BAB 5

Romance Completed 15947

Esoknya, di dewan adalah sesi pengenalan dengan pengurusan tertinggi kolej INSTEDT dan tengah hari adalah sesi brainstorming bersama fasilitator masing-masing. Sesi pengenalan, sesi yang paling Farah tak suka sebab sesi ni kena bagi tahu latar belakang dan Farah tak gemar latar belakangnya diketahui oleh orang yang asing bagi dirinya.

“Assalammulaikum, nama akak Norazura binti Ahmad. Umur akak 22 tahun, sekarang akak dah semester 5 untuk course Diploma Teknologi Maklumat. Akak asal dari Felda Adela, Kota Tinggi. Panggil Kak Zura.”

Kakak fasi tadi laju je perkenalkan nama dia. Tiba pulak giliran fasi lelaki tadi.

“Assalamualaikum, nama saya Ahmad Hakim bin Zainudin. Umur rahsia, sekarang semester 3 untuk course Diploma Pengajian Sukan. Asal Muar, Johor. Panggil Abang Hakim.”

Dah lepas tu semua orang kena perkenalkan diri masing-masing. Bila tiba giliran Farah, berdebar-debar dan terketar-ketar bila bercakap.

“Syyuhhhh diam.”

Abang Hakim bersuara.

“Haih, macam berminat je.”

Nelly bersuara.

Dalam hati, ‘matilah aku.’

“Nama saya Farah Syuhada binti Mohd Khairi, umur 18 tahun, asal Mersing, Johor. Course OM.”

Fuhhh lega dalam hati tu Tuhan je yang tau. Lepas daripada tu bermulalah sesi bermesra sesama ahli kumpulan dan fasi masing-masing. Seminggu.

Sepanjang sesi orientasi, memang tak senang hati Farah bila sering di perhatikan oleh Abang Hakim. Oh dia pandai main gitar dan menyanyi. Kadang-kadang kitorang tengah makan dia mainkan gitar. Macam-macam lagu, antaranya Hanya Kau Yang Mampu, Kau Ilhamku, Bidadari, dan banyak lagi.

Paling ingat, masa hari sukaneka, ada acara baling tepung, dan semua freshie kena conteng muka dengan tepung. Abang Hakim pulak dengan lajunya pergi ke arah aku terus di conteng tepung ke muka.

“Haih, nasib baiklah kau ni senior.”

Berkata-kata Farah dalam hatinya.

“Cantiknya dia, meh sini haaa kan makin cantik tu.”

Kata Abang Hakim sambil sapu tepung di muka Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience