Rate

Bab 5 Shopping Mall

Drama Completed 203293

Hari ini ahad Izara tidak pergi ke bengkel Pak Ngah. Kerana hari ini bengkel Pak Ngah tutup. Hari ini Izara merancang untuk keluar bersama Ardiana dan Darwisya. Mereka bertiga akan berjalan-jalan di Shopping Mall untuk senaman mata. Untuk melihat-lihat barang yang ada di Shopping Mall tersebut. Selalunya lepas dah letih pusing satu Shopping Mall baru la mereka pergi makan.

Hari ini Darwisya menumpang motor Ardiana. Manakala Izara pula menungang seorang diri sahaja. Kerana rumah Ardiana dan Darwisya berjiran. Sampai di Shopping Mall ,zara dan Ardiana memarking motor masing-masing di tempat parking yang di sediakan.

"Kita nak pergi mana dulu ni?." Tanya Darwisya.

" Kita pusing-pusing je satu Shopping Mall ni untuk senaman mata." kata Ardiana.

"Betul tu,lagi pun kami berdua ni bukan macam kau Darwisya berduit. Kami ni kena jimat-jimat dengan duit. Lepas pusing-pusing buat senaman mata baru la kita pergi makan." Kata Izara.

"Okay la macam selalu. Tapi hari ini apa kata kita pergi tengok wayang,aku belanja. Tadi mak aku ada bagi duit lebih,ayah aku pun ada bagi duit juga tadi" kata Darwisya sambil berjalan beriringan bersama dengan Ardiana dan Izara.

"Kalau kau nak berlanja aku on je" kata Ardiana.

"Aku pun sama juga... Dah ada orang nak belanja tak boleh tolak" kata Izara.

"Kalau macam tu jom la kita pergi sekarang" kata Darwisya. Mereka bertiga pun melangkahkan kaki ke arah pangung wayang yang ada di dalam Shopping Mall ni.

Sampai di pangung wayang Darwisya pun membeli tiket. Kelihatan di tiket masih ada dalam 1 jam lagi baru cerita yang mereka ingin lihat akan di tayangankan. Mereka bertiga mengambil keputusan untuk berjalan dahulu ke bahagian pakaian dan kasut untuk senaman mata je. Bukan nak beli pun.

"Jom kita pergi tengok-tengok bahagian baju dekat sana tu dulu" kata Ardiana sambil menarik tangan Darwisya dan Izara.

"Ya la, lepas ni kita pergi bahagian kasut pula tau" kata Izara.

Mereka bertiga mula melihat-lihat barang yang ada di dalam Shopping Mall..

"Aku pelik la dengan kau ni Izara. Kau kerja di bengkel Pak Ngah kau tapi semendang tak ada duit juga" kata Ardiana.

"Betul tu,kau buat apa dengan duit gaji kau tu?" tanya Darwisya pula pada Izara.

"Aku bukan macam kau berdua semua keluarga yang tangung. Aku ni lepas ayah aku tahu aku kerja sambilan dekat bengkel Pak Ngah. Terus ayah aku dah berhenti bagi duit belanja sekolah. Semua aku kena tangung sendiri." Kata Izara sambil tersenyum memadang pada kedua rakannya. Izara tidak suka menunjuk muka sedih dan bermasalah pada Darwisya dan Ardiana.

"Sanggup ayah kau buat macam tu dekat kau" kata Darwisya.

"Kau orang jangan salahkan ayah aku pula. Ayah aku buat macam tu sebab dia marah aku kerja dekat bengkel Pak Ngah. Lagi satu mungkin dia marah aku sebab ujian tahun lepas ada subjet aku dapat F. Lagi pun ayah aku pun banyak masalah juga nak bayar hutang sebab dulu masa baru pindah dekat sini,ayah aku ada buat pinjaman duit untuk buka perniagaan. Tapi perniagaan yang ayah aku buka tu bankrup sampai sekarang belum selesai lagi bayar hutang pinjaman tu" kata Izara panjang lebar.

"Tengok kau ni macam tak dak masalah je... Tak sangka banyak juga masalah keluarga kau ni Izara" kata Ardiana sambil memadang pada Izara.

"Aku ni malas sebenarnya nak fikir masalah keluarga aku ni. Nanti masa kita makan lepas tengok wayang,aku nak cerita pasal pujaan hati aku pada kau orang berdua." kata Izara sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih.

"Pujaan hati kau si Pak Cik Haziq tu ke?" Soal Darwisya.

"Ialah siapa lagi kalau bukan Pak Cik Haziq hero pujaan hati aku ni." Kata Izara.

"Ala kau tu berangan je lebih,Pak Cik Haziq tu pandang kau pun tak"Kata Ardiana.

" Hey,tolong sikit ya. Malam tadi Pak Cik Haziq selamatkan aku dari orang jahat tau. Lepas tu dia siap teman aku balik sampai depan rumah aku tau"kata Izara membanga diri.

"Ya ke,apa orang jahat tu buat dekat kau?" Tanya Darwisya tak sabar ingin tahu.

"Nanti masa kita makan baru aku akan cerita apa jadi malam tadi. Sekarang ni kita pergi tengok wayang dulu, sebab cerita yang kita nak tengok tu dah nak tayang dah ni."Kata Izara.

" Ya lah, nanti masa makan kau cerita tau. Aku tak sabar rasanya nak dengar macam mana pujaan hati kau si Pak Cik Haziq tu datang menyelamatkan kau dari orang jahat tu." kata Ardiana.

Mereka bertiga pergi menonton wayang yang telah Darwisya beli tiket untuk menonton. Selepas menonton wayang mereka bertiga keluar dan pergi ke arah tempat makan pula. Mereka bertiga memilih tempat makan yang sesuai. Selepas memesan makanan dan duduk di meja. Izara pun mula la menceritakan apa yang terjadi padanya malam tadi. Dan bagaimana Pak Cik Haziq datang menolong dirinya. Kelihatan raut wajah Izara sungguh teruja menceritakan tentang hero pujaan hatinya,siapa lagi kalau bukan Pak Cik Haziq kesayangan Izara.

Ardiana dan Darwisya menjadi pendengar setia mendengar cerita kawan mereka si Izara. Mereka berdua dapat melihat bertapa bahagianya wajah kawan mereka tu.

"Aku hairan la kenapa kau suka sangat dekat Pak Cik Haziq tu?Aku tengok dia biasa je,umur dia pun tua banyak tahun dari kau." Kata Darwisya.

"Bagi kau Pak Cik Haziq tu biasa je. Tapi bagi diri aku Pak Cik Haziq tu pernyelamat aku dan juga hero aku. Motor yang aku bawa ni kepunyaan Pak Cik Haziq tau.Kalau Pak Cik Haziq tak jual dekat Pak Ngah aku motor ni tak dapat la aku merasa ada motor" Kata Izara.

"Kau tak nak ke cuba bagi tahu pada Pak Cik Haziq yang kau suka dekat dia?Mana la tau Pak Cik Haziq pun ada hati dekat kau juga".Kata Ardiana memberi pendapat.

" Malu la aku nak cakap yang aku suka dekat dia. Risau aku bertepuk sebelah tangan je" Kata Izara.

"Terpulang kau la, aku cuma bagi pendapat je"kata Ardiana.

"Hei, tu bukan Izani dan Amin ke? "Kata Darwisya tiba-tiba.

"Ya lah, Izani dan Amin tu. Nampaknya Amin pun bawa awek juga tu"Kata Ardiana sambil memadang ke arah dua pasangan sejoli yang berjalan tak jauh dari tempat mereka bertiga makan.

"Biar je la dekat diorang tu. Aku harap lepas ni si Amin tak kacau aku dah."kata Izara dan mula menyedut minumannya mengunakan strow.

"Ya la, harap lepas ni dia tak berani nak kacau kau dah."Kata Ardiana.

"Lepas habis makan ni kita terus balik tau. Ayah aku dah pesan tak boleh balik lewat."Kata Darwisya.

"Ya lah aku tahu. Lepas makan kita pergi sembahyang asar dulu dekat surau. Lepas tu baru kita balik okay."Kata Ardiana pula.

"Okay." kata Izara dan Darwisya serentak.

Selepas makan mereka bertiga pun pergi ke arah surau yang ada di dalam Shopping Mall tersebut untuk menunaikan amanah setiap umat islam. Selesai sembahyang mereka bertiga pun keluar dari surau dan mula berjalan ke arah tempat parking motor mereka tadi.

Izara sampai di rumahnya dalam pukul 6.00 petang. Di dalam rumah kelihatan ibu tiri dan ayahnya sedang bertengkar. Izara tidak lah terkejut mendengar ayah dan ibu tirinya bertengkar kerana perkara ini sudah terbiasa bagi Izara. Selalunya pertengkaran antara ayah dan ibu tirinya terarah kepada keuangan keluarga. Kerana hutang ayahnya yang masih belum selesai lagi. Setiap bulan ayah izara terpaksa membayar hutang tersebut bila gaji. Ayah Izara hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan sahaja. Ibu tiri Izara pula hanya membuat kuih untuk di letakkan di kedai-kedai kecil. Bila ada tempahan yang banyak barulah ibu tiri Izara dapat untung banyak.

Izara memarkir motornya lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Kamal ayah Izara melihat anaknya itu baru pulang lalu ia pun menegur anak perempuannya tu.

"Izara kamu ni baru balik dari mana saja. Sepatutnya hari cuti kamu tu kena tolong ibu kamu ni. Bukan pergi keluar tak tentu hala." Kata Kamal ayah Izara.

"Izara keluar dengan kawan Izara buat kerja sekolah la,bukan-bukan saja-saja keluar" kata Izara berbohong.

"Ada saja alasan kamu ni. Tahun depan kalau keputusan kamu teruk juga,ayah akan kahwinkan je kamu tu. Tak guna juga berlajar kalau keputusan tak bagus mana pun" Kata Kamal agak marah. Kerana keputusan peperiksaan Izara agak teruk sedikit dari Ardiana dan Darwisya. Izara ni bila berada di dalam kelas matanya asik nak terlelap je. Tapi bila berada di bengkel Pak Ngahnya elok pula tak mengatuk.

"Tak nak la, Izara muda lagi la" Kata Izara tak setuju dengan kata-kata ayahnya itu. Tapi kalau kena paksa kahwin dengan Pak Cik Haziq boleh juga,bisik hati Izara.

"Kamu tu kalau berlajar tak ke mana juga pun. Buat habis duit je" kata Kamal lagi.

" Izara memang tak nak sambung berlajar tapi Izara nak kumpul duit dulu...Izara nak masuk bilik dulu nak mandi."Kata Izara sambil berjalan ke arah biliknya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience