Bab 21

Romance Series 8029

21

HARI KELAPAN

Tepat pukul 8 pagi Adham Rafique dah terpacak di ruang lobi, menunggu Syaza Imani. Aktiviti mereka hari ni ialah melawat tempat-tempat yang terdapat di Pulau Pangkor itu. Sementara menunggu, dia membelek-belek akhbar yang terdapat di situ.

“Ehem ehem.” Syaza Imani berdehem.

Dehemannya membuatkan Adham Rafique mengalihkan pandangannya dari surat khabar yang dibacanya. Turun naik matanya melihat penampilan Syaza Imani.

“Kau ni tiru aku ke apa?” Soalnya. Giliran Syaza Imani pula meneliti pakaiannya kemudian beralih kepada pakaian Adham Rafique. Masing-masing memakai t-shirt hilam, jean biru dan cap hitam.

Alamak aii macam mana boleh sama pulak ni, ngomel Syaza Imani dalam hati.

“Kau tunggu jap aku naik atas tukar baju.” Belum sempat Syaza Imani melangkah Adham Rafique memanggil.

“Dah tak payah lah. Nanti lambat pulak kita nak bertolak,” Mendengar kata-kata itu Syaza Imani tak jadi melangkah.

“Jom kita gerak sekarang,” Ajak Adham Rafique. Mereka mula bergerak ke arah sebuah kereta. Ternaik sedikit kening Syaza Imani.

“Kereta siapa yang kau rembat ni?” Soalnya.

“Excuse me, Tak mainlah rembat-rembat, aku sewa tau. Dah masuk cepat.”

“Owh” Membulat mulut syaza Imani.

Kereta Yang dipandu Adham Rafique bergerak keluar dari kawasan resort. Mereka telah ke Teluk Gadung, yang mana terdapat kesan tinggalan sejarah iaitu Kota Belanda dan Taman Fu Lin Kong yang terdapat Replika Tembok Besar Negara China.

Dari satu tempat ke satu tempat mereka singgah. Di Teluk Nipah pula Syaza Imani riang memberi makanan kepada Burung Enggang yang terdapat di situ. Setelah penat memberi makan kepada burung, mereka singgah pula ke Pasir Bogak.

Pasir Bogak menjadi tempat pilihan Adham Rafique untuk mengisi perut. Di situ memang terdapat banyak kedai makan. Pengunjung hanya perlu memilih samada ingin ke kedai makan yang menyediakan masakan Melayu atau Chinese Seafood. Selain itu, kedai cenderamata juga turut terdapat di situ.

Selesai makan, mereka meneruskan perjalanan ke Pekan Pangkor. Di situ Adham Rafique mula berbelanja. Dia mengambil beberapa bungkus Satay, Ikan Kering dan lain-lain. Dia menoleh ke arah Syaza Imani. Pelik dia melihat gadis itu hanya melihat sahaja.

“Kau tak nak beli apa-apa ke?”

“Eh nak.” Dia kemudiannya memilih barang-barang yang ingin dibeli. Setelah selesai membuat pembayaran, dia menghulurkan plasti-plastik itu kepada Adham Rafique. Terangkat sedikit kening lelaki itu.

“tolong bawakan,” Beritahunya.

“Kau dah tak de tangan sendiri ke nak suruh aku bawa?”

“Eeii Tak gentleman betullah kau ni!” Rungutnya.

“Gentleman ke Tomatoman ke itu semua aku tak peduli. Kau punya barang pun tak de la banyak mana pun, bawalah sendiri.” Adham Rafique terus berlalu meninggalkan Syaza Imani yang bengang. Dia memandang sekelilingnya.

Huh nasib baik tak de orang pandang, gumamnya dalam hati. Dia melajukan langkahnya untuk menyaingi langkah Adham Rafique.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience