BAB 1

Drama Completed 682

“Fakeh, kan ayah dah kata jangan nakal di sekolah. Kenapa kamu tak reti nak faham-faham hah? Malu tau ayah nak jumpa guru-guru kat sekolah kamu tu? Mana ayah nak letak muka ayah ni? Tolonglah, sekali ni saja, boleh tak kamu jangan buat masalah di sekolah?” marah ayah.
“Fakeh tak suruh ayah datang jumpa cikgu kat sekolah. Yang ayah sibuk-sibuk jumpa cikgu tu buat apa? Ayah sendiri yang rajin jumpa mereka. Kalau ayah tak jumpa mereka, ayah takkan malu.” Bidas Fakeh tanpa rasa bersalah.
“huh, ayah dah tak nak buat apa dengan kamu ni. Satu pun kata-kata ayah tak pernah masuk dalam otak kamu tu. Ayah letih tahu tak? Kalau ayah dan ibu dah tak ada kat dunia ni, macammanalah hidup kamu nih, Fakeh?” ujar ayah.
“hidup Fakeh macam biasalah lah ayah. Nak macammana lagi. Ayah, dosa kita sendiri tanggung, kan? Kubur pun lain-lain. Lain kali ayah tak payah lain ambil peduli masalah Fakeh. Fakeh malas nak dengar ayah membebel.” Marah Fakeh.
“sampai hati kamu cakap macam tu pada ayah, Fakeh. Kamu sedar tak selama ni ayah yang membiayai segala perbelanjaan kamu sampai kamu besar macamni? Kemana hilangnya rasa hormat kamu pada orang tua kamu, Fakeh? Ibu pun dah tak tau macammana nak ajar kamu lagi. Nanti jangan kamu menyesal. Yang berlaku takkan dapat diputar kembali.” Rintih ibu kecewa pada Fakeh.
“peduli apa Fakeh.” Lantas, Fakeh keluar dari rumah tanpa mempedulikan kekecewaan yang terpamir di kedua muka orang tuanya. Bila aku di rumah, mesti kena bebel. Agaknya gini kot perangai orang tua-tua. suka sangat membebel. Naik tuli telinga aku.
Sekolah digemparkan lagi dengan berita kenakalan Fakeh and the gang. Apa pulak lah kesalahan dorang kali ni? Guru-guru di sekolah pun dah naik give up nak menangani masalah dorang. Kalau bukan sebab Fakeh ni anak orang yang berpengaruh, bye bye je la. Alamatnya dibuang sekolah lah dia.
Memutuskan bekalan elektrik sekolah, mencuri, menceroboh, menipu, poteng sekolah, membuli, semua tulah kerja si Fakeh and the geng ni. Apa yang belum mereka lakukan? Membunuh dan yang seangkatan dengannya je lah yang dorang belum buat. Sebut je Fakeh and the gang, comfirm 1 KL kenal dorang. Anak datuk yang nakal. Tittle yang amat bagus. Thumbs up lah.
“Fakeh, malam ni macam biasa,ok? Kat jalan tuttttt... hadiahnya lumayan malam ni. Gadis yang kau minat tu jadi hadiah malam ni. Kalau kau menang, bersuka rialah kau ngan pempoan tu.” Ujar Khalish .
“really? Ni yang buat aku tak sabar-sabar nak menang ni. Hah, akhirnya dapat juga aku merasa dia. Hahahaha” ujar Fakeh.
Tepat sungguh kata-kata Fakeh siang tadi. Malam ni menang pula dia dalam taruhan motor. Berpestalah dia dengan gadis itu.
“Akhirnya, dapat juga aku baham kau ni kan. Itulah selama ni kau jual mahal dengan aku ya, banyak cekadak kau elakkan diri dari aku. Cubalah dari dulu kau tak jual mahal dengan aku, tentu hidup kau senang lenang sekarang. Ni tak, sampai dijual oleh ayah tiri kau. Padan muka kau. Hahaha” ujar Fakeh.
“tolonglah Fakeh. Jangan buat apa-apa kat saya. Saya merayu kat awak. Saya akan buat apa-apa je yang awak suruh asalkan awak tak mencabuli kehormatan saya. Ini untuk suami saya seorang je. Tolonglah saya!” Rayu Khadeeja , gadis taruhan motor.
“hahaha.. tak de rayuan diterima. Kau kena layan aku malam ni. Aku peduli apa. Aku dah menang lumba motor tadi, sekarang aku nak imbalannya. Hahaha” ujar Fakeh.

Semakin hari perangai Fakeh semakin malampau. Baru-baru nih, Fakeh pergi ke disko bersama rakan-rakannya. Alasannya, untuk melepaskan tension. Orang lepaskan tension dengan berzikir, dia clubbing. Bagus.Perangai Fakeh mulai berubah sejak dia berkawan dengan Khalish dan lain-lain. kerana ingin menyahut cabaran, Fakeh berubah 360 darjah.
suatu hari Fakeh mendapat telefon daripada pihak hospital. mereka mengatakan bahawa kedua orang tua Fakeh meninggal dunia. pada awalnya Fakeh berasa amat gembira kerana selepas ini tiada lagi yang akan mengawal pergerakannya.

"blah la ko arif." ujar Khalish .
"kenapa? bukankah kita kawan?" tanya Fakeh.
"kawan? hahahaha kitorang kawan dengan ko sebab nak duit ko je. sekarang ko dah tak de duit. so ko bukan kawan kitorang lagi." balas Khalish .

arif membawa langkah sayu meninggalkan mereka yang dianggapnya sebagai kawan. baru lah kini dia tahu kebenarannya.
'ya allah, ampunkanlah segala dosa-dosa hamba mu ini. ibu ayah maafkan Fakeh.' rintih Fakeh. menyesal pun dah tak guna lagi. nyawa kedua orang tuanya tidak dapat dikembalikan lagi.
setiap kali Fakeh cuba mencari pekerjaan, tiada satu tempat pun yang sudi menerimanya. kenapa? kerana perangainya yang seperti syaitan sebelum ini.
syukur, Fakeh mendapat kerja di kedai runcit pak mat. walaupun bekerja mengangkat barang, tetapi Fakeh tetap berasa syukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh tuhan. setahun Fakeh belajar kembali apa itu islam dengan bantuan pak mat. takdir tidak biasa dihindarkan. Fakeh bertemu kembali dengan Khadeeja yang sedang menggendong seorang bayi. lantas Fakeh menegurnya.

"Khadeeja ." sapa Fakeh.
"awak? apa lagi yang awak nak dari saya? tak cukupkah apa yang sudah awak buat pada saya?" soal Khadeeja bertubi-tubi.
"maafkan saya Khadeeja . saya tahu kesilapan dan kesalahan saya. saya harap awak dapat memafkan saya. saya ingin menebus kembali kesalahan saya." ujar Fakeh.
"awak minta maaf? ajaibnya. kenapa sebab awak dah miskin?" sinis sungguh kata-kata yang dilemparkan oleh Khadeeja .
"saya dah taubat Khadeeja . kalau awak belum berkahwin, saya akan mengahwini awak." ujar Fakeh.
"kahwin? dengan saya? awak tak rasa jijik ke dengan saya? saya ni kan perempuan murahan?" balas Khadeeja .
"saya tahu saya silap. sebab tulah saya ingin menebus kesilapan saya. saya tahu apa yang saya buat ni tak mampu nak tebus segalanya. tapi izinkan lah saya untuk membahagiakan awak." aku mencuba untuk meyakinkan Khadeeja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience