ABD 31: ARE YOU UNHAPPY?

Romance Completed 1572856

“Ehem…”
Suara dehaman yang kuat itu membuat Miya dan Adam serentak menoleh.

Dengan wajah berkerut tanpa segarit senyum, Adrian berdiri di muka pintu dapur menatap datar dua orang di depannya.

“You’re back,” ujar Miya, walaupun dalam hati takut melihat roman wajah Adrian itu.

“Dah siap?” tanya Adrian tanpa beranjak dari tempatnya berdiri.

“Tinggal nak letak krim je,” jawab Miya.

Melirik Adam sekilas, Adrian berlalu tanpa berkata apa-apa. Miya pula tidak berniat mengejar atau memberi penjelasan. Toh, tidak ada apa juga yang perlu dijelaskan. Dia dan Adam bukan melakukan apa-apa. Duduk mereka juga agak jauh.

“He’s jealous,” ujar Adam. Bukan dia tidak tahu perangai abangnya.

Miya tidak menjawab. Bangun dari kerusi, dia menyambung pekerjaannya yang tertangguh tadi supaya malam ini dia tidak perlu berjaga. Esok dia perlu keluar awal untuk menyiapkan tempat di booth.

“Anything I can help?” tanya Adam, menawarkan bantuan.

“Tak ada,” ujar Miya; tidak mahu Adam berlama-lama di dapur dengannya. “Lagipun tak ada apa yang you boleh buat. Tinggal nak letak krim je.”

“I boleh teman you.”

Miya malas melayan, bimbang kepergok lagi dengan Adrian. Memasukkan krim yang sudah ditimbang ke dalam bekas pengadun, dia terkial-kial mencari butang untuk menurunkan kepala mixer.

“Cari apa?” tanya Adam.

“Macam mana nak turunkan kepala mixer ni?”

Bangun dari duduknya, Adam mendekati Miya. Melilau juga dia mencari butang untuk menurunkan kepala pengadun sebelum dia melihat tuas pelepas itu di bahagian belakang pengadun. Hampir tidak kelihatan kerana sedikit terkebawah kerana kepala pengadun yang dalam keadaan condong.

“There it is,” ujarnya sebelum menarik tuas itu dan menurunkan kepala pengadun.

“Thanks.”

“Welcome. Nampak, ada jugak gunanya I kat sini.”

Tiada jawapan daripada Miya. Bunyi bising daripada pengadun membuat tiada bicara antara mereka selama beberapa minit.

Setelah krim itu nampak agak kembang, Miya mematikan pengadun. Memeriksa kekentalan krim itu, sebelum memutarnya semula. Setelah nampak agak kental, pengadun dimatikan sekali lagi.

Setiap gerak gerinya itu diperhatikan Adam. Lelaki itu tidak berkata apa-apa. Hanya memerhati sehingga tanpa sedar keluhan lolos dari bibirnya. Keluhan penyesalan barangkali. Kalaulah dia tidak mabuk malam itu, dan kalaulah dia tidak ke rumah sewa Miya, perkara itu tidak akan terjadi. Tentu dia dan Miya sudah berkahwin dan hidup bahagia sekarang. Mungkin juga sudah punya anak.

Ah, membayangkan itu, membuat Adam dihimpit penyesalan yang bukan sedikit.

SELEPAS makan malam, tukang masak PS Bethanie kembali membantu Miya di dapur. Tidak semua kek diletakkan hiasan krim. Ada yang dibiarkan kosong kerana mungkin ada pembeli yang tidak menggemari krim.

Hampir pukul sebelas malam barulah semuanya selesai. Setelah memastikan semua kek dimasukkan ke dalam peti sejuk, barulah Miya melangkah ke bilik yang telah disiapkan untuknya di tingkat bawah. Dia tidak mahu menggunakan bilik Adrian di tingkat atas. Melangkah ke bilik itu akan mengingatkannya kepada peristiwa dua minggu lalu. Ditengking, dan dituduh mencemarkan baju Dahlia dengan tubuhnya, Miya masih belum dapat menyingkirkan itu dari benaknya.

Biarlah Adrian tidur sendirian di tingkat atas dengan bayang arwah isterinya itu.

Ketika dia baru menanggalkan baju t dari tubuhnya menyisakan bra dan seluar panjang sahaja, pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Terjerit dia sambil baju yang sudah dicampak ke katil tadi dicapai semula guna menutupi dadanya yang terdedah.

Sedikit lega dia apabila melihat yang muncul itu Adrian.

Bersandar pada pintu dengan tangan berlipat ke dada dan wajah tanpa segarit senyum, tajam panahan mata Adrian seperti mampu menembusi segenap liang tubuhnya.

Menahan baju pada dadanya, Miya melangkah ke almari lalu menarik sehelai tuala; berhajat mahu membersihkan diri sebelum tidur.

Adrian yang masih menatapnya, dibuat tidak peduli. Jika dia pandai melayani orang dengan senyuman dan kebijaksanaannya berkata-kata, dia pandai juga mengabaikan orang.

“Kenapa tidur kat sini?” Adrian akhirnya bersuara apabila melihat Miya tidak mengendahkannya.

“Sama je tidur kat mana-mana pun,” balas Miya. Langkah sudah mula di atur ke bilik mandi.

“Bilik saya kat atas.”

“Bilik awak, bukan bilik saya,” balas Miya.

Adrian tertawa sumbang. Menjatuhkan kedua-dua tangannya ke sisi, dia melangkah mendekati Miya. “Nak tidur bilik bawah, senang nak jumpa Adam?”

Bengang dengan tuduhan Adrian, Miya menoleh. Menghela nafas kasar, dia tersenyum sumbang.

“Bukan. Saya takut tersentuh sesuatu yang tak sepatutnya saya sentuh,” balas Miya, yang membuat Adrian bungkam. Sontak langkahnya terhenti. Wajah Miya dipandang tidak berkedip.

“Saya akan tidur kat sini malam ni.” Miya bertegas, sebelum memutar tubuhnya menuju bilik mandi.

Namun tangannya tiba-tiba disentak membuatnya tubuhnya berputar. Tersembam wajahnya ke dada Adrian sebelum cepat-cepat dia menjauh. Adrian mengejapkan genggamannya pada lengan Miya.

“Saya takkan berikan awak celah untuk bertemu Adam malam ni.”

“Kenapa nak libatkan Ad…” Bicara Miya terhenti apabila bibirnya dibungkam Adrian. Buntang matanya memandang Adrian sambil menolak tubuh suaminya itu, namun Adrian tidak memberi ruang untuk Miya melepaskan diri.

“You’re mine, Miya,” gumamnya di sela-sela ciumannya sebelum tubuh Miya ditolak ke katil.

SEAWAL pukul tujuh setengah pagi, Miya sudah bersiap-siap untuk ke tapak jualan mereka. Kek cawan yang telah siap, disusun kemas di dalam kotak sebelum di bawa ke kereta.

Miya baru hendak mengangkat beberapa buah kotak berisi kek cawan apabila suara Adam menahannya.

“Miya…Miya…”

Adrian yang berada di ruang makan juga turut menoleh. Berkerut wajahnya melihat Adam berlari ke arah Miya sebelum mengambil alih kotak-kotak dari tangannya.

“Miya ada slipped disc, tak boleh angkat benda berat,” ujar Adam apabila menyedari tatapan kurang senang dari abangnya.

Adam membawa kotak-kotak kek itu ke kereta, sementara Miya menarik kerusi di ruang makan. Hanya dia dan Adrian. Lora belum bangun, manakala TS Alexander dan PS Bethanie masih belum pulang dari berjogging.

“Saya tak tahu pun awak ada slipped disc,” ujar Adrian dengan suara dinginnya. Kopi yang masih panas disesap perlahan.

“Kita cuma tinggal berapa bulan je lagi. Tak perlu tahu banyak tentang saya.”

Adrian mahu membalas, namun suara TS Alexander dan PS Bethanie yang memasuki ruang makan membuatnya terbantut.

SAMPAI di tapak jualan. Adam mengangkat kotak-kotak kek dari but kereta Miya dan membawanya ke booth mereka.

Adrian yang akan mengiringi Timbalan Menteri Wanita dan Kebajikan Masyarat yang akan merasmikan program itu hanya memerhati dari jauh dengan dada berdetak hebat. Nampak seperti Adam sengaja mahu menunjuk betapa tahunya dia tentang Miya, betapa mengambil beratnya dia tentang Miya. Ah, sebal!!

Booth Jabatan Pemasaran telah dipilih sebagai booth untuk upacara potong riben sebagai gimik pelancaran.

Adrian memperkenalkan Miya kepada Datuk Rubiah usai gimik pelancaran sebelum membawanya ke booth-booth yang lain. Sempat jelingan tajam dia hadiahkan pada Adam sebelum berlalu dari situ. Adam hanya tersengih.

Menjelang pukul 10 pagi, pengunjung semakin ramai. Adam sibuk mengisi belon dengan gas helium sebelum diberikan kepada kanak-kanak yang mengunjungi booth mereka. Tersenyum Miya memandang Adam melayan kanak-kanak. Adam memang sukakan kanak-kanak. Malah saat mereka merancang masa depan dahulu, pernah Adam memberitahunya mahu enam orang anak dalam perkahwinan mereka. Dia hanya tertawa ketika itu, membayangkan bahagia dan meriahnya hidup mereka dengan anak-anak yang ramai.

Namun ternyata takdir tidak memihak kepada mereka. Orang mungkin berkata, itu hanya kesilapan satu malam. Tapi bagi Miya, tidak mungkin dia dapat bersama Adam selagi perkara itu berlegar-legar dalam kepalanya. Bagaimana dia mahu bersama Adam jika bayangan Adam berpelukan dengan Shirley di atas katil di dalam rumah sewanya terbayang di ruang mata. Tidak boleh. Kerana dia adalah manusia yang sangat sukar melupakan.

“Miya…”

Suara Adam itu mengejutkan Miya daripada lamunannya.

“Ya?”

“Nah…” Belon badut yang dibentuk menjadi bentuk hati dihulurkan kepada Miya.

Teragak-agak Miya mahu mengambilnya.

“Ambiklah. You kan suka belon badut ni.”

Miya tertawa perlahan. Belon dihulurkan Adam diambil lalu memandangnya sesaat. Dulu jika ke pasar malam atau fun fair, dia cukup suka melihat badut membentuk belon panjang itu menjadi bunga, anjing, hati, rama-rama, gajah dan macam-macam lagi. Selalunya mereka tidak meletakkan harga, tetapi pembeli membayar seikhlas hati. Dan Miya tidak pernah ketinggalan membelinya.

Pernah sewaktu kecil, ketika menemani emaknya berniaga kuih di pasar malam, dia merengek mahukan belon itu, tetapi berkesudahan dia ditengking dan dipukul kepala oleh emaknya. Sejak itu, dia hanya mampu memandang, tidak berani lagi meminta. Hanya setelah melangkah masuk ke universiti, setiap kali ke pasar malam, dia pasti akan membeli belon itu.

“Ingat tak dulu, you selalu ajak I pergi pasar malam. Ingatkan nak beli makanan, rupa-rupanya nak beli belon.”

Miya senyum segaris. “Yeah. Sekarang dah tak ada masa nak pergi pasar malam.”

“It’s okay, I boleh buat belon banyak-banyak untuk you. You nak bentuk apa? Just name it.”

Miya tertawa. Masih dia ingat dulu Adam membeli belon panjang itu dengan banyak dan belajar membuat pelbagai bentuk. Beratus-ratus belon habis begitu sahaja tanpa satu bentuk pun menjadi. Berhari-hari Adam belajar membentuk belon itu melalui youtube sebelum dia benar-benar berjaya melakukannya.

“Ingat bentuk pertama yang I buat?”

Miya mengangkat belon yang berbentuk hati yang diberikan Adam tadi. Adam tersenyum. Ternyata Miya tidak pernah lupa.

Kembali mengisi angin ke dalam belon panjang menggunakan tangki helium, tangannya cekap membuat bentuk bunga dengan menggunakan dua belon berwarna ungu dan merah jambu. Kemudian dia membuat bentuk arnab, zirafah, teddy bear sebelum diberikan satu persatu kepada Miya.

“Adam, stop it. You membazir belon,” ujar Miya.

“Ada banyak lagi dalam kereta I.” Belon berbentuk poney dihulurkan kepada Miya.

“Skill you dah bertambah baik sekarang,” ujar Miya kagum.

“Practice makes perfect.”

“Mommy…I want!”

Jeritan kanak-kanak di depan booth mereka membuat Miya dan Adam sama-sama menoleh.

“Yes, you want cup cakes?” tanya Adam.

“I want balloon.” Tangan kanak-kanak perempuan itu menunjuk ke arah belon berbentuk poney di tangan Miya.

Miya hampir saja memberikan belon miliknya kepada kanak-kanak, namun suara Adam menahannya.

“Okay, uncle will make one for you. What colour do you want?” tanya Adam sambil menunjukkan pilihan warna belon di tangannya.

“Pink!”

“Pink? Okay. Tunggu sekejap ya…”

Teruja kanak-kanak itu memandang Adam membentuk belon panjang menjadi poney. Miya tersenyum. Melihat kanak-kanak itu, membuat keinginannya memiliki anak semakin memuncak. Dia sudah berhenti mengambil perancang sejak lebih seminggu yang lalu. entah dia yang gila atau cadangan Balqis itu yang kedengaran masuk akal, membuat dia nekad. Harapnya dia mampu hamil sebelum Adrian menceraikannya.

PELANGGAN agak ramai menjelang tengah hari membuat Miya dan beberapa rakannya yang bertugas waktu itu tidak menang tangan. Mungkin kerana krim yang menarik, mungkin juga kerana booth mereka kelihatan agak meriah berbanding booth lain dengan belon pelbagai warna. Dan ya, mungkin juga kerana Adam begitu pandai menarik perhatian kanak-kanak dengan belon-belonnya yang diberi secara percuma.

Setelah keadaan agak tenang, Miya melabuhkan duduk di kerusi. Mengambil portable mini fan dari beg tangannya, dia bersandar selesa sambil kipas dihala ke mukanya. Cuaca tidak terlalu panas, tetapi mungkin kerana kekalutan semasa pelanggan ramai sebentar tadi membuat dia berpeluh.

Ketika dia masih asyik menikmati kesejukan dari angin kipasnya, satu aiskrim kon berperisa campuran vanilla dan coklat terhulur di depan matanya.

Perlahan bola matanya bergerak melihat si pemilik tangan.

Adam! Dengan senyum khasnya yang sentiasa terlihat ikhlas itu.

Ya, itu beza antara Adrian dan Adam. Adrian yang jarang tersenyum dan terlihat sombong, Adam pula selalu tersenyum dan lebih ramah.

“For you…” ujar Adam, apabila melihat Miya seolah-olah tidak berniat mahu menyambut ais krim yang dihulurkan.

“Ambiklah. I beli untuk semua,” ujar Adam sambil menunjuk ke arah Hafiz, Carol, Nina, dan Didi.

Melihat itu, perlahan tangan Miya terhulur menyambut ais krim yang dihulurkan Adam, membuat lelaki itu tersenyum senang.

“Remember you said, chocolate and vanilla shouldn’t be competitors, because they’re good together,” kata Adam sambil menjilat aiskrimnya yang sudah mula mencair.

“Yup. Especially dark chocolate.”

“When we talk about vanilla, we imagine something white, with a plain and original taste. but actually vanilla describes many things, you know.” Adam cuba memancing Miya untuk berbual.

Namun sayang, umpannya tidak mengena. Sama ada Miya begitu asyik menikmati ais krimnya, atau Miya sengaja tidak mahu melayannya.

Putus asa?

Tentu tidak.

Bidang pemasaran itu memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengetahuan yang meluas, jadi dia yakin, akan berjaya mempengaruhi Miya untuk berbual dengannya.

“Vanilla is sometimes used to describe someone with little inclination to do anything spontaneous or exciting, either sexually, or in general every day life.”

“Oh…like having one night stand with her girlfriend’s housemate? Adakah itu termasuk dalam kategori little inclination to do anything spontaneous or exciting?” Balqis yang entah bila muncul, tiba-tiba menyampuk, membuat Adam sebal.

“Nope, vanilla is also used to describe something like you. A basic product or service with no special features. Unexciting, ordinary, conventional, boring,” balas Adam sengit. Sengaja menekan suaranya saat menyebut ‘something’.

“Special features sold separately. Macam youlah. This is basic Adam, with no brain. Otaknya dijual berasingan.”

Pecah tawa Miya dengan jawapan Balqis.

Adam pula berdesis geram. Lebih sakit hatinya melihat Miya sepeti mentertawakannya. Tak guna, Balqis! Niat mahu berbual dengan Miya terbantut gara-gara Balqis.

Menjelang acara penutup, mereka mula melelong hasil jualan. Berdiri di atas kerusi, Adam dan Hafiz mempromosi booth mereka, memanggil pelanggan dengan menggunakan haler.

“Mari…Mari…Mari…Anda ada masalah? Anda bersedih? Anda putus cinta? Anda sunyi? Mari ke booth kami dan rasai kemanisan pudding dan cup cakes pelbagai perisa. Murah…Murah…Murah…Tiga bijik lima ringgit. Beli enam percuma satu!”

“If you think your life is so vanilla, then try chocolate, strawberry or mango…”

“Okey kak, nak beli cup cake kak? Pergi sana kak, tu ada adik cantik tengah tunggu tu kak. Pilih kak. Boleh campur perisa.”

“Okay dik, kalau boleh jawab soalan abang, abang belanja cup cake free. What makes life so sweet?”

“Cup cakes!”

“Betul!!! Okay, pergi redeem 3 cup cakes dengan kakak cantik sana tu!”

Bergilir-gilir Hafiz dan Adam mempromosi booth mereka, kadangkala sengaja mencabar pemilik booth lain yang turut menggunakan haler memanggil pelanggan mereka.

“Wah, good job la team marketing. Cuba esok jual diamond guna stail pasar malam macam ni!” jerit Khairul dari booth sebelah apabila melihat barang jualan dari Jabatan Pemasaran akhirnya habis terjual.

“What makes life so fun?”

“Diamond ring!”

“Okay, tuntut cincin percuma dari kakak cantik sana tu!”

Gamat dua khemah itu dengan tawa mereka.

ANGIN agak kuat beserta dengan guruh yang berdentum ketika mereka berkemas-kemas setelah acara penutup selesai pada pukul 10 malam.

“Dulu guruh datang petang-petang je. Sekarang tak kira siang malam dia datang,” ujar Hafiz sambil menurunkan belon-belon yang digantung pada khemah mereka.

“Dunia akhir zaman. Yang tak biasa pun jadi biasa,” sampuk Nina sambil mengeluarkan kek dan puding yang tidak habis dijual dari dalam peti ke dalam kotak.

“Patutlah panas gila siang tadi, rupanya nak hujan.” Balqis yang sedang membantu Nina menyampuk.

“Tulah. Berbahang. Nasib kita sewa peti. Kalau tidak, habis cair krim kek,” balas Miya.

Angin semakin kuat bertiup membuat khemah mereka turut bergoyang.

“Eh bahaya ni…Cepat kemas,” ujar Balqis.

“Aku pergi ambik kereta jap, bawak sini. Senang nak angkut barang,” ujar Adam lalu berlari meredah hujan renyai-renyai, ke tempat letak kereta. Banyak booth yang telah dikemaskan, memudahkan dia untuk membawa ke keretanya ke booth mereka.

Miya sedang melipat kain scallop yang baru ditanggalkan dari tiang khemah apabila tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga menerbangkan khemah mereka. Semuanya berlaku terlalu pantas membuat Miya tidak sempat mengelak ketika angin kencang menterbalikkan khemah sehingga salah satu kaki khemah itu hampir mengenai tubuhnya.

“Miya!” Adam yang baru keluar dari kereta pantas menerpa ke arah Miya.
Tangan Miya ditarik cepat sebelum dia menggunakan tubuhnya menghalang tiang khemah itu daripada mengenai tubuh Miya.

Memancut darah keluar dari belakang kepala Adam, membuat Miya terjerit sebelum Adam tiba-tiba rebah ke tanah.

“Adam! Adam!” Pipi Adam ditepuk perlahan, tidak membenarkan Adam memejamkan matanya.

“Jangan tidur…Jangan tidur…” ujarnya.

“Call ambulance!” jerit Balqis

Terkocoh-kocoh Hafiz mengeluarkan telefonnya menghubungi ambulans.

MIYA menunggu gelisah di depan bilik rawatan. Mundar-mandir sambil menggigit-gigit kukunya. Adrian sudah dihubungi sebentar tadi.

“Rileks Miya. Inshaa’Allah dia tak ada apa-apa,” pujuk Balqis.

“Macam mana aku nak relaks, Bee. Kau nampak darah banyak tadi. Lepas tu dalam ambulans tu dia macam sedar tak sedar je. Kalau dia mati macam mana.”

“Ish kau ni…Janganlah fikir bukan-bukan. Inshaa’Allah selamat. Percaya cakap aku.” Bersungguh Balqis meyakinkan.

Miya diam. Daripada berdiri, dia melabuhkan duduk, namun itu masih tidak berhasil mengurangkan rasa gelisahnya. Berdiri semula, mundar-mandir lagi sehingga doktor keluar dari bilik rawatan.

“Boleh saya masuk tengok Adam?” tanya Miya tidak sabar.

“Boleh.”

Tanpa menunggu Balqis, Miya segera menyerbu masuk. Adam yang sedang duduk berjuntai kaki di birai katil, tersenyum memandang Miya.

“Are you okay?” tanya Miya, tanpa dapat menyembunyikan wajah cemasnya.

“Are you worried about me?” soal Adam dengan senyum tidak surut dari bibirnya.

“Of course la. Why you so stupid. Orang gila pun takkan tahan tubuh dia macam tu depan khemah yang tengah terbang. Bodoh!”

"Well, we can’t be wise and in love at the same time.”

“Adam…”

“I know…I know…You’re Adrian’s wife now.”

Hening. Miya tidak tahu harus berkata apa. Menyulam jemarinya, dia menunduk. Jujurnya dia masih gugup dan terkejut dengan kejadian tadi.

“Are you okay?” tanya Adam.

Miya mengangguk tanpa mengangkat mukanya. Kebam bibir, tiba-tiba tangisan lolos dari bibirnya bersama esakan halus.

“Miya…”

“Lain kali jangan buat macam tu lagi. Don’t sacrifice yourself for someone you will never have.” Tersekat-sekat suara Miya, tanpa dia berani mengangkat muka memandang Adam. Bukan dia takut. Bukan. Tetapi kerana dia tahu mengapa Adam melakukannya. Apa yang dilakukan Adam hari ini, dia tahu sebabnya. Adam masih mengharap. Dan itu yang membuat dia sedih. Mengapa Adam tidak move on saja? Mengapa Adam tidak berusaha mencari wanita lain yang ramai lagi lebih baik daripadanya?

“Miya…I mintak maaf kalau I buat you risau, I buat you rasa tak selesa, tapi…apa yang I buat tadi tu, it’s not because I want to have you even I believe my love for you is far more than Adrian.”

“Adam, please don’t…”

“Miya…” Tidak membiarkan Miya memotong bicaranya, Adam pantas mencelah. “…I just want to protect you. That’s it. Sejak I dengar Adrian tengking you hari tu, I rasa I tak boleh biarkan you Miya. You seem unhappy with my brother and I want to make you happy.”

“I still love you, but…”

Bicara Adam tergantung di situ, apabila pintu biliknya tiba-tiba dibuka. Namun bunyinya kuat seperti dirempuh. Adrian menerpa masuk dengan wajah datarnya seperti biasa.

“Are you okay?” tanyanya sambil memandang Adam.

“Yeah…Kena enam jahitan kat bawah tengkuk,” ujarnya.

“Kena warded ke?” tanya Adrian.

“Tak tahulah. Tapi doktor kata kena x-ray.”

“I dah call mama. Kejap lagi lagi dia sampai.”

Berkerut Adam tidak puas hati dengan tindakan abangnya. “Come on la. I bukan budak-budak. Sampai nak panggil mama. I boleh urus diri sendiri.”

“Kalau you boleh urus diri sendiri, you takkan ada kat sini malam ni.”

Adam berdecit tidak suka.

“Get some rest. I balik dulu.” Menggenggam tangan Miya, ditarik isterinya itu keluar dari bilik Adam.

Balqis masih menunggu di luar sambil menekan-nekan skrin telefonnya.

“Bee, tolong tengokkan Adam sekejap sementara mama I sampai. I nak hantar Miya balik,” ujar Adrian.

Melongo Balqis sambil telunjuk dihalakan ke mukanya sendiri.

“Yup. You. Thanks.”

Tanpa menunggu jawapan Balqis, Adrian menarik tangan Miya menuju ke kereta.

HENING sepanjang jalan tanpa ada sesiapa yang berbicara. Miya membuang pandang ke luar, Adrian pula dengan tatapan lurus ke depan. Dilirik Miya dengan ekor matanya, menelisik wajah yang sudah jarang bercakap dan tersenyum sejak akhir-akhir ini.

“Are you unhappy with me?” Akhirnya dia tidak dapat lagi menahan lidahnya daripada bertanya.

Perlahan Miya menoleh. Memandang Adrian dengan wajah terpinga-pinga.

“Are you unhappy with me that you need Adam to make you happy, huh?”

Miya diam. Malas bergaduh, malas juga bersoal jawab. Dia letih, dia mahu berehat. Bertekak dan bergaduh dengan Adrian adalah perkara yang tidak mahu dia lakukan saat ini.

"Did your life with me is so miserable that you need Adam to entertain you? Balloon, ice cream, what else?"

Miya mendesah lelah, masih tidak berniat untuk berkata apa-apa. Toh, apa saja yang keluar dari mulutnya tidak akan bermakna apa-apa kepada Adrian. Dan dia tidak tahu dari mana Adrian mendapat tahu tentang belon dan ais krim itu. Apa Adrian mengintipnya?

"Answer me Miya!!!"

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-09-17 19:12:29 

kesian miya, andrian ni tau klu sayang tu jgn pendamkan.. nnt miya lari baru tau..

MammyEN
2022-09-16 23:55:32 

sambung lgi. kasi panjang sikit baru puas baca

Eita juita
2022-09-16 22:12:52 

hati perempuan.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience