Rate

HC- 1

Romance Series 4017

Setiap manusia mempunyai seseorang yang bisa membuatkan hatinya berbunga tatkala bersua.
Setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza dan terkadang, saat
kita sudah berjumpa seseorang yang sudah terpaut di hati, jiwa kita mula ceria hati pula mula terasa mekar seperti ada bunga-bunga cinta sedang mekar harum di hati. Begitu juga aku.

Nama panggilan aku Aj.

Haaaa, Aj tu bukan singkatan nama Ayda Jebat si Penyanyi lagu pencuri hati tu. Haaa, tapi panggilan itu singkatan nama bagi nama aku. iaitu ,Ally Jasnita. Aku seorang Siswi di Universiti Malaya. Aku sedang menuntut Ilmu dalam bidang Pendidikan.

Ketika aku sudah menjejakkan langkah ke semester lima,  aku mula bersua dan hatiku mula terpaut untuk mencintai seorang jejaka yang
menuntut Ilmu di dalam bidang pengajian Islam di Universiti Malaya tersebut.

Aku kenal si jejaka bernama Halmy Ikram ini pun di sebabkan pada semester ke lima ini siswa dan Siswi dari Program sama sepertiku perlu bergabung kelas dalam mempelajari pendidikan Asas Al-quran
bersama pelajar-pelajar dari program Pengajian Islam. Susah sungguh aku ingin menghampiri si Mr. perfect aku yang seorang ni. Bila aku ingin
berbicara dengan dirinya, pasti kepalanya akan di tundukkan. Hairan pula aku.

Fuh, Bila dengan manusia lain boleh pula matanya fokus merenung.

Kadang aku terfikir sendiri, buruk sangat ke aku di mata dia, sehinggakan dia langsung tidak
berselera merenung wajahku.

Di sebabkan sikapnya yang begitu rupa membuatkan terkadang aku terfikir, layakkah aku mencintai seorang
lelaki yang terlalu sempurna di mataku?

Sedangkan aku pula memiliki banyak kekurangan dalam diri ini.

Pada mulanya kami merasa janggal untuk bergabung kelas bersama-sama pelajar dari Program pengajian Islam. Maklumlah, cara hidup kami agak
berbeza berbanding mereka. Mereka pelajar-pelajar dari sekolah agama dan Tahfiz.
Mereka juga mementingkan penjagaan ikhtilat. kebanyakan dari kami
pula hanya pelajar dari sekolah kebangsaan harian dan pergaulan kami seperti orang kebanyakkan yang ada di dunia ini. Kami bukan hairan pun bergabung lelaki dan wanita bila bersua, pada pandangan mata kami 'engkau bergaul lelaki perempuan boleh, asalkan adab pergaulan mesti perlu di jaga.'

Bagi siswa dan siswi dari kos pengajian Islam pula,
lelaki dan wanita tidak boleh bergaul kerana boleh mendatangkan syahwat katanya. Tidak mengapalah setiap manusia ada pendapat masing-masing, kan?

Mungkin kami tidak mengetahui secara lebih terperinci dengan ajaran Islam dan mereka pula lebih fasih dan Arif berbanding kami, jadinya
setiap apa yang mereka katakan kami terima dengan hati yang terbuka.

Aku selalu merasakan diriku kerdil bila berada di samping mereka yang hebat-hebat bagiku, sehinggakan aku selalu cuba untuk menafikan
perasaanku kepada Halmy Ikram walaupun aku tahu penafian itu amat pedih dan menyakitkan, tetapi aku sering cuba dan terus mencuba.

Apa yang aku perlu buat hanyalah berdoa pada yang Esa supaya perasaan cintaku semakin berkurang terhadap dirinya agar dia dapat memiliki
seorang wanita yang lebih sempurna berbanding diriku. Tetapi jika Allah benarkan dia menjadi jodohku suatu hari nanti, aku berharap agar Allah benarkanaku memiliki cintanya hingga ke Syurga.

Seluruh jiwanya aku mahukan bersamaku jika aku dengannya.

"Engkau ni asyik dok belek gambar mamat ni dari belakang je." aku tersentak bila disapa Bella begitu rupa.

adeih, selamba Minah ni debik bahu aku macam dia tepuk kompang.

"Mamat ni memang tak pandang aku, kan?" Aku buat ayat pasrah. Malam-malam sibuk cerita pasal lelaki. gatal sungguh noh.

muka hingusan macam aku ni abang tukang sapu sampah pun tak pandang agaknya. ada parut kat dahi pula tu, lagilah tak ada yang nak pandang, kan?

"Engkau kalau nak suruh dia suka kan engkau balik, apa kata engkau cuba-cuba main mata dengan dia?" Bella memberi cadangan gila.

senget betul! cadangan entah apa-apa yang dikemukakan.

nak bermain mata dengan mamat yang menjaga pandangan? fuh, memang tidaklah.

silap hari bulan aku di label Perempuan miang oleh semua orang.

aku tak mahulah nampak sangat macam aku ni perigi cari timba.

'KAWAN mak nak kenalkan anak dia dengan engkau tau. engkau terima jelah ya? lagipun kau tu dah ada sijil Diploma. tak salahpun nak tangguh pengajian Degree ni kalau dah kahwin.'
Aku mengenangkan bicara dari Mak aku yang sibuk nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Kisah aku ni boleh diibaratkan kisah Klise drama Melayu, kan?


Haih, aku rasa aku ni pun kena kahwin paksa macam heroin drama melayu dalam kaca televisyen tu.

Cuba bayangkan kalau aku berkahwin? pergh, macam mana malam pertama aku nanti, eh? seriau juga kahwin dengan manusia yang tidak aku kenali. kan? Haih. bertabahlah seketul Manusia bernama Ally Jasnita.

'Setiap kali memandang Ally hati saya berdegup laju. sudikah Ally menjadi kekasih hati Adli?' tersentak. Aduhai, aku kusut memikirkan hal Ibu dan bakal tunang aku, boleh pula mamat skema kepala botak tu masuk dalam mimpi aku! Argh, apa masalah dia ni? Lemas lah aku bila terkenangkan dia tu.

'Ally yang aku sayangi, aku tak boleh melupakan engkau wahai Ally. Nanti selepas habis sesi pengajian kita makan bersama di Kedai Mamak ya?' Ergh, menggila.

Adeih, Adli si botak tu buat apa dekat kepala otak aku ni? sampai ligat sangat kepala otak aku ni terkenangkan si dia tu.

Haaaa, bila aku dah teringatkan si Adli tu memang sukalah aku nak ingatkan yang aku menyampah betul bila dia asyik nak renung aku dengan riak wajah yang menyeramkan. Tahi lalat sejemput dekat dalam mata dia tu membuatkan aku semakin seram. Setiap kali dia memandang ke arah Sepasang Mata aku ni, sumpah aku rasa tahi lalat dia tu pun macam nak terkeluar. betapa menyeramkannya dia tu.

Seketika kemudian...

muncul lagi peristiwa lepas menyelinap masuk ke dalam mindaku.

'Miza, tolong sampaikan salam aku untuk si dia? tolong beritahu si dia aku sayangkan dia sehingga ke menara KLCC.'

'Menara KLCC apa barang? Sehingga ke Mahligai Syurga lah. Iya dok?' lelaki itu tersenyum-senyum sehingga menampakkan giginya. Waktu itu, mahu saja aku cabut satu persatu gigi dia bila dia sibuk nak senyum-senyum gatal depan aku.

Adeih, serius aku memang tak boleh nak hadap setiap tingkah laku mamat Botak ni. Dia nampak try hard sangat sehinggakan aku ini rasa macam nak lari 100 kilometer dari dia.

Iya, aku tahu gigi dia tu seputih salji tapi tak payahlah nak senyum nampak gigi sehinggakan aku sendiri pun rasa nak pergi...

'Mahligai Syurga? jika begitu aku perlu membina Mahligai cinta bersama Ally.' Okey, automatik badan aku tergoyang dengan sendirinya teringatkan ayat-ayat romantis tak jadi dia tu.

kenapa dia yang perlu luahkan ayat begitu?
sudahlah ayat dia tu macam ayat google translate.

peningnya kepala aku layan kau.

haih, alangkah Indahnya perkataan itu keluar dari ungkapan bibir insan bernama Halmy Ikram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience