.

" Dari Group Whatapps Sekolah. Aku dengar dia pidahan dari Malaysia. Nak kacau dia tak?” Usul Seok Jin sambil mengangkat kening sebelah.

" Dia kan tak cari pasal dengan kita? Buat apa nak kacau dia. Korang dah tak ingat dengan prinsip sendiri ke?" Protes Taehyung tidak setuju dengan ideal Seokjin.

" Haish Tae relax lah, sekali sekala apa salahnya kan. Mana tahu mangsa kita tu awek lawa ke? Boleh buat jadi kekasih kan? " Ucap Jimin pula

" Boleh juga ideal Jimin hyung tu. " Sokong Jungkook. Dia memang pantang kalau bab perempuan cantik ni, kata sahaja dia tu playboy antarabangsa.

Taehyung hanya mendengus tidak suka. Kan murid yang pindah tu adik dia. Dia malas nak bagitahu kawan- kawan kalau murid baru tu adik nya . Lagipun dia yakin kawan-kawannya itu hanya bergurau bukan bersunggup pun. Tapi satu orang je dia risaukan sekarang iaitu Jungkook si playboys antara bangsa. Semoga adik dia selamat dari pada Jungkook.

Dan buat masa ni dia hanya akan tengok sahaja apa yang akan dilakukan kawan- kawan nya esok hari, kalau diorang melanggar batas dia akan bertindak.

*

*

*

Bersambung..

Voment guy..

Kalau nak tengok part next nya tunggu vote dan komen banyak muahaha..

Guys please don't be a silent reader okk. Love u muahaha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience