Kekuatan Yang Mengejutkan

Action Series 2100

Kelas 5e5 merupakan kelas tempat pelajar yang memiliki gred terendah, Kenzo pula merupakan pelajar nakal dan sering gagal dalam ujiannya.
Cikgu Yusaka yang merupakan guru kelas masuk untuk mengajar namun murid kebanyakan tidak mempedulikannya, Cikgu Yusaka hanya mengeluh mengenangkan perangai pelajarnya terutama Kenzo.

"hah....apalah nak jadi dengan kau nie hah Kenzo?"bentak Cikgu Yusaka.

"cikgu tak perlu kisahlah, lagipun aku bukan nak jadi orang berjaya."jawab Kenzo sambil lewa.

"cikgu nak kau sekurangnya jangan nakal sangat."ujar cikgu Yusaka pula.

Setelah mendengar leteran cikgu Yusaka, Kenzo meninggalkan bilik guru terus menuju keatap sekolah tempat dia selalu melepak.Sekolah tinggi Misukage merupakan sebuah sekolah dimana banyak pelajarnya bermasalah dan sering menimbulkan kekecohan.

Kenzo yang sedang tidur siang terkejut mendengar letusan yang berada berhampiran disitu. Kenzo bangun dan melilau mencari punca letusan dan menangkap kemunculan sesuatu yang anah.

Makluk yang memiliki telinga gajah dan berperisai besi muncul dan menyerang murid-murid yang sedang bermain dipadang. Murid-murid bertempiaran lari meninggalkan padang dan Kenzo hanya ternganga melihat dari atap.

"apa pula makluk tu?"katanya dalam hati.

"itu adalah Elpian makluk bertelinga gajah dan sangat kuat, hanya awak mampu kalahkan dia."kata satu suara dari belakang Kenzo.

"oh mak kau"kata Kenzo terkejut lantas terduduk dia memandang lelaki tersebut dan rasanya dia tidak kenal dengan lelaki itu.

"jangan terkejutlah, aku cuma datang untuk menyerahkan benda yang sepatutnya milik kau dari dulu. Awak boleh panggil aku Keeper."kata lelaki itu memperkenalkan diri dan menyerahkan sesuatu.

"apa benda nie?"soal Kenzo tidak faham.

"ini adalah Element Driver yang diwarisi. keluarga awak sebagai Element Gurdian dari dulu."kata Keeper menjelaskan lagi.

"hah!tidak dengar pun?"jawab Kenzo.

Keeper yang hilang sabar mendengar pertanyaan Kenzo menangkap kolar baju Kenzo lalu menarik dia dan meloncat ke bawah lalu mendarat tepat dipadang tempat Elpian yang menyerang murid-murid disitu.

"berubah sekarang"kata Keeper meletakkan Element Driver dipinggang Kenzo.

"baiklah"jawab Kenzo"berubah"dia memutarkan bintang yang berada ditengah driver tersebut dan api tiba-tiba menyala dan menyelimutinya yang kamudian padam serta-merta dan Kenzo disaluti perisai kemerahan.

"ELEMENT"kata Elpian melihat kebelakang, Elpian mencapai pedangnya dan menyerang Element.

"apa aku nak buat selepas nie?" soal Kenzo bingung sebelum dia menerima tetakan dari Elpian dan terundur beberapa langkah.

"tekan butang dikanan untuk panggil senjata kau"teriak Keeper.

Kenzo menekan butang dikanan dan sebilah pedang muncul dia menangkap pedang itu dan menahan serangan Elpian, mereka bertarung sengit.

Sedang pertarungan berlangsung tiba-tiba muncul seekor lagi monster dan dia menyerang Element dan membuat Element terlempar jauh.

"Elpian kembali sekarang,Lord menyuruh awak berundur sementara."jelas Monster itu.

Elpian menurut perintah dan berundur. Keeper menarik Element dan membawanya kesatu tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience