Chapter 19

Romance Series 17145

Bab 19

Sudah dua hari Cinta lemparkan perang dingin kepada Rezal. Dalam dua hari itu jugalah Cinta tak tegur Rezal. Cinta menonton televisyen di ruang tamu dan Rezal pula makan di dapur.

Cinta tertawa seorang diri melihat aksi lucu cerita yang sedang ditontonnya. Tanpa disedari, Rezal sudah mendekati dia. Apabila Rezal duduk di sebelah dia, pantas senyuman Cinta bertukar menjadi cebikan.

“Kenapa dengan awak? Bibir tu tak boleh nak senyum ke?” soal Rezal apabila melihat aksi Cinta.

Cebik, “kenapa dengan saya? Awak tu yang kenapa?”

Rezal dah geram. Pantas televisyen ditutupnya. Cinta hanya membiarkan sahaja. Masalah ini harus diselesaikan sekarang!

“Apa yang awak cuba nak cakap ni? Boleh terus-terang tak? Saya tak suka lah macamni,” ujar Rezal cuba bertenang.

“Tau pun tak suka. Habis tu awak fikir saya suka?” soal Cinta sinis.

“What do you mean?” makin sakit hati Rezal mendengar suara sinis Cinta.

“I mean this!” satu penampar hinggap di pipi Rezal.

Rezal bangun, “Hey Cinta, please respect me as your husband!”

Cinta pun turut bangun, tidak mahu mengalah.

“Then saya ni awak tak perlu hormat? Kalau awak nak saya hormat awak, awak hormat saya dulu,” ujar Cinta.

Rezal tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembuskan perlahan-lahan.Cuba menenangkan diri. Kemudian dia duduk.

“Actually, what are you trying to tell me?” soal Rezal.

“Kenapa awak tak bagitahu kisah silam saya dekat saya? Kenapa awak tak pernah nak bagitahu siapa Daus dan siapa Asyraff dalam hidup saya? Kenapa? Sebab awak takut saya akan cari Asyraff? Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya takkan tinggalkan awak. Saya cuma nak tahu kisah silam saya. Itu aje,” ujar Cinta. Air matanya bercucuran jatuh.

Rezal bangun. Dia pegang bahu Cinta namun ditepis Cinta.

“Macammana saya nak bagitahu awak kalau saya sendiri tak tahu? Kenapa awak tak percaya yang saya langsung tak tahu siapa diorang? Apa yang saya tahu mengenai awak dah saya ceritakan dekat awak,” ujar Rezal.

“Tipu! Awak putar belitkan cerita!” marah Cinta.

Rezal angkat bahu.

“Terserahlah pada awak. Nak cakap saya ni penipu ke putar belit ke apa ke. Yang saya tahu, saya dah ceritakan segalanya dekat awak. Saya malas sangat nak bergaduh. Saya naik dulu. Goodnight!” ujar Rezal dan berlalu naik ke atas.

Cinta hanya memerhatikan sahaja langkah Rezal. Dia baring dia atas sofa. Sungguh dia pening memikirkan segalanya. Akhirnya dia tertidur di atas sofa itu.

* * *

Sedar-sedar sahaja dari tidurnya, Cinta sudah berada di atas katil. Dia pelik. Semalam dia tidur di sofa. Macammana pulak boleh ada dekat atas katil? Dan akhirnya Cinta tahu, pasti sahaja Rezal yang mengangkatnya naik ke atas. Sebab hanya dia dan Rezal sahaja penghuni rumah ini.

Cinta bangun. Kemudian dia melangkah turun ke bawah. Mencari kelibat Rezal namun tiada. Dan dia ke dapur. Tudung saji dibuka dan ada nasi goreng bersama milo panas di situ.Cinta senyum.

Ada nota juga di situ. Cinta baca nota itu.

Saya dah siapkan makanan untuk awak. Kalau awak tak nak makan, tak apa. Tapi baby kat dalam tu mesti makan. Okay?

Cinta senyum. Gila tak nak makan! Rezal kalau masak nasi goreng kampung, Cinta boleh makan sampai tiga pinggan! Sedap gila!

* * *

Malam itu, Cinta nekad! Dia harus meminta maaf daripada Rezal. Rezal kan dia punya suami, nanti karang dia jadi isteri derhaka pulak. Dia tak nak! Tak cium bau syurga!

Cinta merapati Rezal yang sedang asyik menonton televisyen. Dia duduk di sebelah Rezal. Senyuman manis diukirkan kepada Rezal.

“Ni kenapa murah sangat hati tu nak senyum dekat saya?” soal Rezal.

Cinta tersentak. Sungguh pedas kata-kata Rezal itu. Tetapi dia cuba berlagak selamba.

“Ke sana lah. Saya nak tengok tv ni,” ujar Rezal.

Cinta memang terasa! Dia beralih tempat. Tanpa sempat ditahan, air matanya mengalir laju. Rezal pandang Cinta sekilas. Cinta bangun dan melangkah ke arah bilik. Dia tak mampu untuk berhadapan dengan Rezal sekarang.

Lima minit dia menangis keseorangan di dalam bilik sebelum pintu biliknya dibuka dari luar. Cinta cepat-cepat tarik selimut dan berselindung disebalik selimut itu. Tidak mahu Rezal nampak wajahnya.

Dia dapat rasa Rezal sudahpun baring di sebelahnya. Lagi sekali hatinya terusik dengan sikap Rezal.

“Ni kenapa menangis ni?” soal Rezal sinis.

Cinta diam. Kemudian dia bangun dan duduk di katil menghadap Rezal yang sedang baring.

“Maafkan Cinta. Cinta tahu Cinta terlalu emosi semalam. Cinta tahu Cinta salah. Maafkan Cinta. Cinta janji takkan tuduh Ejal bukan-bukan lagi. Please Ejal.. Maafkan Cinta,” ujar Cinta teresak-esak.

“Perkahwinan perlukan kepercayaan,” ujar Rezal.

“Ye, Cinta tahu. Cinta minta maaf. Awak cakaplah apa pun yang awak nak, saya janji akan buat. Yang penting awak maafkan saya,” ujar Cinta.

“Apa pun?” soal Rezal.

Angguk, “apa pun.”

Rezal bangun dan duduk menghadap Cinta.

“Okay, awak jumpa Asyraff dan selesaikan masalah awak. Kalau awak rasa awak masih cintakan dia, go ahead. Saya rela bekorban untuk awak. Saya..”

“Awak! Saya cintakan awak bukan dia. Ye saya akan jumpa dia tapi tidak, saya takkan tinggalkan awak,”potong Cinta.

“Cinta, saya cuma nak awak bahagia,” ujar Rezal.

“Kebahagiaan saya ada pada awak. Awak takkan tinggalkan saya dan baby kita kan?” soal Cinta.

“Cinta, saya takkan tinggalkan awak dan baby kita hingga hujung nyawa saya,” ujar Rezal serentak itu mencium dahi Cinta.

Kemudian tangannya diletakkan ke perut Cinta.

“Ayah janji ayah akan sayang baby dan ibu hingga hujung nyawa ayah,” ujar Rezal.

* * *

Setelah Rezal pergi kerja, Cinta bersiap untuk bertemu Asyraff sepertimana yang diarahkan Rezal. Cinta menyarungkan blaus biru muda dan jeans hitam. Selendang berwarna hitam digayakan mengikut gaya terkini. Solekan nipis disapukan ke wajahnya.

Setelah siap, Cinta melangkah penuh hati-hati ke arah keretanya dan memecut laju ke kafe Asyraff. Tidak sampai sepuluh minit, Cinta sudahpun sampai ke destinasinya. Cinta tarik nafas dalam-dalam sebelum mematikan enjin keretanya.

“Cinta, you can do it!” ujar Cinta seorang diri.

Cinta keluar daripada kereta. Langkahnya diaturkan ke dalam kafe. Di dalam kafe, dia mencari-cari kelibat Asyraff. Namun hampa, batang hidung Asyraff pun tidak kelihatan. Lalu Cinta duduk di tempat yang agak tersorok.

Cinta rasa macam dah biasa duduk di tempat ni. Dan Cinta buat kesimpulan sendiri, dulu dia dan Asyraff selalu lepak di sini.

“Puan, nak order apa?” tiba-tiba datang seorang pelayan.

Cinta lemparkan senyuman.

“Fresh apple,” jawab Cinta.

Pelayan itu menangguk, “makan?”

“Nanti,” jawab Cinta.

Pelayan itu melemparkan senyuman sebelum beredar dari situ. Tidak sampai dua minit, pelayan itu datang bersama minumannya. Ketika pelayan itu mahu beredar, Cinta panggil pelayan itu.

“Ariyani kan?” soal Cinta.

Ariyani mengangguk.

“Ingat akak lagi?” soal Cinta.

“Kak Cinta kan?” teka Ariyani.

Cinta angguk. “Tahu tak mana Asyraff? Lelaki yang selalu dengan akak tu.”

“Abang? Nanti Yani panggil abang. Kak Cinta tunggu tau,” ujar Ariyani seraya berlalu meninggalkan Cinta.

Lima minit menanti, akhirnya Asyraff datang juga. Cinta bangun dan melangkah mendekati Asyraff. Asyraff sedikit terpegun melihat Cinta. Pakaian yang digayakan Cinta sama seperti pakaian yang pernah dulu digayakannya ketika Asyraff meluahkan perasaan kepada Cinta.

“Asyraff, I ada benda nak cakap dengan you,” ujar Cinta.

“Cinta, sorry. I tak boleh duduk dengan you. Kalau you nak cakap, please bring along your husband,” ujar Asyraff tegas.

“Tapi I ada hal penting nak terangkan dekat you. Please Asyraff. I won't take too long your time,” ujar Cinta.

Asyraff geleng, “tak manis orang pandang. You isteri orang. Kalau you betul-betul ada hal penting nak cakap dengan I, bawa suami you. Is it okay to you?”

Cinta mengeluh. Kemudian dia angguk. Asyraff senyum. Kemudian dia melangkah meninggalkan Cinta sendirian. Shifa menahan Asyraff di kaunter.

“Kok kamu gak setuju deh? Itukan peluang kamu,” ujar Shifa.

“Shifa, dia kan isteri orang. Tak manis kalau orang nampak,” ujar Asyraff.

“Iya. Tapi kamu kan gak lakuin apa-apa. Kamu ketemu aja sama dia. Kesian deh aku lihat dia. Kecewa bangat gayanya,” pujuk Shifa.

“Shifa, aku cuba menjaga nama baik dia. Kalau dia nak jumpa aku, ajak suami dia sekali ke kafe ini,” ujar Asyraff.

“Kamu ini baik benar ya. Okay, aku sokong deh tindakan kamu,” ujar Shifa.

“Thanks Shifa,” balas Asyraff.

Asyraff melangkah ke pejabat kecilnya. Shifa hanya menggeleng melihat kerenah Asyraff. Dia lihat Cinta keluar daripada kafe dengan wajah yang suram. Kesian pula dia melihat Cinta.

* * *

Usai mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, Cinta duduk bersama Rezal di hadapan televisyen.

“Cinta dah jumpa Asyraff pagi tadi,” Cinta mulakan perbualan.

Rezal pandang Cinta. Keningnya diangkat.

“Tapi dia tak nak jumpa Cinta. Dia cakap, kalau nak jumpa dia mesti bawa awak. Dia kata tak manis kalau dia jumpa saya sebab saya isteri orang,” sambung Cinta.

Rezal terpegun. Gila baik si Asyraff ni. Dia tak nak jumpa Cinta because Cinta isteri aku! Dia cuba menjaga nama baik Cinta dan aku.

“Esok kita jumpa dia,” ujar Rezal.

“Serius?” soal Cinta.

“Iyelah. Esok malam lah. Lepas saya balik kerja. Okay?” soal Rezal.

“Terserah pada awak. Saya ikut je,” ujar Cinta.

Rezal angguk. Cinta hanya diam sahaja.

* * *

“Assalamualaikum,” sapa Asyraff.

Cinta dan Rezal pandang Asyraff.

“Waalaikumusalam,” jawab Cinta dan Rezal serentak.

Rezal bangun. Tangan dihulurkan kepada Asyraff.

“Aku Rezal, suami Cinta,” ujar Rezal.

“Yeah, I know you,” tangan Rezal disambut.

Kemudian mereka duduk.

“Cinta kata nak jumpa kau. Tapi kau letak syarat. Nak jumpa kau mesti ada aku. So here I am,” ujar Rezal.

Asyraff pandang Cinta sekejap. Kemudian dia pandang Rezal kembali.

“Kenapa nak jumpa aku?” soal Asyraff.

“Cinta nak selesaikan masalah dua tahun lepas. Cinta nak jernihkan kembali keadaan,” ujar Cinta.

Asyraff pandang Cinta. Keningnya dijungkitkan.

“Maksud Cinta?” soal Asyraff.

“I'm really sorry about hal dulu. I tahu I ego sehingga I tak mampu nak luahkan apa yang I pendam dulu,” ujar Cinta.

“Cinta, you tak salah apa pun. Lagipun I dah lupakan semuanya. I tahu even I kejar you hingga ke hujung dunia pun, kalau dah tertulis you untuk Rezal. Apa yang I boleh buat kan?” ujar Asyraff.

Asyraff melemparkan senyuman kepada Cinta. Cinta membalas senyuman Asyraff.

“Asyraff, thanks for everything. But apa pun kita kawan kan?” soal Cinta.

“Of course!” jawab Asyraff.

“Doakan I dan Rezal bahagia. I always doakan yang terbaik untuk you,” ujar Cinta.

“Dah tentu. Rezal, jaga kawan aku elok-elok ye. Aku pergi dulu,” ujar Asyraff.

“Okay!” balas Rezal.

Asyraff bangun dan berlalu pergi. Rezal pandang Cinta. Cinta turut pandang Rezal.

“Kenapa tak terangkan apa yang berlaku?” soal Rezal.

“Perkara dah lepas, Cinta tak nak perasaan Asyraff keliru. Biarlah dia tak tahu apa yang berlaku kepada Cinta,” ujar Cinta.

Rezal angguk. Kemudian mereka berdua bangun dan melangkah keluar dari kafe itu. Minuman mereka terlah pun dibayar oleh Asyraff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience