Rate

Bab 1:Tak ku sangka,tak ku duga

Romance Series 684

Selesai kuliah Fifi pulang menggunakan Grab kerana Puan Suhaila memintanya untuk pulang rumah awal kerana ada hal yang mustahak ingin dibincangkan. Sepertinya hal itu penting sangat. Puan Suhaila menelefon Fifi ketika Fifi menuju ke kelas. Bergema lagu Kill This Love yang berasal dari Korea nyanyian kumpulan Blackpink.`Let's kill this love yeah yeah yeah'.Terkejut Fifi apabila telefon pintar di poket seluarnya bergetar. Langkahnya terhenti di anak tangga."Hello, Assalamualaikum". Kedengaran suara Puan Suhaila di hujung talian "Waalaikumsalam,ya ma?ada apa,Fifi baru nak masuk kelas ni". Fifi tertanya-tanya mengapa mamanya menelefonnya. "Habis kelas nanti,Fifi ada hal tak?". Tanya Puan Suhaila. "Fifi nak minum dengan kawan-kawan Fifi, kenapa ma?". Tanya Fifi pula. "Oh,dengan Mira dan Yaya ke?". Tanya Puan Suhaila lagi. Fifi tertawa kecil dengan soalan mamanya itu "yalah ma,habis tu siapa lagi kawan Fifi". Fifi tertawa lagi "tapi,ada apa mama call Fifi?".Fifi masih kehairanan."Mama nak Fifi balik cepat habis kelas nanti. Sebab ada hal mustahak ni mama nak bincangkan dengan Fifi".Terang Puan Suhaila lebih lanjut."Yalah ma, Insyaallah".Fifi masih lagi tertanya-tanya tentang apa yang mustahak dan sangat sampai mama ingin Fifi pulang cepat."Mama tunggu okey,yalah pergi lah masuk kelas nanti terlambat pula bye assalamualaikum muah anak mama".Belum sempat Fifi bercakap, Puan Suhaila lantas mematikan panggilan."Waalaikumsalam".Fifi memasukkan semula telefon pintarnya ke poket seluarnya dan meneruskan langkah kakinya menuju ke kelas.

Sampai di perkarangan rumah,hati Fifi berdegup laju, melihat kereta Alphard dan Honda CRV parking di halaman rumahnya.Fifi masuk dengan hati dan jiwa yang tenang, macam macam yang bermain di ruang mindanya."Assalamualaikum". Fifi masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan."Waalaikumsalam". Semua menyambutnya. Puan Suhaila terus bangun dari sofa dan menuju ke arah Fifi,lalu memeluk dan mencium pipi Fifi, namun Fifi tidak hairan kerana memang itulah rutin mamanya setiap kali dia pulang ke rumah. Puan Suhaila menarik tangan Fifi perlahan menuju ke arah sofa tempat di mana Puan Suhaila duduk tadi, "inilah dia Fifi". Semua mata memandangnya dengan penuh gembira. Fifi mengukir senyuman yang manis tetapi hatinya berdegup laju kerana semua arah mata melihat dia."Cantik juga Fifi ni,manis pula tu".Puji seorang lelaki sebaya dengan ayahnya yang duduk sebelah ayahnya,Encik Amirul."Betul tu,pandang sekali terus berkenan dekat hati saya". Kata seorang wanita yang cantik dan bergaya sebaya Puan Suhaila. Fifi semakin tak faham dengan situasi itu. Mata Fifi memandang wajah wajah yang ada di situ.Seorang perempuan yang boleh tahan cantik tengah sarat mengandung,di sebelahnya pula seorang lelaki yang boleh tahan handsome juga. 'Mungkin suami dan isteri,hmm sama cantik dan sama padan. Getus hatinya. Fifi menoleh ke arah mamanya dan mendekatkan mulutnya ke telinga mamanya,"ma,ada apa ramai ramai ni?siapa mereka ni mama?tak pernah nampak pun". Soal Fifi. Puan Suhaila tersenyum dengan soalan itu lalu ibu jari Puan Suhaila mengarah ke arah seorang wanita yang bergaya itu."Datin Mahani",ibu jari Puan Suhaila beralih ke arah lelaki yang sebaya ayahnya, Encik Amirul,"ini pula Dato Nizam". Masing masing tunduk tanda 'iya' .Mereka datang sebab nak merisik". Terang Puan Suhaila. 'hemm?siapa pula yang nak kahwin ni? takkanlah kak long?dia sudah kahwin lagi pun tengah sarat mengandung..' Getus hati Fifi. Puan Suhaila memandang Fifi yang jelas kebingungan, Puan Suhaila tersenyum melihat kelakuan anaknya itu."Ala Fifi, janganlah banyak fikir,dia orang datang nak merisik Fifi lah".Terang Puan Suhaila,membulat mata dan terlopong mulut Fifi mendengar kata-kata mamanya itu. Fifi terfikir sejenak, 'sejak bila pula aku ada buah hati ni?setahu aku mana ada aku temu janji dengan mana mana lelaki ni? siapakah gerangan lelaki itu?'."Fifi setuju kah dengan lamaran ini". Suara Encik Amirul memecahkan fikiran Fifi. Fifi mengukir senyuman yang manis dipandang namun berat untuknya namun dia mampu mengukir senyuman itu agar tiada yang berkecil hati lalu dia memandang mama dan baba nya .Kalau mama dan baba setuju, Fifi ikutkan jak".Ringkas Fifi memberi jawapan. Entah kenapa ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sudah dia tetapkan pendirian bahawa dia tidak akan berkahwin selagi belum berkerja. Semua tersenyum gembira dengan keputusan Fifi. Selesai berbincang tentang tarikh dan pelbagai urusan, semuanya pun beredar dengan hati yang gembira.

Selesai solat Isyak, Fifi turun dari bilik dan menuju ke dapur,dia terlihat mamanya sedang menikmati buah limau."Hai ma".Sapa Fifi sambil mencium pipi Puan Suhaila, Puan Suhaila mengukir senyuman dan mengambil sedikit limau yang telah siap di potong itu lalu dia menyuapkan kepada anak kesayangannya itu,Fifi melopong kan mulut dan mengunyah limau itu ."Ma,siapa Datin Mahani dan Dato Nizam tu?".Tanya Fifi . Puan Suhaila tersenyum dan menelan terus buah limau yang tersisa di mulutnya."Sebenarnya..Datin Mahani tu kawan mama masa mama sekolah menengah dulu, Dato Nizam tu pula rakan kerja baba". Terang Puan Suhaila."ohh",Fifi mengangguk."Terima kasih Fifi sebab capaikan impian mama,mama gembira sangat bila Fifi buat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan mama dan baba". Puan Suhaila berasa sedih pula."Ala mama ni,Fifi sanggup buat apa jak supaya mama dan baba gembira".Fifi memeluk mamanya."Fifi nak makan apa,mama masakkan untuk Fifi nak tak?atau Fifi nak makan makanan kegemaran Fifi".Dengan perasaan yang gembira Puan Suhaila berkata dan Fifi ketawa terbahak-bahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience