BAB 2
SAL P.O.V
Aku menuruni anak tangga dengan laju. Aku memandang ayah aku. Apa saja lah orang tua ni buat kat rumah! Nak dera mak aku la tuh! Aku turun bukan kerana nak tengok orang tua tu tapi aku nak tengok mak aku!
Kedengaran suara seorang wanita tua sedang menangis. Orang tua tu punya pasallah! Aku datang ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Sah! Memang orang tua tu punya kerja. Dia memukul ibu aku dengan sebatang kayu. Aku mencapai sebilah pisau yang tajam dan
CRUT!
Bunyi darah memancut mancut keluar. Orang tua tu terbaring sementara aku pula pergi mendapatkan ibu. Ibu tergamam. Aku tahu dia suka. Ibu memandang aku dengan riak wajah yang terkejut aku pula membuat muka selamba. Aku membawa ibu ke bilik walaupun aku ada perasan ibu ada juga melawan tapi mungkin sebab aku lebih sikit tenaga dari dia jadi dia mengalah.
Ibu menggigil ketakutan. Haish apa saja lah ibu ni! pandang aku pun takut! Bukan nak pukul dia pun. Banyak tengok cerita seram ni! Ehehehe. Aku memandang ibu dengan sedikit serius apabila aku mendapati yang ibu cuba keluar dari bilik. "Ibu nak pergi mana?" tanya aku. "Kau gila! Kau bunuh bapak kau!" terkejut jugak aku mendengarnya. Haish perempuan tua ni! Aku dah selamatkan kau engkau lepastu kau kata aku gila? Kau yang gila tak reti nak berterima kasih. Aku menarik rambut perempuan tua yang tak kenang budi tu ke dapur. Tepat tepat aku letak dia sebelah orang tua yang dah terbaring tu. Aku menghantukkan kepalanya ke batu. HAISH PUAS!
Share this novel