10

Fantasy Completed 1223

berbulan lamanya

"kita akan menyerang istana pada hari esok.. tak lama lagi tentera dari istana akan menyerang kawasan ni sebab ada yang hantar informasi pada Tuanku Noahaer..kita akan buat seperti kita diserang.. dan melarikan diri.. barang-barang keperluan esok dah siapkan"

"sudah.. hanya menunggu masa digunakan.."

"sekarang bersedia untuk diserang"

lagaan pedang kini bergema..
darah bertaburan di tanah.
para tentera istana banyak yang bergelimpangan..
.....

"Yang Mulia..rancangan Yang Mulia berhasil.. esok kita boleh lancarkan rancangan yang seterusnya"

"baiklah.. kita boleh berehat"

"baik Yang Mulia"

Ossa mendapatkan bonda dia

"bonda.. Puteri Vimetta dekat mana?"

"rasanya dah tidur.. lagi pun, upacara tadi banyak ambil banyak tenaga puteri.."

"upacara berjalan lancar?"

"ya.. dan kedudukan jeneral dengan Puteri Vylett sudah ditemui.."

"dekat mana?"

"bila Yang Mulia dan Ossa sudah mengambil takhta.. bonda akan bagi tahu"

"ok bonda"

~~~~~

darah berada di mana-mana..
membasahi tanah kering..
tentera yang banyak bergelimpangan kaku..
bukan bermakna mati, hanya dikakukan..

peperangan mengambil masa beberapa jam..
dengan bantuan rakyat dan bangsawan..
kemenangan terletak di tangan Noash..

"Penasihat Kanan.. Jack.. mengaku kesalahan atau tidak?".

"patik tidak melakukan apa-apa kesalahan"

"sungguh berdegil"

"Tuanku Noahaer mengambil takhta kerana Yang Mulia.. patik hanya membantu"

"tanpa hasutan kamu, adik Beta tak kan buat semua kesalahan ni.. tanpa bantuan kamu, adik Beta tak kan sanggup membunuh abang sendiri.. kerana kamu, adik Beta terpaksa tinggalkan istana ni.."

"ini bukan kesalahan patik.. ini juga angkara Yang Mulia sendiri"

"kamu!!"

"Ossa.. biarkan"

Yang Mulia menghalang Ossa melakukan apa-apa terhadap penasihat adiknya itu..

"katakan apa yang salah pada Beta?"

"Yang Mulia tidak mempedulikan Tuanku Noah.. Yang Mulia lebih melayani adik -adik tiri Yang Mulia.. Tuanku Noah terpinggir kerana Yang Mulia.."

tersenyum sinis Noash dengar penjelasan Jack..
tsk tsk..

"jadi, selama ni kamu anggap Beta,abang yang tak baik.. macam tu.. jadi, selama ni sia-sia Beta pertahankan Noah dari dibunuh mendiang Raja.. selama ni sia-sia Beta jauhkan Noah daripada adik-beradik tiri yang ada muslihat.. sia-sia Beta selamatkan Noah dari Gua Naga tu.. itu maksud kamu Beta tidak pedulikan Noah.. selama Noah dikurung oleh bonda,kamu ada nampak siapa yang selalu lawat dia.. tak, sebab kamu hanya nak kan pangkat.. pangkat yang tinggi macam penasihat diraja.. kamu tak layak, sebab kamu lebih suka menghasut.. kamu bukan bagi dorongan baik pada naga lain.. kamu ada niat lain selain ingin pangkat iaitu balas dendam pada Beta kerana tidak memilih kamu sebagai penasihat Beta.. kan.. tekaan Beta benar.."

Noash memberi penerangan yang jelas..
Jack ialah seekor naga yang tamakkan harta dan pangkat..
tengok apa yang dah jadi sebab hasutan dia..
adik Noash sendiri sanggup bunuh dia..
tapi telah terselamat..

"tidak..patik tidak berniat seperti itu.."

"Beta tahu niat sebenar kamu Jack.. bonda Ossa membantu kami.. kamu terlalu licik Jack, sehingga bonda Ossa juga ingin kamu hasut.."

"t-tidak Yang Mulia.. tidak, patik bukan seperti itu.."

"bukti telah ada.. kamu akan dihukum berat kerana menghasut kerabat diraja sehingga hampir membunuh Beta.. keluarga kamu juga akan merasakan kesalahan kamu.."

"ampun Tuanku.. ampunkan patik.. patik mengaku salah.. tolong jangan libatkan keluarga patik Yang Mulia.. patik minta ampun..jangan libatkan keluarga patik,Yang Mulia.. patik mohon.."

"tidak.. itu sudah tertulis pada hukuman istana.. itu kesalahan berat, kamu tak kan dapat menanggungnya sendiri.."

"Tuanku.. patik mohon"

"tidak.. kamu dan keluarga kamu akan pergi sekarang"

Jack mula dibawa ke tempat penghukuman.. keluarga dia juga..
mereka akan menjalani beberapa hukuman..
iaitu mencabut sisik naga mereka..
disebat..
melakukan kerja membersihkan istana..
terdapat lebih banyak..
mereka akan menjalani kehidupan seperti itu selama 15 tahun..
mereka akan hidup di Istana Suram untuk bekerja dan menjaga makan pakai Putera Noah..

sekarang Noash mendekati Noah..
Noah ketika ini melutut..
dia mendengar apa penjelasan Noash tadi..

"Noah.. selama ni bagi kau, aku memang abang yang tak baik ke?.. apa punca kau ambil takhta?.. sebab nak tonjolkan diri kau?..ke sebab kau nak yang lain tak hiraukan aku lagi lepas kau ambil takhta.. tak Noah.. tak, kau malah buat reputasi kau dipandang rendah.. lepas aku naik takhta, kau fikir aku ada masa untuk fikir pasal naga dalam istana ke?.. tak, aku kena pentingkan rakyat dulu.. kau pernah tahu ke yang aku berminggu-minggu tak keluar bilik kerja sebab urus negara ni..ada beberapa kali aku tak keluar sampai berbulan-bulan.. kau ada kisah pasal tu?.. kau pernah ke nampak aku luang masa dengan adik lain lepas aku naik takhta?..ada ke?.. kau nak kata aku tak pedulikan kau ke, sedangkan aku selalu je tanya Ossa pasal kau walau pun kerja.. kau tak pernah jenguk aku pun, aku tak pernah pula fikir kau ni adik yang tak baik yang tak ambil berat pasal abang dia yang sedang sibuk jaga negara naungan ayahanda..masa remaja aku terbuang hanya untuk jaga negara ni, tapi takpe.. asalkan kau tetap selamat.. tapi tengok sekarang apa jadi, kau buat kita berdua ni macam musuh.. aku tak pernah jangka yang benda ni akan jadi dekat kita.. lagi aku tak sangka, sampai kau sanggup nak bunuh aku supaya rakyat tak memberontak.. kau nak apa daripada aku sebenarnya?.. nak takhta ke?.. kenapa tak minta je dari dulu.."

muka Noash dah tegang..
terasa geram bercakap pasal masa lalu hingga kini..

sejak umur dia 13 tahun, dia menaiki takhta atas kemahuan bonda diorang..
lagi pun dia Putera Mahkota..
memang tak kan ada yang menentang kalau dia yang naik takhta..
sebelum dia menaiki takhta, Noah selalu buat masalah..
hingga ada satu masa dia mohon pada ayahanda supaya tidak mencabut sisik naga Noah..
kerana kesalahan membakar kawasan sekolah..
satu hari, Noah yang melarikan diri daripada ayahanda..
dia termasuk Gua Naga..
Gua tu banyak roh naga yang kuat.. dan kawasan larangan..
Noash yang dapat tahu keberadaan Noah, cepat selamatkan Noah..
hampir terbunuh masa selamatkan Noash..
perkara tu jadi setahun sebelum dia naik takhta..

mendengar apa yang Noash kata..
Noah hanya diam..
dia tak tahu nak cakap apa..
tapi dia pasrah dengan apa yang Noash akan buat..
sebab itu memang salah dia yang menginginkan lebih perhatian daripada Noash, tapi dia tak pernah pun ambil peduli pada Noash..
jadi.. dia terima..dengan hati yang terbuka..

"aku kena ikut peraturan istana..kau akan dihantar ke Istana Suram.. kau akan dibantu oleh Jack untuk hari-hari akan datang.. aku harap kau tak kan berdendam dengan aku lagi sebab aku hantar kau dekat sana.. kalau ada apa-apa yang kau nak aku bantu,kau boleh minta pada aku.. takde siapa akan halang kau untuk jumpa aku.. kalau kau bosan dekat Istana Suram, kau boleh keluar sebagai rakyat biasa..tapi bila kau balik, kau akan jadi Putera Noahaer semula.. jangan buat masalah di kalangan rakyat.. maaf, aku tak dapat jadi abang yang baik untuk kau.. dan aku tak dapat nak hantar kau pergi Istana Suram.. semoga kau lebih baik di masa akan datang."

Noah mula menuju ke Istana Suram.
istana tu jauh dari Istana Naga..
takde naga atau orang yang boleh masuk Istana Suram tanpa kebenaran Raja Naga..
sebab tu istana tu dinamakan suram..
sebab tak banyak makhluk dalam istana sampai istana tu nampak suram je..
macam takde isi..
.....

"bonda.. Yang Mulia dah dapat takhta semula.. sekarang,bagi tahulah dekat mana keberadaan Puteri Vylett dan Jeneral Huzzden"

"mari kita ke Istana Suram.. mereka berdua ada di sana.. mereka terkunci dengan sihir yang kuat.. dan jarang dimusnahkan.."

"kenapa di sana?"

"bonda tak tahu Ossa.. ini info yang bonda dapat daripada Puteri Vimetta.. bila sampai sana,bonda cuba cari punca sihir tu.."

"baiklah bonda.. Ossa maklumkan pada Yang Mulia"

"Met.. macam mana Yang Mulia?..berjalan lancar ke perang tadi?"

"Yang Mulia ok je.. perang tadi pun berjalan lancar.. Tuanku Noahaer dah kena hantar dekat Istana Suram"

"bila korang nak pergi Istana Suram?"

"Ossa tengah bagi tahu Yang Mulia pasal keberadaan parents aku.. mungkin tak lama lagi nak pergi"

"ok.. nanti kau hati-hati.. mana tahu ada perkara tak elok jadi.. pastikan kau selamat.. aku tunggu kau pulang dengan parents kau"

"ok aku akan pulang dengan selamat.."

~~~~~

"Met.. a-apa jadi ni?"

Caren risau keadaan Met yang berpakaian koyak-rabak..
Caren lagi risau bila Met dengan yang lain ambil masa yang lama untuk selamatkan parents Met.

Met tak jawab apa-apa..
dia terus peluk Caren dengan tangisan..

"M-Met.. kenapa ni?"

Met tunjukkan lengan dia.

"sisik apa dekat tangan kau ni?"

Caren meraba-raba tangan Met yang penuh sisik tu..

"wait Met.. ni sisik naga kau ke?"

Met angguk..
dia menangis lagi

"tapi kenapa kau menangis?"

"sakit..sisik ni buat aku sakit"

"takde cara nak hilangkan sakit ke?"

"ada, dengan cabut sisik ni.. tapi kalau aku cabut, aku akan jadi naga cacat"

"kau akan macam ni sampai bila?"

"sampai sisik ni tumbuh di semua tubuh badan aku"

"tapi mesti ambil masa lamakan.. kau sanggup ke tahan?"

"aku kena tahan, kalau tak.. aku akan lebih sakit nanti"

"ok tapi mana yang lain?"

"diorang semua ada dekat belakang, Yang Mulia nak aku sampai dulu supaya boleh rehat awal"

"ok.. aku hantar kau pergi bilik rehat"

"ya"

~~TAMAT~~

jangan lupa baca epilog ya ^ω^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience