Series
1414
muncul di sebalik pintu kelas muka - muka yang penuh aura dan mempunyai muslihat tersendiri lebih-lebih lagi si ryan tu dengan muka bengis dia satu hal yang satu hal lagi nak apa lah datang sekolah aku ni
er cop kalau nak tahu ryan ni dia ada aa tu benda nak cari pasal bak kata dia haritu selagi aku tak bunuh diri selagi tu nak buat aku merana .
HAHA dia belum kenal aku lagi senyuman penuh makna qaira ni
geng - geng ryan terpaku melihat anak kandung Tan Sri Aryan yang seiras dengan Puan Sri Maria melalui anak matanya yang berwarna coklat kebiruan sebiji ikut kacukan bonda nya dan hidung yang mancung mengikuti Tan Sri Aryan
sebaliknya ryan tidak melihat itu semua apa yang difikirnya sekarang adalah dendam nya pada minah kampung ni - ini lah yang dirasakan oleh kata hati si ryan tu
belum sempat ryan dengan rakannya menegur si cantik qaira ni datanglah sekumpulan geng minah cantik dalam sekolah ni ( tak cantik mana pun perasan je hshs )
Edlyn dengan rasa bangga nya masuk kelas 5 Akasia dengan diva nya tu bersama geng nya yang lain
di dalam kelas ini semua hanya melihat tapi tidak masuk campur kerana sudah terbiasa dengan keadaan ini tapi bagi geng ryan agak pelik siapa minah yang tetiba masuk ni ?
Edlyn terpaku melihat jejaka - jejaka handsome di depan matanya macam biasa lah menggeletis aa tengok . aku sendiri sakit mata tengok dia ni dengan rasa malas aku bangun dan hanya mendatar bertanya
" nak apa Edlyn ada benda tak puas hati lagi ke dengan aku " soal qaira
terpaku semua kerana selama ini qaira hanya mendiamkan diri dan terima segala apa yang dilakukan oleh Edlyn kepadanya namun harini dengan lantang qaira bertanya
wuu dah berani er perempuan ni sekarang , keras kata yang dilontarkan oleh Edlyn
tanpa segan silu , Edlyn menyuruh anak buah dia yang lain melakukan apa yang disuruh nya
dengan sekali arahan yang diperintahkan maka habis lencun qaira dengan air sirap sebaldi
masing-masing di dalam kelas itu sudah gelak sakan pada qaira termasuk geng ryan sekali
namun terhenti gelak mereka apabila qaira gelak dengan penuh makna HAHAHA ni jeke ada lagi ? mana tahu baling telur ke
terkejut masing-masing apa yang diperdengarkan oleh mereka
kau ni memang dah melampau tau , dengan rasa penuh geram Edlyn mahu memberikan satu tamparan pada pipi gebu qaira namun baik qaira sempat mengelak
namun itulah kesempatan qaira maka dia memberikan satu tamparan serta tendangan yang penuh padu . cukup pekej yang diberikan kepada Edlyn
yang lain sudah terpaku kerana selama ini mereka hanya merendahkan qaira dan ingat qaira seorang yang lemah
1
2
3
tapak , qaira sekarang berada tepat di depan mata Edlyn yang sudah tersungkur jatuh
" kau dengar sini baik-baik , aku tak pernah takut dengan kau ni " sindir qaira pada Edlyn
yang paling kelakar takda seorang pun anak buah dia menolong malah lari tak cukup kaki kerana takut jika dibelasah juga
geng ryan dah terdiam kerana mereka juga fikir yang qaira akan meminta bantuan malah dia sendiri yang menyelesaikan masalah nya
namun belum selesai lagi bila mereka melihat ryan sudah berdiri
SAMBUNGGG
er geram aku dengan ryan tu , ada aa tu nak menyakitkan hati . silalah maki beramai-ramai
Share this novel