Mitsuha masih membuat pilihan ada sama mahu terjun bangunan ataupun berdepan dengan zombi zombi yang kelaparan itu.Namun,dia terlambat kerana zombi zombi itu telah membuat tindakan dahulu sebelumnya.Terpapar tulisan"GAME OVER" di skrin ipadnya.sedang dia melihat ke luar
tingkap bas,dia ternampak gerai yang dia selalu pergi apabila balik sekolah menengahnya.Segera dia meminta pemandu bas itu berhenti kerana Sudah terlajak Dari sekolahnya."kau ni tidur ke kat belakang tu!"cakap pemandu bas itu."Maaf pak cik, saya janji tak buat lagi."kata Mitsuha kepada pemandu bas itu.lalu,dia pun keluar dari bas itu."bengong punya budak!"kata pemandu bas itu secara perlahan.Walaupun perlahan,Mitsuha tetap dengar kata kata pemandu bas itu.sampai sahaja di kelas, Mitsuha terdengar rakannya bercerita tentang pengalaman mereka terjumpa hantu."Wei,semalam aku duduk kat kelas sorang sorang sebab aku kena kemas kelas.lepastu,aku nampak ada tangan dekat tingkap tu "kata Masturi.Mitsuha terasa semakin gembira apabila mendengar itu lalu menanya"hantu,mana! Aku nak tengok"jerit Mitsuha.Satu kelas melihatnya.Kemudian Fadlina datang."Kau gila ke.Terjerit-jerit."kata Fadlina."Sorilah aku excited ni diorang kata nampak hantu".Fadlina membuat muka masam kerana dia tahu rakan baiknya itu obses dengan hantu.Sebaliknya,dia takut akan hantu terutamanya hantu penanggal,hantu air ,Dan hantu ngesot.
Share this novel