bab 01 : Selamat tinggal Smk Abdul Rahim

Romance Series 2351

Petang itu membawa satu kisah dimana aku dan dia bakal berpisah . Indah terasa meluangkan waktu bersamanya . Afiey Amizul , satu satunya kawan lelaki ku semenjak aku dibangku sekolah rendah lagi . Aku masih ingat perkenalan pertama kami di darjah dua waktu itu . Agak mencuit hati bila mengenang segala cerita kami .

" kau apesal pandang muka aku lelama macam tu ? aku tahulah aku jejaka tertampan di abad ini " - hafizul .
Kata-katanya menyentakku dari lamunan . Aku melirik sedikit ke arah tangan kirinya . kemas sahaja kulihat jam tangan yang kuhadiahkan padanya itu . Aku tersenyum , Lalu membuka bicara ...

" ejul , nanti kalau aku takde kat sebelah kau macam ni lagi . Jangan sedih eh ? " - Aqrynna

" Erm faham ! kau tu budaknya suka bekias ! kau nak gimane ? hah ? bagitau aku ! " - Ejul

" Eish dia ni , kesitu pula .. takde la nak pi mane , Cuma nak ingatkan kau jer . Kau lupa something eh ? " - Aqrynna

" Lupa apa ? " - Ejul

" Mungkin kau lupa yang bertemu itu tidak selamanya bersatu . Kita pasti berpisah bila tibanya waktu " - Aqrynna
Perlahan Aqrynna mengatur langkah menuju ke kereta Avanza putih , meninggalkan Ejul yang masih giat mencari makna disebalik ungkapan Aqrynna sebentar tadi .

" Eh Rynna !!! hati-hati tauu balik tu !! esok gi sekolah !! kalau kau tak datang , tanak kawan ngan kau lagi !! " -Ejul

'Maaf Ezul , aku tak datang sekolah esok . Petang ni aku dah gerak kat tempat baru , sekolah baru dan suasana baru' , hati Aqrynna bermonolog sendirian . Ingin sekali dia meluahkan ayat itu melalui bicara dan bukannya didalam hati semata mata . Tapi apakan daya ? dia tidak mampu bersuara , kerana bimbang kawan rapatnya itu menitiskan air mata . Baginya , biarlah dia menghilang tanpa siapapun tahu keberadaannya . Biarlah dia lenyap dari perkhabaran dunia . Biarlah dia hilang dari pandangan mata sesiapa . Biarlah ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience