ABD 36: JATUH

Romance Completed 1572856

NYARING bunyi telefon yang masih melekap di telinganya itu membuat Adrian tersentak. Melihat nama pemanggil, satu keluhan lolos dari bibirnya. Keberatan, namun dia menjawab juga panggilan itu.

“Hallo ma…” ujarnya dengan nada tidak bersemangat.

“Adrian, how’s Miya?”

Sudah mengagak, pertanyaan itu yang akan dilontarkan oleh mamanya.

“Dia dah discaj.”

“So, where is she now?”

“Rehat.”

“Mama pergi rumah you sekarang…”

“Ma…Mama!” Adrian cepat-cepat memanggil, sebelum mamanya memutuskan panggilan.

“Yes?”

“You don’t have to come.”

“What? Adrian, mama…”

“Ma…Please…” Menjatuhkan wajahnya pada tapak tangan, suara Adrian benar-benar terdengar putus asa. Sebolehnya buat masa ini dia tidak mahu sesiapa tahu tentang masalah yang menimpa rumah tangganya. Dia tidak tahu sampai bila dia akan menyembunyikannya, namun untuk hari ini dia belum bersedia.

Terdiam PS Bethanie di hujung sana. Mendengar suara Adrian saja sudah cukup untuk membuat dia mengerti. Cuma tafsirannya jauh berbeza dengan apa yang Adrian rasai saat ini.

“Adrian, are you okay?” tanyanya.

“No, I’m not okay.”

“Okay…Mama takkan ganggu you. Take your time, okay?”

“Thanks ma.”

“You’re welcome…If you need anything, come to me okay? Take care.”

Adrian hanya menjawab dengan gumaman sebelum memutuskan panggilan. Menengadah, keluhan demi keluhan lolos dari bibirnya. Kenapa mesti begini jadinya? Kenapa semuanya menjadi begitu sulit?

Bukankah dulu dia yang mereka perjanjian itu? Bukankah dulu dia yang dengan angkuhnya meminta Miya menandatangani perjanjian itu? Bukankah dulu dia membuat perjanjian itu dengan niat mahu menceraikan Miya setelah setahun? Bukankah dulu dia yang melarang Miya mengandung kerana tidak mahu terikat setelah bercerai?

Mengapa sekarang dia jadi sesak? Mengapa sekarang dia yang seperti mahu terus terikat dengan Miya? Mengapa sekarang dia jadi sedih mengingat janin yang tidak sempat melihat dunia itu?

Apa ini kifarah Tuhan kerana terlalu angkuh dan menyakiti isteri sebaik Miya berkali-kali? Apa ini teguran Tuhan supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan ikatan suci sebuah perkahwinan?

Tuhan! Jika itu benar, dia menyesal.

Tidak mahu membuang masa dengan hanya mengeluh, Adrian mencapai telefonnya. Laju jemarinya menaip mesej kepada Miya. Jika menelefon, dia yakin Miya tidak akan menjawab panggilannya. Dengan menghantar mesej, setidaknya dia berharap Miya akan membaca mesej itu.

‘Miya, where are you? Let’s talk, okay?’
Skrin telefon direnung lama setelah mesej dihantar. Berharap dua tanda berwarna kelabu itu segera bertukar biru. Namun, hampa. Entah Miya tidak membacanya atau Miya sudah menukar tetapan kepada ‘privacy’.

Jemari menggeser skrin, membaca mesej-mesej antara dia dan Miya sebelum ini. Baru dia sedar, hanya ada tidak lebih 30 mesej saja sepanjang setahun pernikahan mereka. Tidak ada mesej manis dan tidak banyak perbualan mereka. Malah antara mesej-mesej itu, hanya tiga kali sahaja Miya menghantar mesej kepadanya; memberitahu akan pulang lambat. Selebihnya, Miya hanya membalas mesejnya.

Saat dia masih merenung mesej-mesej lama antara dia dan Miya, nyaris dia melompat teruja apabila melihat ‘Miya is typing…’ pada bahagian atas aplikasi perbualan itu. Tidak lama dia menunggu sebelum mesej itu sampai ke telefonnya.

‘There’s nothing to talk about. Saya tuntut cerai atau tidak, talak tetap akan jatuh selepas genap setahun kita nikah.’

Baru jemari Adrian bergerak mahu membalas mesej itu, satu lagi mesej dari Miya sampai ke telefonnya.

‘Walaupun kandungan ni dah gugur, saya takkan tuntut rumah dan duit tu. Don't worry.'

Adrian menganga tidak percaya. Mengapa Miya masih bercakap tentang rumah dan duit itu sedangkan dua benda itu sedikit pun tidak terlintas di benaknya sehinggalah beberapa detik tadi.

‘Miya, that’s not the things I want to talk about. Tell me, where are you now? I will pick you up. You aren’t well and you can’t be alone.’

Hantar!

Namun, minit demi minit berlalu, tidak ada lagi balasan dari Miya, membuat Adrian mendengus kasar.

Mengangkat tubuhnya dari katil, berhajat mahu ke apartment lama Miya. Namun saat membuka laci di sisi katil untuk mengambil kunci kereta, matanya menancap pada kunci kereta dan black card yang pernah diberikannya kepada Miya di atas meja itu.

Menarik nafas dalam, kelopak matanya dirapatkan.
“Miya…”

MEMARKIR keretanya di petak parkir pelawat, laju langkah Adrian menuju blok apartment Miya. Tidak mungkin dia lupa apartment itu. Tempat pertemuan pertamanya dengan Miya. Di saat otaknya berfikir ligat tentang calon untuk dinikahi bagi memastikan mentuanya tidak merebut hak penjagaan Lora, Miya seperti jawapan kepada doanya. Jodoh yang diturunkan Tuhan dari langit.

Sedikit mengeluh Adrian melihat notis ‘lif rosak’ pada pintu lif. Mujurlah apartment Miya cuma di tingkat tiga. Jika di tingkat 20, tentu dia sempat mati di tingkat 10 sebelum rohnya saja yang melayang sehingga ke tingkat 20.

Tiga anak tangga dilangkah sekaligus untuk segera sampai tingkat tiga. Membongkok dia menahan lelah sebelum mengatur langkahnya ke unit apartment Miya. Debaran jantung akibat menaiki tangga bercampur dengan debaran mengharap Miya ada di rumahnya membuat Adrian berasa seperti jantungnya sudah tercabut dari tangkai. Sepanjang umurnya, tidak pernah jantungnya bekerja sekeras ini.

Sampai di depan pintu rumah Miya, harapan yang dia letakkan setinggi awan, bagai menjuman jatuh lalu berkecai. Mana tidak, rumah itu bermangga dari luar, menunjukkan tidak ada sesiapa di dalam. Berharap itu hanya helah Miya, mangga pada gril itu diketuk kuat.

“Miya! Open the door, please.”

Menunggu sejenak, sambil memasang telinga jika ada tanda-tanda Miya ada di dalam. Namun sunyi sepi. Tidak terdengar derap langkah atau sebarang bunyi.

Diketuk lagi mangga sebesar penumbuk itu ke gril sambil memanggil Miya. Berharap bunyi bising itu akan membuat Miya keluar. Namun beberapa minit berlalu, tetap tidak ada jawapan.

“Miya!”

“Encik…”

Suara dari arah belakangnya itu membuat Adrian menoleh. Seorang wanita pertengahan usia memandangnya dengan tatapan menghakimi.

“Encik cari tuan rumah ni atau cari penyewa dia?” tanya wanita itu.

Terkebil-kebil sejenak Adrian dengan pertanyaan itu. Dia sendiri tidak tahu Miya itu pemilik rumah atau penyewa.

“Saya cari Miya. Dia ada kat sini?”

“Oh…Perempuan cantik yang sombong tak pernah bertegur sapa dengan orang tu?”

Adrian tidak tahu mengiakan atau menidakkan, jadi dia hanya diam. Rasanya yang digambarkan wanita itu sememangnya Miya.

“Dia dah lama tak duduk sini. Katanya dah jadi simpanan orang kaya. Hari tu ada nampak kereta mewah datang jemput dia.”

Terkedu sejenak Adrian dengan jawapan wanita itu. Bermakna, Miya tidak balik ke sini? Dan, apa katanya tadi? Simpanan orang kaya?

“Jadi, dia memang tak ada kat sini?” tanya Adrian.

“Tak ada. Memang rumah tu kosong dah dekat setahun. Tuan rumah pun tak ambik penyewa baru.”

“Tak ada tanda-tanda kalau dia dah balik?”

“Tak ada encik. Kalaulah dia balik, gril tu tak berdebu macam tu. Setiap hari dia lap.” Muncung dihala ke arah gril bercat putih yang sudah kelabu berdebu.

Adrian hanya lirik sekilas. Benar, keadaan gril dan pintu yang berdebu menunjukkan seolah-olah sudah lama rumah itu tidak berpenghuni. Ah, tetapi rumah lain yang dilaluinya tadi pun tidak jauh bezanya walaupun berpenghuni. Tetap berdebu dan berhabuk. Ya, tidak hairan jika rumah orang lain begitu, tetapi tidak rumah Miya. Habuk adalah musuh ketatnya.

“Kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih.” Adrian berlalu. Langkah sigap saat memanjat tangga ke tingkat tiga tadi kini menjadi lemah gontai. Baru sekarang otot kakinya terasa lenguh dan pegal. Sampai di tempat parkir, dia tidak segera masuk ke kereta. Bersandar pada kereta, wajahnya diraup berkali-kali.

Putus asa.

Kecewa.

Itu yang dirasakan saat ini. Jika Miya tidak ada di sini, jadi di mana dia? Dalam keadaannya yang belum sepenuhnya sembuh, dengan keadaan mentalnya yang tidak stabil, di mana Miya bersembunyi? Bagaimana dia menyeret bagasi beratnya? Bagaimana dia menyeret langkahnya dengan tubuhnya yang tentunya masih lemah?

Memikirkan itu, membuat Adrian mendengus kasar. Marah pada dirinya sendiri yang terlambat sehingga memberi celah kepada Miya pergi dahulu.

‘Where are you, Miya?’

Buntu. Tubuhnya merosot sehingga akhirnya dia bertinggung di sisi kereta dengan wajah disembamkan pada lutut. Mental dan fizikalnya letih. Beberapa malam di LA dia tidak dapat tidur memikirkan Miya. Pulang, dia mengharap dapat bertemu Miya, namun Miya pula hilang tidak tahu di mana berada.

Jika Miya ada keluarga, ada ibu atau ayah, ada adik beradik, ada saudara mara, dia tidak akan sebimbang ini. Setidaknya dia tahu, ada tempat untuk Miya bersandar. Tetapi Miya sebatang kara. Dia cuma ada…Balqis!

Mengingat Balqis, Adrian mengangkat muka. Tangan menyeluk poket seluar mengeluarkan telefon. Segera nombor Balqis dicari sebelum telefon itu dilekapkan ke telinga. Beberapa minit menunggu, tiada jawapan. Adrian mendail sekali lagi. Kali ini, hanya dua kali deringan, panggilannya bersambut.

“Hallo Balqis.”

“Ya, Encik Adrian. Miya tak ada dengan saya.”

Berkerut dahi Adrian dengan jawapan Balqis. “Saya belum tanya, awak dah jawab. Awak sembunyikan Miya ke?”

“Tak ada Encik Adrian. Tadi Adam pun call and datang rumah saya cari Miya. Tapi Miya memang tak ada kat sini. Saya call pun dia tak jawab. Bila saya mesej, dia kata dia okay dan jangan cari dia.” Panjang lebar Balqis memberi penjelasan tanpa menunggu Adrian bertanya.

Adrian memicit pelipisnya. Sakit kepalanya berdenyut-denyut dek bingung bercampur dengan rasa letih, bimbang, dan mengantuk.

“Awak tahu mana-mana tempat yang dia biasa pergi?”

“Itulah masalahnya. Miya tak pernah pergi mana-mana. Dunia dia rumah dan pejabat.”

Lagi-lagi Adrian mengeluh. Masih bertinggung di tepi kereta, dia benar-benar putus asa.

“Should I file a police report?” Dia menggumam dengan telefon yang masih melekap di telinga.

“Encik Adrian dah try call Miya?”

“Yup. Dia nak cerai.”

“Memang tak lama lagi kan nak cukup setahun?”

“Tak apalah Balqis. Thanks.” Tanpa menunggu jawapan Balqis, Adrian memutuskan panggilan. Berbicara dengan Balqis sepertinya tidak membantu apa-apa.

Dia bangun, masuk ke kereta sebelum enjin Maserati Ghibli Trofeo dihidupkan meninggalkan kawasan pasrkir apartment itu. Rumah Datin Fauziah dia tuju untuk bertemu Lora.

LORA memandang baked mac n cheese yang dibawa daddynya. Nota yang ditinggalkan Miya juga sudah dibaca.

“Where’s omma?” tanyanya.

“Omma tak sihat and she needs rest. Nanti omma dah sihat, I will bring you home to meet her okay?” Lembut Adrian memujuk sambil menatap lekat wajah anaknya itu.

“Is it true that the baby is gone?”

Adrian tidak segera menjawab. Turun naik halkumnya menelan liur sebelum lambat-lambat dia mengangguk.

Mata Lora berkaca. “Can we get the baby back?”

Adrian terdiam. Ditarik tubuh Lora lalu memeluknya erat.

“Lora…Do you love omma?”

Lora mengangguk dengan air mata yang sudah bertakung di tubir mata.

“Then, pray for her alright? She loves you too.”

Meleraikan pelukan, Adrian menatap anaknya itu. “Makan mac and cheese tu okay? Penat omma masak. Special for you.”

“Bila Lora boleh jumpa omma?”

“Soon. Tunggu omma sihat dulu, boleh?”

Lambat-lambat Lora mengangguk.

“Good girl.” Tersenyum, Adrian mengucup dahi anaknya itu. “Stay with atok mama dulu for a couple of days okay? When everything’s done, I will bring you home.”

“Okay.”

“How’s Miya, Adrian?” tanya Datin Fauziah yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati.

“Dia…dah discaj…”

“Please take good care of her. Siapa jaga dia kat rumah? Ada maid?”

“Ermm…I will look after her…Dia tak suka ada orang asing dalam rumah.”

“Oh…” Datin Fauziah memanggut-manggut. “If you need help, just let me know okay?”

Adrian mengangguk. “Okay, thanks ma. I balik dulu.”

“Yalah.”

Bertinggung, Adrian menangkup wajah Lora. “Daddy balik dulu okay? Don’t worry about omma. Daddy akan cari…I…I mean daddy akan jaga omma.”

Lora mengangguk dengan wajah sugul.

“Kita bagi omma masa ya?” Adrian memujuk lagi. Tidak suka melihat wajah Lora begitu.

“For what?”

“Omma is so sad because she lost the baby. So, kita bagi omma masa untuk kurangkan kesedihan dia. Kita bagi omma masa untuk omma sembuh dulu. Okay?”

“Okay.”

“Alright. Daddy balik dulu. I love you.”

“I love you too.”

Keluar dari kediaman Datin Fauziah, Adrian masuk ke keretanya. Namun dia tidak segera memandu keluar. Bertumpu dua tangan pada stereng, dia menengadah. Nafas ditarik dalam sebelum dia menghembusnya perlahan. Namun masih sesak. Seperti ada sesuatu yang tersekat di rongga dada. Entah itu apa? Apa rasa sesal? Barangkali. Bimbang? Boleh jadi. Sedih? Terlalu. Semuanya bagai bersesak-sesak merebut ruang sehingga dadanya terasa sempit.

.
. .

WAKTU rehat, Adam mengajak Balqis makan tengah hari di café yang tidak jauh dari pejabat mereka. Hanya mereka berdua kerana ada sesuatu yang dia mahu bincangkan dengan gadis itu. Tentang Miya tentunya.

Namun ketika punggungnya baru mencecah kerusi, perbualan daripada beberapa orang yang duduk di meja belakang mereka membuat tubuhnya menegang. Disebabkan kerusi restoran itu adalah jenis belakang tinggi, maka mereka tidak dapat melihat Balqis dan Adam di belakang mereka.

“Rupa-rupanya Miya dengan Encik Adrian dah kahwin kan?” suara seorang perempuan.

“Ha ah…Dah dekat setahun rupanya. Patutlah masa launch koleksi baru hari tu, lain macam dia orang punya mesra.” Perempuan lain pula menimpal.

“Tapi kenapa dia orang sorok ek? Encik Adrian bukan suami orang kan?” Suara seorang lelaki pula muncul menyampuk perbualan.

“Entah-entah Miya mengandung luar nikah tak.” Entah perempuan mana antara dua orang tadi yang mengeluarkan tuduhan itu.

“Kau pun agak-agak. Dia kahwin dah setahun, gugur baru seminggu. Itu pun perut dia belum nampak, mungkin baru sebulan dua. Celah mana pulak anak luar nikah?” Si lelaki bersuara menyangkal tuduhan.

“Manalah tahu. Kalau tidak, kenapa dia orang sorok? Kalau akulah kahwin dengan boss, satu Malaysia aku heboh. Bukan boss biasa-biasa pulak tu.”

“Kan…Tapi hari tu pun surat nikah je yang dikongsi. Gambar satu pun tak ada. Betul ke dia kahwin sebenarnya? Entah-entah surat nikah tu pun palsu.”

Balqis sudah mengepal tangannya. Punggungnya juga sudah terangkat dari kerusi. Namun, melihat Adam menggeleng, sebagai isyarat dia tidak ikut campur dalam perbualan itu, membuat dia diam.

“Yalah. Miya kan selalu aim lelaki-lelaki kaya. Boyfriend dia sebelum ni pun CEO Mille Holding. Putus dengan lelaki tu, Adrian pulak mangsa dia. Lelaki-lelaki biasa kalau setakat pangkat kerani, pegawai, pengurus mana dia pandang.”

“Mentang-mentang dia cantik kan?”

“Itulah. Yang Adrian tu pun, macam tak ada perempuan lain ek? Carilah yang ada kelas, yang setaraf dengan dia. Aku dengar arwah isteri dia dulu anak Datuk Farok, pemilik law firm Farok and Co. Tak sangka pulak dia dah down grade standard dia.”

“Kan? Apalah yang special dengan Miya tu. Yalah, cantiklah. Ada gaya. Tapi…Entahlah…Belum cukup special untuk jadi isteri orang macam Adrian. She got no class.”

Balqis sudah tidak mampu bertahan lagi. Bangkit dari duduknya, meja belakang dia tuju.

Pap!
Meja sekumpulan wanita dan terselit seorang lelaki itu dihentak kuat dengan tapak tangannya. Terangkat sedikit gelas dan mangkuk sup di atas meja itu saking kuat hentakannya.

Malah keempat-empat penghuni meja itu juga terjongket bahu, tidak menjangka akan diserang di saat mulut masih belum puas mengata Miya.

Penghuni beberapa meja lain yang berdekatan juga mula tertoleh-toleh, membuat Adam segera mendekati Balqis, cuba untuk menenangkannya.

“Dengar sini ya. Pernikahan Adrian dan Miya bukan palsu. Kau ingat surat nikah tu macam hidung kau? Senang-senang boleh buat yang palsu?”

Sontak tangan salah seorang gadis yang duduk di meja itu meraba hidungnya sebaik mendengar kata-kata Balqis.

“Bee…” Adam cuba menarik Balqis dari situ, namun Balqis kasar menepis.

“Dia nak rahsiakan perkahwinan dia ke, dia nak heboh satu Malaysia ke, suka hati dialah. Bukan dia kahwin dengan BAPAK kau.” Mengawal nada suaranya, gigi diketap saat menyebut perkataan ‘bapak’, dengan mata buntang memadang satu persatu penghuni meja itu. Empat orang semuanya.

“Bee…Dahlah tu…” Lagi-lagi Adam cuba menarik Balqis supaya beredar, tidak mahu menimbulkan kekecohan di tempat awam begini. Bimbang ada yang merakam, kemudian disebarkan.

“She got no class?” Balqos mengulang semula kata-kata cercaan yang dilontarkan kepada Miya tadi. Entah siapa yang menyebutnya, dia tidak tahu. “Kalau dia tak ada class, tak adalah lelaki kaya tergila-gilakan dia.”

Tidak memberi celah kepada sesiapa untuk memotong bicaranya, Balqis menyambung lagi. “Belum cukup special untuk jadi isteri orang macam Adrian? Habis tu orang macam mana
yang layak jadi isteri Adrian? Macam korang?” Balqis ketawa sinis. “Patutlah tak kahwin-kahwin, tunggu lelaki kaya rupanya.”

Dalam mulutnya sibuk berbicara, tangannya pula dari tadi menepis tangan Adam yang mahu menariknya kembali ke tempat duduk mereka. Rimas, tetapi ini bukan masanya untuk bertekak dengan Adam. Urusan dengan empat orang itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Macam nilah. Aku tak suka cari gaduh dengan sesiapa. Kau nak mengata Miya, kau nak dengki dengan Miya, kau nak tuduh dia apa sekalipun, itu hak kau. Dosa kau. Tapi, jangan sampai ke telinga aku je. Telinga aku ni nipiiiiis je tau…” Balqis tunjuk telinga kanannya membuat semua mata terarah ke situ, termasuk Adam.

“Pantang aku dengar sikit orang mengata Miya, aku mudah naik angin. Jadi aku harap korang faham. Orang tua-tua kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, ha gitu. Lepas ni jeling dulu kiri kanan depan belakang sebelum mengata. Tapi jangan lupa, aku tak dengar, Miya tak tahu, tapi malaikat mencatat. Dekat padang mahsyar nanti pandai-pandailah cari Miya mintak maaf.”

Terlebil-kebil empat pasang mata di meja itu memandang Balqis. Puas hati Balqis melihat reaksi mereka. Puas juga hatinya dapat membalas kata-kata mereka tadi.

“Dah Bee…” Adam terpaksa memaut bahu Balqis dan menariknya kembali ke meja mereka.

“Lepaslah!” Balqis menggeliatkan bahunya dengan kasar menyisihkan tangan Adam.

“Aku takut kau cari gaduh.” Adam kembali duduk di tempatnya, menyambung aktiviti makan yang tertangguh akibat keberangan Balqis. Sejuk sudah sup yang diambil tadi, namun dipaksa juga lidahnya menelan.

“Mana ada aku cari gaduh. Aku cakap perlahan je.” Balqis membela diri.

“Tapi muka kau tu macam kau nak belasah sorang-sorang kat meja tu tadi. Tangan kau menggigil Bee.” Adam terkekeh.

“Kalau ikutkan hati, memang aku lompat atas meja, aku kakikan sekor-sekor. Tapi aku waras lagi. Tunggu aku naik hantu, jangan kata meja, satu restoran ni ranap.”

Adam terkekeh. Sesuap nasi masuk ke mulutnya lalu dia mengunyah perlahan.

“Sebelum ni kan, setiap kali kau bercakap bagi pihak Miya, aku rasa annoying gila dengan kau. Tapi tadi…Pehhh…Aku boleh bagi respectful bow kat kau.”

Tiada tanggapan daripada Balqis. Tetap dengan muka jengkelnya, mengunyah nikmat nasi ayam penyet yang sudah kurang nikmat kerana sup yang sudah sejuk.

“Baguslah Miya ada kawan macam kau. You know how to protect her. Kalau aku, memang kelu nak bergaduh dengan orang on the spot macam tu.”

“Kau memang tak berguna.”

Mujur tidak tercekik ayam di dalam mulut Adam yang belum habis dikunyah. Balqis memang tidak ada tapis-tapisnya jika bercakap. Namun dia malas bergaduh kerana bimbang Balqis berang dan enggan menjawab pertanyaannya tentang Miya.

“Kau tahu Miya kat mana?”

“Kan aku dah cakap banyak kali. Aku tak tahu. Kalau kau tak puas hati, pergi buat report, mintak polis geledah rumah aku.”

“Habis tu kat mana dia sekarang?”

“Mana aku tahu! Kau ingat aku tak susah hati? Dia tu sebatang kara, kau tahu? Dia tak ada sesiapa. Selain Tuhan, dia cuma ada aku.”

Adam terdiam. Berdecit putus asa, keluhan dia lepaskan.

“Ni semua salah abang kau.” Sebarang Balqis menuduh

“Kenapa pulak?”

“Kalau bukan masalah dengan dia, masalah dengan siapa? Takkan dengan kau?”

“Tapi apa yang Adrian dah buat sampai Miya lari? Dah dekat seminggu tau. Adrian dah macam orang gila cari dia.”

“Ah biarlah dia gila.” Balqis tidak peduli apa yang akan berlaku kepada Adrian. Yang dia risaukan sekarang, Miya.

“Kau ingat Miya je sedih keguguran? Kau ingat Adrian tak sedih? Kalau ya pun dia depressed, dia tak boleh lari macam tu je. She has a husband.”

Balqis terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini dia mengandaikan Miya bergaduh dengan Adrian dan puncanya adalah kerana Miya melanggar perjanjian. Namun, apabila mendengar Adam mengatakan Adrian sedih dengan keguguran itu, dia jadi keliru pula. Bukankah Adrian tidak mahu Miya mengandung, bermaksud dia tidak mungkin mahukan anak itu. Jadi kenapa pula dia bersedih?

“Miya ada mesej aku. Dia kata dia okey. Cuma dia perlu masa untuk bertenang. Nanti dia akan masuk office semula. Sekarang dia tengah cuti.”

“Berapa lama?” tanya Adam.

“Cuti sakit sepuluh hari. Then dia apply cuti tiga minggu lagi. Unpaid leave.”

“Dia mesej je? Tak call?” tanya Adam.

Balqis geleng. “Aku call balik pun dia tak jawab. Aku risau, tapi bila dia mesej tu at least aku tahu dia okay. Kau tahu kan dia macam mana? Dia susah nak cerita masalah dia. Dengan aku pun tak semua benda dia share.”

Adam terdiam, menikmati suapan terakhir makanan di pinggannya sebelum bertanya, “Are you sure she’s okay?”

“Yeah. Beria-ia dia yakinkan aku yang dia okay dan dia tak nak diganggu. Habis cuti nanti dia akan naik office. Don’t worry,” ujar Balqis. Dia juga bimbangkan Miya. Dengan kesihatannya yang belum begitu pulih, emosi yang tentunya tidak stabil, dia bimbang jika Miya bertindak di luar kawalan. Namun, cepat-cepat disingkirkan andaian itu. Dia yakin Miya rasional. Malah, mesej yang dihantarnya akan dibalas Miya walaupun tidak semua. Jadi dia tahu Miya baik-baik sahaja.

.
. .

ERYNA memerhatikan Adrian yang meneliti dokumen yang baru sampai ke pejabatnya tadi.

“What’s that?” tanya Eryna, walaupun dia boleh mengagak isi sampul itu berdasaran logo yang tertera pada bahagian atasnya.

“Nothing. You can go now,” ujar Adrian.

“Surat panggilan mahkamah ke?”

Tiada jawapan daripada Adrian kerana lelaki itu sibuk membelek surat yang baru diterimanya. Eryna pula tidak berganjak. Matanya meneliti riak wajah Adrian.

“Miya failkan cerai?” tanyanya lagi.

Adrian mendongak, memandang Eryna dengan mata yang berurat merah.

“You buat apa lagi kat sini? I told you to get out!” Lantang suara Adrian membuat bahu Eryna terjongket saking terkejut.

Takut melihat wajah berang Adrian, Eryna akhirnya melangkah keluar dengan hati mendongkol geram.

Saat pintu tertutup dan hanya tinggal dia di pejabatnya ini, surat di tangannya dicampak ke atas meja. Sudah hampir tiga minggu Miya menghilangkan diri. Miya benar-benar melakukan apa yang dikatakannya. Surat panggilan ke mahkamah untuk sebutan kes.

Tiga minggu ini, tidak ada sehari pun berlalu tanpa dia berusaha untuk menjejaki Miya. Dia bukan langsung terputus hubungan dengan Miya. Setiap hari berbelas-belas mesej yang dia hantar kepada Miya. Namun tidak ada satu pun dibalas. Bila ditanya pada Balqis, katanya Miya tidak mahu diganggu dan akan kembali bekerja setelah cutinya tamat. Masalahnya, cuti Miya tamat, perkahwinan mereka juga mungkin akan berakhir. Sedangkan dia tidak mahu itu berlaku!

Dia sudah mengerahkan Richard untuk mencari Miya, namun menemui jalan buntu. Dia tidak ada klu di mana Miya berada. Malah, dia juga mengarahkan orangnya mengekori dan memerhati pergerakan Balqis, namun tidak ada tanda-tanda Miya bersamanya. Balqis ternyata tidak berbohong saat memberitahu dia tidak tahu di mana Miya berada.

Lora juga hampir setiap hari bertanya tentang Miya dan bila dia boleh pulang semula ke kondo. Entah sampai bila dia perlu menggunakan alasan Miya tidak sihat dan perlukan masa. Mungkin selepas ini dia perlu berterus terang dengan anaknya itu. Ah, tidak sanggup dia membayangkan reaksi Lora. Paling dia takut, jika Lora kembali murung seperti dulu.

Memikirkan itu, membuat Adrian mendesah kecewa. Dicapai telefon lalu menaip mesej kepada Miya.

‘Miya…why does it have to be like this?’

Telefon dicampak perlahan setelah mesej itu dihantar. Sangat berharap untuk mendapat balasan daripada Miya, namun hampa.

Sehingga hari itu berakhir, tiada balasan daripada Miya.

SAAT hari itu tiba, barulah nama Miya berkelip pada skrin telefonnya. Dia dan Akram ketika itu berada di dalam kereta, di tempat parkir mahkamah Syariah. Ya, mahu tidak mahu dia terpaksa datang. Setidaknya dia dapat berjumpa Miya dan cuba memujuknya kembali.

Telefon yang masih berbunyi itu dipandang lama. Mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat nama Miya pada skrin telefonnya. Menggigigil ibu jarinya menggeser skrin sebelum benda pipih itu dilekapkan di telinga.

Sepatah dia tidak bersuara, kerana menunggu Miya membuka bicara terlebih dahulu. Namun sepertinya Miya juga mempunya niat yang sama, membuat beberpa minit berlalu hening tanpa ada sesiapa bersuara.

“Saya dah sampai.” Akhirnya kata-kata itu yang terluah dari mulut Miya, membuat Adrian mengetap bibir dengan mata terpejam rapat. Jelas, sudah tidak ada apa-apa yang dapat mengubah pendirian Miya.

“Okay.”

HAKIM memandang silih berganti pasangan muda di depannya sebelum meneliti isi perjanjian yang ditandatangani oleh mereka setahun yang lalu. Hari ini genap setahun perjanjian itu ditandatangani.

“Defendan, adakah kamu dengan niat mahu menceraikan plaintif ketika menandatangani perjanjian ini?”

Adrian tidak segera menjawab. Ya, tentu sekali ketika itu dia memang berniat mahu menceraikan Miya setelah setahun pernikahan mereka. Namun, itu setahun yang lalu. Tidak sekarang.

“Lafaz cerai seperti ini perlukan pengakuan jujur daripada suami. Sama ada kamu berniat atau tidak untuk menceraikan isteri kamu ketika perjanjian ini ditandatangani, hanya kamu dan Tuhan saja yang tahu. Dan mahkamah akan membuat pertimbangan berdasakan jawapan kamu.” Hakim menyambung apabila melihat Adrian terdiam agak lama.

Adrian melirik Miya yang hanya menunduk. Sisi wajahnya tidak kelihatan tertutup oleh selendang. Kedua-dua tangannya saling meramas, jelas menggambarkan kegelisahannya. Ingin saja dia bangun dan menarik Miya keluar dari bilik bicara, namun dia tahu itu mustahil. Pengesahan lafaz cerai bergantung kepada jawapannya.

“Defendan…”

Suara hakim itu membuat fokus Adrian pada Miya beralih.

“Ya…”

“Jadi kamu mengaku bahawa kamu memang berniat menceraikan isteri kamu setelah genap setahun pernikahan ketika menandatangani perjanjian ini?” Hakim itu mengulang pertanyaannya.

“Ya.” Tidak mungkin dia berbohong, sehingga berakibat perkahwinan yang perlu dijalani selepas ini akan menjurus kepada zina.

“Pernahkah selepas menandatangani perjanjian ini, kamu melafazkan dengan niat akan menceraikan isteri kamu selepas setahun pernikahan?”

“Pernah.” Adrian merapatkan kelopak matanya. Bukan sekali, malah berkali-kali dia melafazkannya. Bukan di depan Miya, tetapi dengan dirinya sendiri, saat dia meyakinkan dirinya yang dia masih cintakan Dahlia. Nafas ditarik dalam, menyedut sebanyak mungkin oksigen untuk melegakan rongga dadanya yang mula terasa sesak.

Hakim membuat catatan, sebelum memandang Miya.

“Plaintif, menurut keterangan, kamu telah mengalami keguguran sebulan yang lalu.”

“Ya.”

“Pada usia kandungan berapa minggu?”

“Enam minggu.”

“Adakah kamu dalam keadaan suci sekarang?”

“Ya.”

“Selepas suci ada berlaku persetubuhan?”

“Tak ada.”

Setiap jawapan dicatat oleh hakim sebelum meneliti dokumen-dokumen yang disertakan. Detak jantung Adrian usah ditanya. Dia tahu dan dia pasti akan bagaimana keputusannya, namun tetap juga dia berdebar. Sejuk tangan dan kakinya, menggigil seluruh tubuhnya.

“Setelah meneliti dokumen serta keterangan daripada plaintif, Miya Liany binti Abdullah dan defendan, Adrian Liew bin Abdullah, maka dengan ini mahkamah memutuskan telah jatuh talak ke atas plaintif, Miya Liany binti Abdullah dengan talak satu. Oleh itu plaintif perlu menjalani tempoh iddah…”

Adrian sudah tidak mendengar apa-apa lagi selepas itu. Telinganya seakan-akan tuli. Dunianya gelap sehingga matanya tidak dapat melihat apa-apa. Tubuhnya terasa melayang tidak jejak di bumi.

“…defendan juga dikehendaki menyediakan nafkah seperti yang disebutkan kepada plaintif selama plaintif berada didalam iddah iaitu menyediakan makanan yang sepatutnya dan secukupnya, menyediakan pakaian dengan sepatutnya dan secukupnya, menyediakan tempat tinggal untuk plaintif, menyediakan segala keperluan yang patut kepada plaintif seperti belanja perubatan dan lain-lain yang sepatutnya.”

SELESAI. Semuanya selesai. Miya bangun dari bangkunya, melangkah keluar tanpa menoleh ke arah Adrian.

Menyedari Miya sudah meninggalkannya di bilik bicara itu, Adrian bingkas. Dikejar Miya sebelum dia menghalang langkah Miya dengan berdiri di depan isterinya itu. Oh, tepatnya bekas isteri.

“Miya…” Setelah sebulan, akhirnya baru hari ini dia dapat menatap wajah Miya.

Tiada jawapan. Miya hanya menunduk.

“Awak nak pergi mana?” tanyanya.

“Balik.”

“Balik mana?”

“Bukan urusan awak.” Tidak dingin, tidak juga mesra. Datar sahaja nadanya.

“Urusan saya, Miya. Selagi awak masih dalam iddah, awak urusan saya. Awak baliklah ke kondo.”

“Tak apa, saya…”

“Please…Demi Lora…” Adrian sudah tidak tahu harus menggunakan alasan apa lagi untuk memujuk Miya kembali ke kondo itu. Hanya Lora harapannya sekarang.

Miya terdiam. Jujurnya dia juga rindukan Lora. Mengingat anak itu yang pernah mengalami kemurungan selepas kematian ibunya, membuat air matanya jatuh. Apa Lora harus melalui fasa itu lagi?

“Lora misses you so much. Everyday she asked about you. Sekarang ni dia ulang alik rumah mama and rumah Datin Fauziah and she can’t wait to go back to our home to meet you. Please…”

Miya menghela nafas yang terasa berat. Suara Adrian itu terdengar begitu berharap.

“Okay…” Miya akhirnya bersetuju. Bukan kerana Adrian, tetapi kerana Lora.

Hampir tidak percaya Adrian mendengar persetujuan Miya itu.

“Selagi masih dalam iddah, saya akan tinggal di rumah tu. Dengan syarat…” Jeda.

Adrian pula berdebar menunggu Miya melanjutkan kata-katanya. Tidak peduli apa pun syaratnya, dia akan tunaikan. Asalkan Miya kembali ke rumah itu.

“…saya tak nak tengok muka awak dekat rumah tu.”

Berubah wajah Adrian, namun dia tahu dia tidak berhak terluka.

“Awak boleh jemput dan hantar Lora ke sekolah macam biasa, tapi jangan tunjuk muka depan saya. Saya tak boleh tengok muka awak. Saya benci.” Tangis Miya pecah. Setiap kali memandang atau mengingat Adrian, dia akan terbayang janinnya yang hancur tidak sempat melihat dunia. Dia akan teringat ubat yang ditelannya sehingga akhirnya dia keguguran. Selagi bayangan peristiwa itu berlegar-legar dalam kepalanya, dia tidak boleh memandang muka Adrian. Dia jadi benci. Dia rasa terhina. Hina kerana Adrian tergamak menggunakan cara keji untuk membunuh bayinya.

Adrian terkedu tanpa kata. Benci. Miya membencinya. Satu perkataan yang membuat pertahanan dan harga dirinya lebur.

Share this novel

Huda Rahman
2022-11-06 15:17:15 

Nasib baik jumpa jugak. Ingatkan Eryna sorokkan Miya. Teringat Rina yg sorokkan Dina lepas Dina beranakkan LiLa

Azie Sitam
2022-10-04 14:47:18 

x da yg kurang cuma x sabar tunggu capter seterusnya .....lambat menyusul

Roshasniah Mustafa
2022-10-04 12:22:00 

omg... bercerai jugak diorang..ai sedih sgt...


NovelPlus Premium

The best ads free experience