Bab 4

Romance Series 4215

"So you guys umur berapa?" soalku untuk memulakan perbualan. Yelah daripada tadi dua-dua senyap. Yang Qiella tu pulak sibuk dekat toilet buang hajat.
"We're both 18. So you dah lama ke kenal Qiella?" tanya Ameerul. Apa yang aku perasan kat sini , lepas Qiella kenalkan aku dekat Mikail dengan Ameerul ni , terus Mikail jadi macam pendiam + pemalu. Aku rasa sebenarnya Mikail ni takdela pendiam.
"Hurm.. Takde la lama sangat but since form 1 gak la." jawabku.
"Ouh takde la lama mana. Kitorang bertiga sebenarnya dah lama berkawan. Sejak Qiella umur 7 tahun lagi. So kitorang memang sangat rapat." cerita Ameerul dengan panjang lebarnya.
"Oo lama jugak. I nak tanya , kawan you ni memang pendiam ke?" tanyaku dengan muka slumber haha
"Eh takde la. Dia la yang selalu paling kuat bebel. Weh kau pahal senyap tetiba. Aku tahu la Helena ni lawa , tak payah la speechless sangat." sergah Ameerul kepada Mikail.

Mikail pulak terkebil-kebil matanya memandang Ameerul. Nampak sangat selama kitorang bercakap ni dia tenung aku haha. Perasan.

"Manader aku speechless. Biasa je dia ni" jawab Mikail kepada Ameerul dengan muka yang sangat nak makan penumbuk aku.
"Wah sedap mengata" kataku dengan nada geram sambil membesarkan mata kepada Mikail.
"Dah memang betul kau ni tak lawa mana. Lain la lawa macam Fazura ke , boleh la aku speechless."
Aku apa lagi.
"Eh kau ni , biadap betul. Suka-suka je kata aku tak lawa. Apa kau ingat kau hensem sangat hah?!" marahku kepadanya.
"Sudah-sudah . Korang ni pahal tetiba nak bergaduh. Yang kau ni asal Mika tetiba cari pasal dengan orang." soal Ameerul kepada Mikail sambil membuat muka tak puas hati.
Mikail pula hanya membalas dengan jelingan sahaja.
Kebetulan pulak Qiella baru keluar dari toilet dan terus menyoal "Pahal bising-bising tadi"
"Kau tengok kawan kau ni. Kekwat betul." jawab Mikail dengan muka menyampah. Ceyh kuaja
"Eh dia yang start dulu!" balasku.
"Ey dah ah bising la korang ni. Skang jom naik atas." arah Qiella sambil menaiki tangga yang kemudiannya diikuti Ameerul.
Masa aku nak naik tu jugak la mamat cina ni sibuk nak naik.
"Hesy kau ni sibuk la! Ketepi sana.Dah la gemok!" marahku kepada Mikail.
"Bising la!" jeling dia.
Kami pon naik la sama-sama.
Sampai tingkat 2 , aku tengok Qiella dengan Ameerul tengah ambil toto dari bilik parents Qiella. Aku tolong la sekali.
"Qiella , asal you angkat toto ni? Nak bawak gi mana?" soalku .
"Nak bawak pegi depan tv ah. Kan nak tengok movie."
"Ouh okay"
——————————————————————————
Selesai membentangkan toto , aku terus baring atas toto tu.
"Argh heavennya , dengan aircond lagi..Pergh best best." kataku dengan ceria.
"Eh kau tak mandi lagi kan? Pegi mandi sana la busuk!" suruh Mikail sambil tolak aku. Kuaja punya mamat!
"Hish yelah yelah . Korang jangan tengok movie lagi tauuu!!"
"Okay youu.Cepat sikit mandi tu tau, mandi wangi-wangi hehe." kata Ameerul dengan miangnya haha.
"Err hehe okay. " aku jawab dengan nada yang agak geli haha.
Qiella ikut aku sekali masuk bilik dia sebab nak bagi baju. Yelah aku datang sini mana bawak baju.
"Nah baju ni je paling kecik. Yang lain semua besar-besar. "
Qiella hulurkan kepadaku sehelai t-shirt bewarna putih yang agak ketat dengan seluar pendek paras peha.
"You gila apa.Sexynya! Dah la kat luar tu ada lelaki! " marahku. Yelah , aku tau memang aku tak suka pakai tudung tapi srs ah baju macam ni?
"Hish pakai je la! Banyak songeh la you ni. Ni pon cukup baik tau i bagi baju daripada you bogel terus."
"EY. yelah whatever." jawabku sambil berlalu pegi masuk ke dalam toilet.
Selesai mandi , terus aku pakai baju tadi tu huhu. Terpaksa k. Dah pakai , aku terus sikat rambut and ada la curi-curi pakai Qiella punya perfume hihi. Aku belek sekali lagi penampilan aku tu depan cermin.
'' Hish betul ke aku nak pakai camni ni? " omelku seorang diri.
"Helena! Cepat sikit , movie dah nak start " jerit Qiella dari luar bilik.
"Ha okay-okay." balasku dengan kuat.
"Haih keluar je la"
Sebaik sahaja aku tutup pintu bilik Qiella, empat pasang mata sedang tertumpu padaku. Eh bukan padaku , tetapi pada badanku erkk.
"Hoih cegat pe lagi , cepat la baring." kata Qiella tu buatkan Mikail dan Ameerul terus pandang tv.
Aku jalan dan terus baring bersebelahan dengan Qiella. Ameerul dan Mikail pula duduk dekat sofa bersebelahan aku.
"Movie apa ni?" soalku.
"Fifty Shades of Grey" balas Ameerul sambil matanya tertumpu padaku.
Aku terpandang Mikail dan dia juga sedang memerhatikan aku. Aku terus pandang depan dan tengok tv.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience