Rate

PROLOG

Romance Series 3238

“Kau buat apa dekat sini, Daneen?”

Hilang terus senyuman dari bibir Daneen. Sedikit sebanyak hatinya agak terasa dengan kata-kata Yusuf. Mengapa lelaki ini seperti tidak suka dengan kedatangannya kemari?

“Saya nak jumpa awak.”

Senyap.

“Awak, kenapa awak jadi macam ni? Awak dah janji dengan saya tak akan sentuh minuman keras tu.”

“Awak, dengar tak apa yang saya cakap ni?”

Daneen memegang lengan Yusuf tapi lelaki itu dengan kasar menepis tangannya. Daneen terkejut kerana tidak menyangka Yusuf akan memperlakukan dirinya seperti ini.

Yusuf tidak menjawab sebaliknya dia menarik tangan Daneen keluar daripada bilik kerjanya. Gadis itu mengaduh kesakitan apabila Yusuf menarik tangannya kasar. Mereka berdua berpandangan buat seketika sebelum Yusuf mengalihkan pandangan kearah lain.

“Awak, saya ada buat salah ke? Kalau ada, saya minta maaf.”

Senyap.

“Awak ...”

“Diam, Daneen. Aku rimas.”

Daneen terkedu. Tidak menyangka perkataan itu yang akan didengarinya daripada Yusuf Aryan.

“Kau ada lelaki lain ke, Daneen?”

Pertanyaan Yusuf membuatkan Daneen mengalir airmata. Yusuf yang dikenalinya bukan begini. Lelaki itu sentiasa mempercayai dirinya.

“Saya tak pernah ada lelaki lain, Yusuf. Awak seorang aje lelaki yang saya cinta.”

Yusuf mengeluh dalam diam lalu mengeluarkan sekeping foto yang berada sedari tadi di dalam poket seluar nya. Foto itu diberi kepada Daneen supaya gadis itu melihatnya sendiri.

“Ada apa-apa yang kau nak cakap lagi?”

Tanya Yusuf. Dari tadi langsung tidak memandang kearah Daneen. Entah kenapa, perasaan benci mula menebal dalam diri Yusuf terhadap Daneen Saffiya.

Dia benci seorang pembohong.

“Itu memang saya. Tapi, boleh tak awak jangan terus percaya gambar ni? Mungkin aje orang yang hantar gambar ni saja nak me—”

“Orang aku yang hantar gambar ni. Dorang tak akan khianati aku macam yang kau buat sekarang ni.”

Selama ini sungguh dia mencintai Daneen. Tapi ini yang dia dapat.

Daneen terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Sudahnya, masing-masing terdiam.

“Saya boleh jelaskan pada awak. Semua ni tak betul.”

Kalau dengan cara ini boleh memperbetulkan keadaan, Daneen sanggup walaupun tahu dirinya akan dibenci oleh Yusuf.

“Baliklah Daneen. Aku nak kita akhiri hubungan kita. Aku penat dengan lakonan kau.”

“Yusuf ...”

“Balik, Daneen.”

Dingin suara Yusuf. Dalam diam Daneen agak takut dengan lelaki itu. Daneen menahan tangisnya. Kalau saja Yusuf tahu hal yang sebenarnya.

“Balik, Daneen. Keluar dari rumah aku.”

“Awak ...”

“Keluar.”
“Say—”

“Berambus!”

Sampainya hati kau, Yusuf Aryan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience