Suasana pejabat agak sunyi walaupun jam sudah pun menunjuk ke nombor 11.
Mungkin kerana kebanyak pekerja terlibat dengan acara istimewa itu. Deena menarik kerusi beroda itu lalu menghempaskan badannya. Kalau lah kerusi itu boleh bercakap, mungkin Deena sudah dimarahinya. Penat dan sakit dihati cuba dilegakan. Walaupun itu sebenarnya tidak membantu namun itulah yang terbaik buat masa kini.
"Cik Deena, saya tak kira! Awak pun tahukan syarikat kami ni sangat berprestij dan sangat layak untuk terima liputan dari media. Takkan benda kecil macam ini pun saya kena beritahu awak. Awak sepatutnya lebih arif berkaitan hal ini!" Ujar lelaki berseragam pejabat itu.
"Betul Encik Rahim, saya tak nafikan syarikat yang encik bekerja itu 'sangat' berprestij. Betul, saya tak nafikan. Tetapi encik sendiri sedia maklum bukan, kami hanya memberi ruang media HANYA untuk penyumbang terbesar. Dan bukannya kami langsung tidak mention syarikat Encik Rahim. Kami sudah pun memberi penghargaan yang sepatutnya." Balas Deena dengan tegas. Gara-gara lelaki dan masalahnya yang remeh ini, dia gagal untuk hadir ke acara istimewa yang dilaksanakan oleh syarikatnya bekerja.
Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Oo, milik Aida rupanya. Aida menghantar beberapa keping gambar buat Deena sebagai isyarat majlis tersebut berjalan lancar.
"Best nya! Rahim sengal ini lah yang punca aku tak boleh pergi event ni. Kalau tak, mesti aku tengah berseronok sekarang main lari dalam guni! Susah-susah si Madihah itu cerita satu satu dekat dia hari tu, masih bengap juga nak masuk TV. Padahal bukan official collaboration pun, haritu dia sendiri cakap dia bagi duit itu sebagai zakat perniagaan syarikat. Tak perlu liputan media pun tak apa. Sekarang kecoh! Angin betul lah aku orang macam ini! Nak buat amal jariah tetapi berkira. Nak juga semua orang tahu dia sedekah. Air mana air, panas betul hati aku ni la," bebel Deena sambil berjalan menuju ke pantri. Nasib lah hanya ada dua tiga orang sahaja. Kalau tidak, mesti mereka pelik kenapa minah ni bercakap sorang sorang. Atau pun tidak. Siapa saja tidak kenal Nur Deena Malaika Roslan. Gadis tomboy yang bermulut lancang tetapi lembut hati. Seorang pengawai sumber manusia di syarikat Aayan Funding iaitu sebuah syarikat badan bukan kerajaan yang bertindak untuk menarik minat dan melaksanakan kerja-kerja amal dan juga program kesukarelawan yang dibuka kepada semua peringkat umur.
Deena ialah antara pengawai yang akan turun padang untuk berjumpa para pemilik syarikat yang ingin melakukan kerjasama ataupun ingin berkolaberasi dengan acara tahunan Aayan Funding. Ada ketika, Deena akan turut serta dalam program kesukarelawan ataupun program amal milik syarikatnya.
"Amboi Deena berleter sakan, dah kenapa tu?" Sapa Kak Mira, salah seorang staf media dan pemasaran.
"Aduh akak ni, nasib tak terkeluar jantung saya kak," balas Deena.
"Tak ada lah, tu membebel tu. Kenapa ni? Ada benda tak kena ke?"
"Nampak sangat ke kak? Tak bukan, saya tengah panas hati sikit. Ya la saya tak boleh nak join team. Saya terkilan la sikit,"
"Aik, la kenapa tak pergi terus ke sana lepas meeting tadi?"
Deena tersenyum.
"Tak boleh kak, sebab saya ada meeting lagi lepas lunch. Tu yang geram tu. Kalau tak, boleh la juga pergi sana kejap,"
Kak Mira mengangguk tanda setuju. Ya lah, rumah anak - anak yatim kali ini agak jauh daripada pejabat mereka. Mahu makan masa sejam setengah kalau pada waktu puncak.
"Tak apa la, rasanya bulan depan kita ada lagi kan program kat sana?"
Deena mengangguk.
"Ha, masa tu boleh la Deena join kan?"
"Harap macam tu la. Dah lama juga saya tak ke sana. Rindu sangat dengan diorang. Ya lah akak pun tahu kan, Alhamdulillah banyak projek masuk sekarang ni. Jadi, tak sempat sangat,"
"Ya akak faham Deena, akak kesian juga sebenarnya dengan Deena. Sebab hampir kebanyakkan projek yang masuk, Deena kena handle. Tapi tak apa. Akak tahu Deena boleh buat. Kan?"
Deena tersenyum.
"Dah akak nak sambung kerja sikit. Kesian Deena, akak kacau Deena minum," luah Kak Mira sambil menyusun langkah ke bilik kerjanya.
***
Inayah masih di dalam kereta miliknya akibat kesesakan jalan raya. Ini lah Kuala Lumpur, hari-hari traffic jam. Luahnya hanya tersekat dikerongkong. Jam sudah pun menunjukan tujuh petang. Lagi beberapa minit azan Magrib bakal berkumandang. Tapi ada yang lebih awal berbunyi.
"Hah, kenapa?" Sapa Inayah sebaik telefon pintarnya dilungsur ke kiri.
"Wey, kau dah beli dinner ke?"
"Belum. Ingat nak masak tapi sampai sekarang kereta aku ni tak bergerak lagi ni hah," luah Inayah dengan intonasi mengadu.
"Oo, kesian!" Lalu terdengar suara orang ketawa persis nenek lampir.
"Kau dah kenapa gelakkan aku macam tu? Sampai hati kau kan?"
"Chill lah, emo pula. Wey, kau nak makan apa?"
"Kau nak masak ke?" Sambung Inayah.
"Kalau kau nak dapur kau ni terbakar, ha sila la,"
"Kau ini lah! Ha, beli la apa-apa. Nasi la nasi. Nasi goreng ayam pun sedap juga,"
"Mesti kau tengah lapar teruk kan? Kalau tak kuew teuw ja kau order. Hah ya lah. Balik cepat sikit. Anak kau ini dah rindu maknya,"
Lalu panggilan tersebut dimatikan. Inayah tersenyum.
"Kau ini lah Deena, bila lah kau ni nak belajar masak erk. Balik - balik makanan kedai siam juga kau nak,"
***
Inayah masih disitu bak tungul yang menanti tumbuhnya semula daun hijau.
Sakit hatinya menunggu Deena yang sedari tadi tidak munculkan diri.
Deena rakan sefakultinya, walaupun berlainan kursus mereka tetap akrab. Inayah merupakan mahasiswa sains hortikultur yang sangat periang dan sangat penyabar. Siapa saja yang mampu bertahan dengan Deena, gadis bermulut puaka yang tidak berhati perasaan. Kalau bukan seorang yang penyabar, mungkin dah lama Deena itu dihumban ke dalam tasik fakulti.
"Hai Nayah, Nayah buat apa sini? Tunggu kembar Nayah erk?"
Ya Allah, bala apa pula kau bagi aku ni. Deena ini semua salah kau, tak pasal pasal aku terjumpa mamat kepit ni. Sudah lah panggil aku Nayah, ingat aku ni awek dia ke apa? Luah Inayah dalam hati.
"Hah Shah, kau buat apa sini?" Apa lah soalan aku, sah sah dia dekat bus stop mesti lah dia tunggu bas gila! Sambung Inayah hanya dikerongkong.
"Shah, jumpa supervisor Shah tadi. Nayah punya pakwe pun ada tadi,"
"Ooo, ya ke? Tak tanya pun," ujar Inayah disambung dengan ketawa yang dibuat- buat.
"Nayah ni comel la. Kelakar pula tu,"
Inayah hanya mampu tersenyum. Kalau ikutkan hati aku sepak je mamat kepit ini. Tersengih- sengih dah macam molasses basi. Ada kena tibai ini karang.
"Nayah dengan Iz tu memang serious ke?
Shah bukan apa, Shah kenal Iz tu, dia susah nak serious dengan someone,"
"Kau kan sekelas dengan dia. Memang la kau kenal dia Shah. Apa la kau ni," balas Inayah sambil bangun dari duduknya.
"Nayah nak pergi dah ke? Ala, Shah baru je nak berbual dengan Nayah,"
Inayah tersenyum dan berlalu pergi menuju ke arah gadis yang sedang memandangnya.
Ini semua salah kau Deena Mailaka! Nama je Malaika tapi dah macam malaikat maut perangai kau ni!
Deena tersenyum sipu, tahu lah dia Inayah sekarang tengah panas hati. Bukan sengaja dia lambat, perutnya yang tiba - tiba mengeluarkan isi.
"Ini semua salah kau! Kau tahu tak!" Luah Inayah. Deena hanya ketawa.
Jelas sangat rasa Inayah terhadap seniornya itu. Shah merupakan senior tahun akhir, dan ini adalah semester terakhir buat Shah pikat hati Inayah. Itu pun kalau mamat kepit ni mampu la.
"Kau gelak pahal? Panasnya hati aku ni! Kau tahu tak, yang lawak kan, dia boleh pula acah nak bercerita pasal Izham la apa la. Ingat aku teringin sangat nak dengar ke apa?
"Kau dengar ja lah. Kesian dia tak ada orang nak layan," sambung Deena dengan ketawa yang sudah seperti nenek kebayan.
lot of love -irish-
Share this novel