22

Romance Completed 6018

so korang..
kitorang dah sampai..
cantik tempat ni..
nyaman..
kitorang semua park dekat 1 homestay ni..
Prof yang suruh.
kitorang ikut je..
tapi bukan kitorang nak berkhemah ke..
tahlah..
Prof ada rancangan kot..
it's okay..

kitorang dah berkumpul..

PROF:: baik lah semua..
kita akan biarkan kenderaan dekat sini..
kita akan masuk dalam hutan..
kitakan nak berkhemah..
kita akan buat kerja kumpulan bila dah sampai tempat sepatutnya..

lepas je dengar maklumat Prof..
kitorang semua ambil barang2..
baju aku banyaklah juga..
lima harikan nak camping..
tak nak bawa dua,tiga helai baju je..
beg aku nampak penuh pun sebab aku bawa make up aku..
haha..
aku tak nak orang nampak rupa sebenar aku..
mesti jaga2..

sekarang cikgu nak kitorang berkumpulan..
aku sama-sama jalan dengan kumpulan aku..
penumpang aku tadi tu team..

hari ni kami enjoy dulu..
hari kitorang cuma bersiap-siap untuk khemah..
memasak..
mandi pula dekat air terjun..
untung ada yang air cetek..
taklah aku trauma..

masa aku mandi tu..
aku cepat-cepat..
yalah..
kan aku kena buka make up..rambut aku pula..
lepas mandi pakai make up balik..

bagi kumpulan aku..
aku dengan Akram yang cari kayu api..
ada 7 kumpulan semua..
setiap kumpulan bagi 2 wakil..
pasal tidur dekat khemah..
aku tak tidur sama dengan 4 ekor tu..
tak nak aku tidur sekali..
walaupun aku tahu diorang takkan buat apa2..

bagi memasak..
kena bergilir gilir..
maksud aku..
1 kumpulan tu akan masak untuk semua orang..
kalau kumpulan Bell..
aku pasti makanannya sedap..
sebab ada ahli diorang pandai masak..
haraplah..
hehe..

Bell kumpulan 1..jadi diorang di tugaskan untuk masak makanan tengah hari..
lepas makan tengah hari tu..kitorang lepak2..aku ada dengan kumpulan Bell..
lagi pun bukannya aku dapat buat apa kalau aku ikut kumpulan aku tu..
annoying juga kadang-kadang..
tahulah aku ni si nerd gilerr..

aku dengan Bell ada jugalah round kawasan tu..
cantik..

bila malam menjelma..
haha..
malam dah menjelma..
kumpulan 2 pula ditugaskan masak..
aku dah bersedia dari tadi..
aku dah siapkan mee segera aku..
tahu sangat makanan kumpulan Fancy tu tak sedap..
jahatkan aku..
dah itu kenyataan..
mesti Fancy yang berlagak chef bila memasak..
diorang masak kari ayam..
sedap bau nya..
tapi sedap ke rasanya..
belum tahu..
diorang dah mula makan..
aku pula makan mee segera aku..
sedap lagi mee ni..
baru sekali makan..
'hukk..hukk'

aku dengar banyak yang batuk..
dah kenapa..
tak lama lepas tu..
diorang tengok aku..
pelik aku..

"boleh tanya..kenapa tengok saya macam tu"

berhenti aku makan..
Bell tengok aku..

"Via..sejak bila kau masak mee segera ni??"

"err..awal2 lagi..kenapa??"

"awak tak makan apa kumpulan dua masak??"

"tak,sebab saya tahu apa akan jadi.."

"hey budak nerd...kau jangan nak hina aku ae"

tiberr je Fancy ni..
sentap ke..
haha..aku kisah pun..

"saya tak cakap itu awak..kenapa nak marah"

"kau jangan nak berlagak macam kau pandai sangat masak.."

hesy..dia ni macam mencabar aku je..dia nak aku tunjuk kehebatan masakan aku ke apa..
kau fikir aku ni tak pandai masak ke..
lepas je tu..aku hentak mangkuk aku dekat tanah..

aku berdiri menghadap dia..
sakit pula hati aku..

"saya tak pernah berlagak pun..lagi pun awak pernah ke makan masakan saya??"

"heh..temberang..kalau kau pandai sangat..perbaiki masakan ni.."

betullah apa yang aku sangka..
dia cabar aku..
sambil permalukan aku..
Prof tak ada dekat sini..
sebab dia ada hal dekat homestay tadi..

"kalau saya dapat perbaiki makanan ni..apa yang saya dapat??"

"apa kau nak??"

korang boleh tak aku jawab macam ni.'aku nak kau mati..boleh'

mestilah tak boleh..haha..

"senang je..jangan panggil saya nerd..tapi panggil saya VIA..boleh??"

"so easy"

"sebab tu saya cakap senang je"

lepas je bercakap tu..
aku pergi lah rasa masakan dia..

'hukk..hukk.."

gilerr.. betul..

diorang ni masak kari ke masak pedas nak mampus..

cepat2 aku ambil air dekat tempat duduk aku tadi..

hampir habis air aku tadi..
aku bolehlah makan pedas..
tapi pedas ni lain macam..
pedas je..pedas gilerr..
masin tak ada..manis tak ada..MSG pun tak ada..
ada ke patut..
patutlah semua batuk tadi..

"Fancy.. awak letak apa dekat masakan tu..pedas nak mampus..awak nak diorang ni mati kepedasan ke"

"kau jangan nak kutuk aku ae"

nak ke aku mengajuk tadi..
aku tengok yang lain diam je..
aku rasa diorang ni lapar sangat ni..
aku pun ambillah air khas nak masak..
bahan2 lain..
aku pun perbaikilah masakan tu..
lepas berapa kali aku masuk bahan2.. air semua..
ok jugalah..
sekurang-kurangnya aku tolong juga diorang nak makan..
mee aku pula dah kembang..

"hah..saya dah siap..dan Fancy.. ingat apa yang awak dah deal dengan saya..kalau awak langgar..saya akan pastikan awak menyesal"

aku pula duduk tempat aku balik..
nak makan mee aku..walaupun dah kembang..
sedap juga..
aku tengok yang lain berselera je makan..
baguslah kalau macam tu..
aku perasan tadi..
bila Fancy mula makan..ternganga dia..

kalau dia langgar deal tadi..
dia pasti menyesal bila aku dah psiko..

aku off ya..
aku nak habis kan makanan aku ni

.....

"nerd..kau tidur dekat mana??"

ni Badrul@Bad..dia ni ahli yang agak baik dengan aku..

"saya tidur dekat khemah Bell"

"kenapa kau nak tidur sana??"

lah..aku tak naklah tidur dengan korang Akram..

"saya tahu..kamu semua takkan buat apa2 dekat saya..tapi saya tak selesa"

"biar ajelah dia tidur sana..lagipun dia sorang je perempuan.. sebab tu dia tak selesa nak tidur dengan 4 lelaki.."

"hrrmm..ok..oh..sedap masakan tadi..well done..VIA"

dah kenapa tiba2 panggil aku Via ni..
pelik..
tak apalah..

"saya pergi dululah"

"ok"

malas aku nak berlama-lama..

sekarang aku dah masuk khemah diorang Bell..
khemah ni boleh muat 7 orang sebab tu aku boleh tidur sama..
kitorang buat penghadang antara lelaki dengan perempuan..
so taklah rapat sangat kitorang..
lagi pun aku pilih nak tidur paling tepi..

"hebatlah Via..sedap sangat masakan tadi..kalau awak tak perbaiki..mesti kitorang ni berlapar."
ni kawan Bell..
nama dia Christanilla..
nama depan dia tu mengingatkan aku pada aunty jahat..

"taklah..biasa je tu..main campak je.."

"walaupun main campak..tetap hebat.."

'tersedar ku disini cinta mu membawa ku..'

"saya jawab call dulu"

ada rangkaian dekat sini..
mungkin sebab aerial dekat sini dekat..

aku keluar dari khemah..
jauh sikit..
hehe..

"hello Krystal.."

"hello"

"macam mana first day kali ni,,ok..enjoy"

"tak ada yang menarik..enjoy sikit..tapi ada yang jadi..bila dah balik saya cerita"

"ok,awak masih Via Versi 2 ke??"

"ya..mana boleh guna Via Versi 1"

"oh..bila korang kena suruh tidur.."

"sekarang nilah"

"awal nya..baru jam 9"

"sebab esok kitorang nak mendakilah apalah..cari check point..jadi kena awal tidur..tapi tulah,saya tak boleh tidur sekarang ni..kan saya biasa tidur jam 10 macam tu"

"oh patutlah.. jadi sebelum awak mengantuk..awak nak buat apa??"

"tahlah awak.. awak bila nak tidur..esok kerja kan"

"saya masih kerja ni..tengah tunggu siap bahan-bahan berlakon"

"awak ni..kan masih kerja..kenapa awak call saya??..nanti awak tak tumpukan pada kerja awak pula..nak menghafal skrip lagi"

"tak payah risaulah..jam 9 30 baru mula..lepas habis call saya ingatlah skrip tu"

"awak ni..menyusahkan dirilah"

"mana ada..awak??"

"kenapa ni??"

"awak nampak tak bulan dekat atas langit tu"

aku tengok langit tu..
ada lah bulan tu..
bulan purnama pula tu..
bulat..
cantik..

"nampak,cantik..kenapa??"

"awak ada nampak nama awak dekat bulan tu??"

"mestilah tak,,bulan kan bukan milik saya"

"sebab nama awak dah tertulis di hati saya"

oh gosh..melting juga aku ni..bagi pickup line pula..

"awak ni kan..sengaja nak saya bersemut tau"

"ok last..apa yang awak nampak dekat jari awak"

"kulit..bulu halus..kenapa??"

"sebab nanti akan ada cincin kahwin kita dekat
jari awak"

arrgghh.. aku nak jerit..
melting sangat dah ni..

"so sweet lah awak ni"

"just for you my Beautiful.."

"thanks so much my handsome.."

"welcome awak, saya off dulu ye..esok saya call lagi"

"ok awak.. bye si kacak"

"haha..bye si cantik.."

haih..melting benar aku dengan pakwe aku ni..
aku masuk khemah dululah..
kot2 aku nak tertidur nanti..haha..
next chapter kita jumpa lagi..bye..bye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience