HAMPIR setengah jam berlalu dan Miya masih belum muncul, membuat Adrian mula gelisah. Teringat ketika makan malam DayMond Jewels beberapa minggu lalu Miya menangis sendirian selepas meminta diri ke tandas. Bimbang perkara itu berulang lagi, Adrian meminta diri dan segera membuka luas langkahnya menuju ke tandas wanita.
Sesampai di sana, dia mendail nombor Miya dan memasang telinga jika ada bunyi telefon dari dalam tandas, namun sunyi. Tidak berputus asa, Adrian mendail sekali lagi sambil matanya melilau sekeliling, mencari kelibat Miya. Setiap manusia yang melintas dan lalu lalang tidak lepas dari tatapan matanya.
Masih tidak mendapat jawapan daripada Miya, Adrian menuju ke kaunter restoran dan meminta seorang pelayan wanita memeriksa tandas. Sempat dia menunjukkan gambar Miya di dalam telefonnya dan meminta pelayan itu memberitahunya jika Miya ada di dalam.
Seminit menunggu, pelayan wanita itu keluar semula lantas menggeleng, membuat Adrian mula dipagut bimbang. Laju kakinya melangkah keluar dari restoran sambil mata meneliti setiap sudut. Namun dia tidak melihat Miya di mana-mana.
“Miya…Where are you?” gumamnya gelisah sambil nombor Miya terus didail. Sambil mata melilau, sambil telinga mendengar jika ada bunyi telefon Miya.
Tidak melihat Miya di sekeliling restoran, Adrian menuju ke pantai. Berlari-lari anak dia di sepanjang pantai sambil mata tidak lepas daripada memandang segenap tempat yang terjangkau oleh penglihatannya.
Langkah kakinya semakin perlahan apabila sayup-sayup dia mendengar bunyi telefon. Terus mendail, Adrian memasang telinga. Kaki melangkah mengikut arah bunyi itu dan matanya difokuskan ke serata arah.
Semakin lama bunyi itu semakin kuat. Adrian melajukan langkah sebelum cahaya yang berkelip di atas pasir menarik perhatiannya.
Dengan dada berdetak hebat, Adrian membawa kakinya ke arah cahaya yang masih berkelip dengan bunyi yang sangat tidak asing di telinganya. Telefon Miya!
Membongkok, Adrian mengambil telefon di atas pasir itu yang masih berbunyi. Nama yang disimpan sebagai ‘DIA’ berkelip pada skrin. Adrian mendengus sebal. Miya menyimpan namanya sebagai DIA? DIA?
Namun malas terlalu memikirkan perkara remeh itu, Adrian melilau sekali lagi. Berharap jika Miya berada di mana-mana, tetapi nihil.
Adrian kembali ke restoran dan menghampiri pengawal keselamatan.
“Excuse me…May I ask you something?”
“Yeah, sure.”
“Have you seen this woman?” tanya Adrian sambil menunjukkan gambar Miya di dalam telefonnya.
Pengawal keselamatan itu meneliti gambar Miya sejenak sebelum dia mengangguk.
“Yeah. I saw her walking towards the beach,” ujarnya. Tidak susah untuk dia mengecam kerana gambar yang ditunjukkan Adrian adalah gambar yang baru diambil ketika di restoran tadi.
When?”
Pengawal itu kelihatan berfikir-fikir. “I think about half an hour ago.”
“Okay, thank you.” Adrian berlalu, sambil menghubungi Adam.
Hanya dua kali deringan sebelum panggilannya bersambut,
“Hallo my bro. What can I do for you?”
“Adam, Miya hilang.”
“What?”
“I jumpa phone dia dekat pantai, tapi dia tak ada.”
Adam terdiam di hujung sana. Adrian pula gelisah. Mundar-mandir di depan restoran sambil menyebak rambutnya ke belakang.
“You dah cari semua tempat?” tanya Adam.
“I dah cari around restaurant, dekat pantai, tapi I tak nampak dia.”
“So, what are you going to do now?”
“You boleh datang restoran sekarang?”
“Okay. Give me fifteen minutes.” Restoran itu terletak dalam kawasan hotel dan tidak memerlukan masa yang lama untuk Adam sampai ke sana.
Memutuskan panggilan dengan Adam, Adrian menghubungi Eryna. Beberapa kali deringan, panggilannya dijawab.
“Hallo Adrian.”
Adrian meneguk liur beberapa kali sambil berusaha mengatur nafasnya. “Eryna, you kat mana?”
“Dekat officelah. Kan baru pukul sepuluh ni. Ada apa Adrian?”
“I have a surprise for you.”
“Really?” Suara Eryna kedengaran teruja. “What is it?”
“You masuk office I, pergi kabinet sebelah kanan, buka laci paling bawah. There’s something for you there.”
Eryna tertawa di hujung sana. “Are you serious?”
“Yes.”
“Kenapa tiba-tiba?”
“Next week is your birthday right? Consider it as an advance birthday gift.”
“Oh…How sweet. Thanks.”
“I want you to take it now. Don’t forget to take photo with the gift and send it to me. I nak tengok.”
“Okay…”
“I tunggu.”
“Alright.”
Adrian memutuskan panggilan lantas membuka satu aplikasi pada telefonnya. Fokus matanya memandang skrin sehingga tepukan kuat pada bahunya membuat dia terlonjak kaget.
Sontak dia menoleh sebelum dia mendesah lega apabila melihat Adam yang berdiri di belakangnya. Adiknya itu terlihat santai dengan kedua-dua tangan di dalam saku sweater dan
hoodie menutupi kepalanya. Senang dan tenang sungguh hidupnya. Di saat dia datang ke Bahamas untuk bekerja, Adam pula bersenang-lenang menghabiskan masa bersama mama dan Miya. Ah, sebal.
“Macam mana?” tanya Adam.
Adrian geleng, “Tak ada berita.”
“You nak buat apa sekarang?” tanya Adam sambil mengeluarkan sekotak rokok dari saku sweater. Sebatang rokok dia tarik keluar sebelum menyalakannya.
"Sejak bila you merokok?" tanya Adrian dengan wajah berkerut.
"Sejak I putus dengan Miya," jawab Adam selamba. Asap rokok disedut nikmat sebelum perlahan dihembus membentuk kepulan putih yang kontra dengan hitam langit malam.
“I nak pergi cari Miya. You buat report,” ujar Adrian, malas terlalu memikirkan kata-kata Adam.
Berkerut dahi Adam mendengarnya. “You tahu dia kat mana?”
“You bagitahu papa mama, report polis and report pada kedutaan. I have to go find Miya.”
“Masalahnya you tahu dia kat mana?”
“Tak tahu. That’s why I kata CARI.” Sengaja Adrian menekan suaranya saat menyebut cari.
Adam melongo, memandang Adrian dengan wajah tidak percaya. “Adrian, this is Bahamas bukan Malaysia. You nak cari dia kat mana?”
“Habis tu you nak I buat apa? Report polis and tunggu? Paling tidak polis kata tunggu 24 jam. I tak boleh tunggu selama tu.”
“Fikir panjang, Adrian. Kita report polis dulu. Biar polis yang cari. Lagipun kita tak tahu Miya pergi mana sebenarnya. Belum tentu dia diculik.”
“I tak kata pun dia kena culik.”
“Maksud I, kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Miya. Mungkin dia pergi ambik angin dekat mana-mana ke.”
Tiada jawapan daripada Adrian, namun dia menatap Adam lama.
“Kenapa you tengok I macam tu?” tanya Adam gugup.
MIYA membuka matanya. Beberapa kali dia mengerjap namun dia tidak dapat melihat apa-apa. Gelap.
Kepala terasa berat dan dunianya seakan-akan berpusing. Miya memejamkan matanya kembali. Mencuba untuk menghilangkan rasa peningnya. Nafas ditarik dalam sebelum dia menghembusnya perlahan. Cuba bertenang dan mengatasi nyctophobianya
Beberapa saat kemudian, dia membuka matanya semula. Perlahan dia mengelipkan mata sebelum melingas memandang sekeliling. Masih gelap tanpa segaris cahaya. Diangkat tangannya sehingga paras muka namun saking gelapnya, sehingga dia tidak mampu melihat tapak tangannya sendiri.
Bagaimana dia boleh berada di sini? Seingatnya seseorang menepuk bahunya dari belakang dan saat dia menoleh, dia melihat seorang lelaki bersweater dengan hoodie menutupi kepalanya. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa lagi. Tahu-tahu saja dia sudah berada di ruang gelap dan sunyi ini.
Adakah dia diculik? Jika benar, siapa yang menculiknya? Apa sindiket pemerdagangan manusia? Memikirkan kemungkinan itu, Miya diserang panik tidak semena-mena.
Tidak dapat melihat apa-apa melainkan kegelapan, membuatnya benar-benar cemas. Peluh dingin mula merenik di wajah. Sebagai penghidap nyctophobia, berada dalam suasana gelap begini membuatkannya sulit bernafas. Dada terasa sesak, degup jantung mula berpacu hebat seperti bola gantung tinju yang dipukul bertubi-tubi.
“Tolong!!!!!” Jeritnya maskipun dia tidak pasti jika ada orang mendengarnya. Terlampau takut sehingga suaranya seakan tenggelam di tenggorokan.
“Tolong!!” Jeritnya lagi. Namun, terkesan sangat berputus asa. Tidak mungkin ada sesiapa akan mendengar dan menolongnya. Adrian pun tidak tahu di mana dia berada. Ah, kenapa dia mesti terfikirkan Adrian saat ini?
Adakah Adrian akan mencarinya? Adakah Adrian akan menyelamatkannya? Adakah Adrian akan merisaukan kehilangannya? Dan paling penting…Adakah Adrian menyedari kehilangannya?
“Adrian......save me..Please save me..” Lirihnya; benar-benar berharap berlaku keajaiban dan Adrian akan muncul menyelamatkannya. Dia tahu, dia terlalu berlebihan meletakkan harapan namun setidaknya harapan itu membuat rasa takutnya sedikit sirna.
Miya mengengsot ke belakang sehingga menyentuh dinding. Duduk memeluk lutut, dia menyembamkan wajahnya . Suasana gelap dan sunyi ini menyebabkan bayangan trauma masa kecil memenuhi ruang fikiran. Dikurung di bilik gelap dan tidak diberi makan sudah menjadi hukuman rutin jika dia melakukan kesalahan. Baik itu kesalahan kecil, apatah lagi kesalahan besar. Pernah ketika berusia 10 tahun, dia dikurung dua hari tanpa diberi makan kerana tersilap memulangkan baki kepada pelanggan semasa membantu ayahnya menjual ayam di pasar. Di bilik gelap dan sunyi itu, dia menangis, menjerit, dan merayu namun tiada sesiapa yang menghiraukannya. Sepanjang malam tangisan, jeritan, dan rayuannya menggema, berharap ayahnya membukakan pintu, tetapi hampa. Perasaan hampa dan putus asa itu membuat dia pasrah. Benar-benar pasrah dan menyerah. Hidup atau mati, dia reda. Dia berhenti menjerit, merayu atau menangis kerana dia tahu tiada sesiapa yang peduli.
Miya tengadah apabila dirasakan dadanya semakin sempit. Peluh dingin sudah membasahi wajah dan tubuhnya. Pejam mata, usap dada, dia cuba menenangkan diri dengan memikirkan perkara yang indah-indah. Langit yang biru. Rumput yang menghijau. Sungai yang jernih. Pergunungan yang cantik. Bunyi air terjun yang mendamaikan jiwa. Namun bayangan itu lenyap apabila bunyi pintu dibuka mengejutkannya
Segaris cahaya menerobos masuk melalui pintu yang terbuka. Satu tangan Miya terangkat melindungi matanya daripada silau cahaya.
Bunyi detak kasut menunjukkan seseorang melangkah masuk. Perlahan Miya menurunkan tangannya untuk melihat susuk yang sedang mendekat itu. Namun suasana bilik yang suram membuat Miya masih tidak dapat melihat wajahnya.
Melihat kepada pakaiannya, Miya yakin ini adalah orang yang sama yang menepuk belakangnya beberapa jam lalu. Bersweater dan kepala ditutupi hoodie. Sigap bunyi langkahnya membuat Miya menyimpulkan susuk yang dia tidak tahu siapa ini adalah seorang lelaki.
“Who are you?” Bergetar suara Miya dengan belakang tubuh rapat ke dinding.
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya dia bertinggung di depan Miya dengan menghadang cahaya dari pintu masuk membuat Miya tidak dapat melihat wajahnya.
“What do you want? Please let me go. I’m a Malaysian. The Malaysian embassy will…”
“Miya Liany….” Lelaki itu akhirnya bersuara, membuat dahi Miya berkerut dalam. Lelaki itu menyebut nama penuhnya. Bermaksud lelaki itu mengenalinya. Siapa dia?
Dan suara itu…Terdengar aneh, seperti kita bercakap melalui corong, namun seakan tidak asing di telinga Miya. Siapa? Otak Miya cuba memproses suara yang baru didengarnya itu. Ligat dia berfikir, mengaitkan dan mengingat orang-orang yang dia kenal dan suara mereka, namun dalam keadaan seperti ini otaknya seperti mengalami kegagalan fungsi.
“Miya…Miya…Miya…Hahahahahaha!” Gema ketawa di dalam bilik yang suram dan sunyi ini terdengar benar-benar mengerikan.
“Kau masih tak cam aku Miya Liany?” Menyeluk tangan ke dalam saku sweater, lelaki itu mengeluarkan pemetik api lalu menyalakannya.
Melalui cahaya dari pemetik api, samar-samar Miya melihat wajah lelaki itu. Hodoh dan menggerutu dengan parut yang melintang dari kening kanan sehingga hujung bibir sebelah kiri. Miya membekap mulut. Lelaki ini adalah lelaki sama yang dilihatnya siang tadi ketika pulang dari snorkelling. Dan sekarang dia ingat di mana dia pernah melihat lelaki ini sebelum ini. Jika tidak salah ingatannya, lelaki inilah yang telah melanggarnya ketika sedang bertelefon dengan Adrian beberapa bulan berlalu.
“Masih tak dapat cam?” Lelaki itu ketawa lagi. “Miya Liany. Aku tak tahu kau ni memang naif ataupun sebenarnya bodoh.”
Lelaki itu bangun lalu menepi supaya tubuhnya tidak lagi menghalang cahaya dari luar. Perlahan dia mengangkat tangan kirinya lantas mengoyak kulit dagunya membuat Miya menjerit ngeri. Sedikit demi sedikit dia menarik kulit wajahnya sehingga semuanya tertanggal. Kulit tadi tidak lebih dari sebuah topeng yang menutupi wajah asalnya.
Mata Miya terbeliak. “Y…You?”
Share this novel
bedebar debar tunggu siapakan yg culik miya.. adakah aryna atau orang upahan dia.. sy rasa aryna..
tak sabar nak tunggu episod seterusnya
adehhhh