1 Mom

Romance Completed 220120

"Rose Amalda"

"Rose Amalda?"

Berkali kali guru kelas menyebut nama gadis itu namun tiada respon.

"Dia tak datang cikgu" salah satu pelajar di kelas itu berkata.

Guru kelas itu yang lebih dikenali sebagai cikgu sakura mengeleng kepala setelah mendapat tahu Rose Amalda tidak hadir ke sekolah lagi.

"Kenapa dgn kawan kamu tu? Ada problem ke smpai 3 hari tak dtg sklh?"

Pelajar yang lain cuma diam, Rose Amalda seorang yang pendiam nak bawak berborak pun dia layan nak tak nak kecuali dengan sahabat baiknya sendiri Prim barulah gadis itu terlihat hyper ketika berborak.

"Sapa2 tolong mesej rose bagitau cg nk surat cuti kalau dia dah datang nanti"

"Baik cikgu" prim membalas, dia faham apa masalah rose yang sering tak datang ke sekolah semuanya sebab ayahnya yang terlantar di hospital sekarang.

Mata Prim memerhati guru kelasnya keluar dari kelas.

Rose amalda hanya mempunyai ayah, ibunya sudah lari sejak mendapat tahu ayah lumpuh 16 tahun yang lalu. Manakala rose hanya mempunyai seorang saudara perempuan iaitu zahirah namun tinggal jauh dari sini.

"U free mlm ni?"

Prim mencuri curi mendengar perbualan Masha dan Haze. Ber 'u' 'i' lah pula geli mat.

"Yes, kenapa? Nk date ke?" Tanya haze semula sambil bermain dengan rambut depan Masha manakala Masha pula membalas dengan senyuman menandakan iya.

"I free je, pukul 8 mlm i ambik u dkt dpn rumah u. Cantik-cantik tau i rindu tengok u makeup"

"Of course la i makeup semuanya demi u je" tangan Masha mencubit manja dagu haze sampaikan prim mau meluat melihat kemesraan rakan kelasnya itu.

×××

"Kan ayah dah kata rose jangan susah2 jaga ayah kat hospital. Kamu tu masih pelajar patutnya kena belajar kat sekolah" raizyn hanya memerhati anaknya rose amalda yang sibuk membuka bekas makanan di atas meja bersebelahan dgn katil wad.

"Ayah ni..bukannya rose tak belajar langsung pun. Rose dtg pn bawak buku sklh skli smbil tu boleh teman ayah kat sini" balas rose supaya ayahnya tidak memarahi dia.

"Tapi nanti kamu ketinggalan banyak tau rose. Ayah ni letak harapan tinggi untuk tengok rose berjaya dalam ujian akhir nanti" lembut saja orang tua itu berkata , kudratnya semakin lemah sejak didapati dia menghidap penyakit kanser 2 bulan yang lalu.

"Ala ayah jgn la risau. Rose janji rose akan berjaya nanti. Ayah tu kena la cepat sembuh nanti macam mn ayah nk tengok rose kat pentas anugerah kecemerlangan kan?" Balas rose tenang sambil mengaul bubur yang masih panas itu.

Ayah hanya terdiam, dia takut bila dia dah takde nanti tiada siapa yang dapat tengok rose naik pentas lagi. Dia dapat rasa yang ajalnya akan sampai sebentar lagi.

Didunia ini, kematian sangat mengejar kita walaupun kita dalam kesenangan dan kesusahan.

"Makan yah" rose menghala sudu berisi bubur kemulut ayahnya.

Perlahan lahan ayah makan, bubur yang asal ada rasa namun dilidahnya tiada lagi rasa. Hanya tawar dan pahit yang raizyn dpt rasakan.

"Bila ayah dah takde nanti, rose janji dgn ayah yg rose tetap akan teruskan hidup rose seperti biasa"

Rose berubah wajah, sudu diletakkan semula ke dalam bekas makanan. Dia mendekati ayahnya di sebelah katil.

"Ayah janganla macam ni, jgn tinggalkan rose please. Mcm mn rose nak teruskan hidup kalau ayah dah takde? Rose takde sapa-sapa lagi yah. Rose cuma ada ayah"

"Ajal tak kira kita sapa rose, kematian tak tengok org yang sedih atas kehilangan seseorang. Tugas malaikat cuma mengambil nyawa manusia. Ayah tak kata ayah tau bila ayah mati nanti tapi benda tu pasti terjadi lagi2 ayah dah berumur dgn sakit skrg. Rose pn tau kn"

Rose menunduk wajah, kata kata ayah semuanya benar belaka.

"Ayah janji yah"

"Apa dia princess ayah? Bagitau je nnti ayah tepatikan" ayah mengusap rambut rose perlahan lahan. Airmata rose mula berguguran.

"Janji yang ayah akan ingat rose sampai bila-bila?"

Raizyn mengukir senyuman nipis.

"Mustahil ayah nak lupa anak ayah yang cantik rajin baik ni? Ayah akan ingat smpai bila2. Hanya rose cahaya hidup ayah, tanpa rose hidup ayah gelap gelita seperti lorong yang sunyi"

Makin berderas airmata rose mengalir, kata kata ayahnya mesti menyayat hati.

"Lagi satu yah.."

"Apa dia sayang?"

"Rose nak tau sapa ibu rose"

Sebut saja ayat ibu keluar dari mulut rose terus ayahnya berubah muka.

"Ayah kenapa diam? Ayah jnji ayah akan tepati. Bagitau la yah sapa ibu rose. Rose cuma nak tau nama ibu rose"

"Nama ibu rose--"

"Wina Amanda"

Sebut saja nama ibu rose terus raizyn melepaskan keluhan yang besar.

"Ayah marah?"

Raizyn tersenyum nipis lalu mengeleng.

"Ayah takmarah pun, rose dah besar. Rose mmg patut tau sapa ibu rose yang sebenarnya"

"Terima kasih ayah" rose menarik tangan orang tua itu lalu dikucupnya. Airmatanya membasahi tangan raizyn.

"Sudahla tu jangan nngis lagi, suap ayah lagi. Ayah lapar ni" ayah mencebik comel di depan rose sehingga bibir tepi rose mengukir senyuman.

"Ayah ni kan.." rose menyeka airmatanya, bubur di bekas makanan disuap hingga habis.

"Petang ni rose balik je kat rumah sebab nanti kawan ayah dtg sini nak jenguk ayah"

"Ala ayah ni macam nk halau rose je"

"Ish anak ayah ni fikir bukan2 betul. Ayah cuma nk kan privasi dgn kawan ayah tu. Byk bnda yang ayah nk cerita dgn dia"

"Yela yela petang ni rose balik.." balas rose yang mahu memberi ruang kepada ayah dan kawan ayahnya. Orang tua bercerita mana boleh campur.

ayah mengukir senyuman, begitulah rose sikap yang takpernah menolak permintaan ayah dari dulu lagi. sikap Rose itu langsung tidak sama dengan Wina Amanda , Wina Amanda seorang yang keras kepala dan mementingkan kesempurnaan.

Dapat tau je Raizyn lumpuh pergerakan kaki terus raizyn digolongkan sebagai OKU manakala Wina meninggalkan dia kerana malu mendapat suami yang lumpuh.

Tanpa meminta cerai ataupun pesanan Wina lari secara tiba tiba tanpa pengetahuan Raizyn sejak dia lumpuh dulu kerana itulah dia menganggap Wina tinggalkan dia dgn Rose kerana malu dengan kecacatannya sekarang.

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-23 23:32:38 

mesti best ni..br ada kesempatan baca

Aisyah Mysara
2020-08-16 21:44:40 

harap cerita ni x gantung saya kesian dgn rose saya harap di akhir cerita rose akan bertemu dgn kebahagiaan

ellle
2020-07-21 09:53:35 

nape syifa nama chapt nni


NovelPlus Premium

The best ads free experience