Series
530
20/7/2019 (8 pagi)
Lepas 4 tahun aku menjejakkan kaki di bumi Sultan Muhammad Al-Fateh, tibalah masa untuk aku meninggalkannya. Teringat pula macam mana mula-mula aku datang sini. Ummi abi cuma teman sampai airport je. Selama 4 tahun ni la aku bersusah payah belajar di tangga diploma sebelum menuju ke alam ijazah sarjana muda. Bidang medic, susah wo. Bila budak-budak course lain berborak, mesti tanya pointer. Berbeza dengan kami "kau lulus ke fail?" hahah. Setakat itu sahaja level kami. Antara lulus dan gagal. Banyak formula dan kira-kira nak kena hafal. Belum dikira dengan practical exam lagi. Practical exam, kena buat experiment. Kene tulis report. Duduklah dalam lab tu 3 jam hadap practical exam. Budak sem lepas, waktu practical exam diorang kena operate mayat. Huhu. Nasib baik waktu batch aku cuma operate tikus makmal kemudian jahit semula. Kalau tak, mati sia2 tikus makmal kalau experiment aku gagal.
Aku sebenarnya ada crush. Bertahun belajar dekat sini, dah tahun akhir baru aku jumpa crush. Nama dia Zainab. Dia dari bumi Iran kalau tak silap. Tadi, dia confess dekat aku yang dia pun suka aku. Hmm, senyum sampai ke telinga la aku ?? mana taknya, bila orang yang kita suka pun suka dekat kita, bahagia juga la.
.
.
.
Tadi ummi telefon. Dia dah tanya bila aku nak balik. Dia tanya flight pukul berapa. Rindu agaknya dekat satu-satunya anak yang dia ada. Aku pun rindu juga. Tapi, aku lagi rindu dekat abi. Kami dah plan nak beli ps4. Dari kecik lagi, abi memang sebagai ayah dan kawan rapat bagi aku. Semua game kami pernah main sama2. Dia la ayah, dia juga sahabat. 4 tahun aku x berhadapan dengan ummi abi. Cuma sesekali ber video call. Cukuplah untuk lepaskan rindu.
20/7/2019 (10 malam)
Dalam pukul 5 petang tadi Danial dengan Smith ajak aku keluar makan. Esok kami semua dah nak balik negara masing2. Aku pun macam tu, akan pulang ke Malaysia. Danial akan pulang ke Saudi. Smith akan pulang ke US. Sementara Andika akan pulang ke Indonesia. Selama 4 tahun belajar di bumi Turki ni, dioranglah sahabat yang selalu jadi tempat bercerita dan meluangkan masa lapang.
Smith awalnya tak berapa suka untuk bersahabat dengan kami. Dia atheist dan sangat memusuhi Islam. Hahah. Biasalah tu. Bukan setakat Islam, Kristian pun sama. Banyak kali dah dia berbalah dengan Rionaldo dan Stockhorst. Rionaldo ni agama Kristian. Stockhorst pun sama. Cuma, Stockhorst ni anak paderi di salah satu kampung di New Zealand. Danial pun banyak kali berbalah dengan Smith. Danial dari kelompok Wahhabi rasanya sebab pegangan dia banyak ke arah Wahhabi.
Segar lagi di kepala tentang memori2 ketika aku baru sampai ke rumah agam ni. Hanya Andika yang menyambut baik kehadiranku. Rumah agam yang utilitinya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Turki. Rumah agam ini dibina untuk memudahkan para pelajar dari luar negara untuk menetap di turki sepanjang bergelar mahasiswa. Turki sangat menjaga dan memuliakan tetamu apalagi para mahasiswa dan mahasiswi. Lebih 20 orang mahasiswa yang mendiami rumah agam ini. Cuma, aku hanya rapat dengan Smith, Danial, Stockhorst dan Rionaldo. Kami tinggal di bahagian yang sama, di tingkat ke dua rumah ini. Cuma aku je seorang muslim yang yang meyakini imam-imam mazhab.
Mulanya, berbalah juga dengan Danial. Dia tak pernah mengaku dia Wahhabi, cuma dia menolak imam-imam mazhab. Biasanya, wahhabi akan menuduh segala perilaku sahabat yang tidak bersunnah sebagai bidaah. Banyak kali aku dikafirkannya sebab tak sejalan dan tak sehaluan dengan dia. Dia tak suka berkawan dengan Smith. Selalu juga dia berbalah dengan Rionaldo dan Stockhorst. Macam-macam kata dia lontarkan. Sesatlah. Tak bau syurgalah. Macam-macam lagi. Aku pun pernah dikata sebagai pengganas sebab aku simpan gambar Saddam Hussein dan beberapa panji2 hitam bertuliskan kalimah syahadah yang sinonim dengan IS. Panji2 hitam tu sekadar hiasan yang aku letakkan di diding yang berhadapan dengan kiblatku.
Dari dulu lagi, aku akan siapkan satu sudut untuk solat dan mengabdi kepada Allah. Di sudut itulah aku letak panji hitam. Walhal, panji hijau bertuliskan kalimah yang sinonim dengan bendera saudi juga ada kusimpan dan kuletakkan di satu sudut sebagai penanda arah kiblat. Bagiku, biarlah kiblat tu dihias sebaik mungkin.
Bila kita menerima tetamu, rumah yang hodoh, kita akan kemas sehingga cantik mata memandang. Begitu juga bila kita meletakkan diri untuk menghadap Allah. Biarlah kita suci dan bersih. Hiasi tempat beribadah dengan ayat2 suci dan kalimah2 tauhid. Memang tempat ibadah selayaknya dihias rapi. Itulah tempat untuk kita berdua dengan Allah tanpa gangguan dunia dan seisinya.
Rionaldo dan Stockhorst pun tak kurang bencinya kepada aku pada awal perkenalan kami.
'f**k terrorist'
"Muhammad is a slave trader"
kata mereka bilamana aku menyarungkan baju Palestine di badan. Aku cuma membalas cacian itu dengan senyuman. Kalau diikut nafsu amarah, mahu saja kutumbuk muka mereka. Bagi aku, segala perkataan biadab terhadap Islam wajar dilenyapkan. Kalau dunia tiada hukuman untuk pembunuh, sudah pasti tubuh itu kucincang hancur. Aku pujuk hatiku untuk terus bersabar. Seingatku, Bible pun tidak mengajarkan umat Kristian untuk bermusuh dengan setiap manusia termasuklah Muslim. Aku cuma pelik, kristian yang mana satu dianut mereka berdua? Sehingga tiada rasa bersalah mencemuh junjungan terhebatku, Rasulullah. Sejauh mana mereka beriman kepada Bible?
Hampir setahun juga kami tidak berkawan. Tapi, aku tetap dengan caraku yang tidak mengendahkan mereka. Bila aku masak, aku hidang dan ajak mereka makan sekali. Betul, aku jadikan zikir "ya latif" sebagai rahsia tercetusnya persahabatan kami. Awalnya, tiada yang menerima masakanku. Ntahlah, takut aku letak racun agaknya.
Satu hari, Rionaldo ada bawa balik jus oren. Dia dengan senang hati berikan jus oren kepada aku. Aku cuma berlaku munafik, tersenyum dan mengucapkan terima kasih walau jauh di sudut hati, aku nak bertanya "racun apa yang terkandung dalam jus oren ni?". Bila dikelilingi orang2 yang memusuhi Islam secara terang-terangan, pasti ada timbul beberapa syak wasangka dalam hati aku. Aku cuma berwaspada dengan perangkap mereka.
Entah macam mana, botol oren itu meletup dan pecah ketika aku letakkan botol jus oren atas meja bersebelahan makanan yang aku masak. Tiba2 Stockhorst menghampiriku. Dia berterus terang bahawa jus itu sebenarnya arak dan bukannya jus oren. Allahu rabbi. Istighfar panjang aku di dalam hati. Merela sengaja menguji sejauh mana kebenaran wujudnya Allah yang selalu kuucap kepada mereka bahawa "Allah pasti memelihara aku". Sejak itu, Rionaldo dan Stockhorst mula berbaik denganku. Kadangkala, mereka menikmati juga makanan yang aku sediakan. Boleh dikatakan setiap hari Rionaldo request untuk aku masakkan makanan. Lama kelamaan, Smith mula menjauhkan diri dari kawan2 atheist-nya. Dia juga mula menikmati masakanku. Saban hari, kami pasti berkumpul di ruang tamu di tingkat dua dan berborak sesama kami.
Ada ketika, mereka minta aku menceritakan tentang Islam. Sudah pasti, aku menceritakan yang indah2 sahaja. Kehebatan Rasulullah ketika ditabal menjadi Rasul. Kisah pendeta bernama Bukhaira yang merupakan manusia pertama bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Kisah hebatnya Islam ketika menghadapi perang Badar. Aku tidak minta mereka supaya percaya akan cerita yang aku sampaikan. Yalah, mereka didoktrin dengan agama dan fahaman mereka yang semestinya cukup menyimpang dari ajaran Islam. Aku tak paksa diorang untuk percaya. Tapi, aku yakin dengan segala yang aku ceritakan.
Setiap apa yang diorang tanya, aku cuba jelaskan dengan baik. Kadang2 aku cuba juga bertanya tentang fahaman dan agama mereka. Sekadar ingin tahu. Kisah Palestine dan Israel, Islam sunni dan Syiah serta Wahhabi, yazidi dan Muktazilah, semuanya aku ceritakan kepada mereka supaya mereka tidak salah dan tidak keliru menilai agama kecintaanku, Islam.
Sudah pasti ada bezanya Islam tulen dan syiah. Islam sunni dan Wahhabi. Yazidi dan Islam tulen. Muktazilah dan Islam tulen. Tapi, mereka tidak tahu apakah perbezaan yang ada sehingga selamba menghukum orang Islam sebagai umat yang tidak bertamadun. Walhal, mereka sendiri belum kenal Islam secara menyeluruh dan masih lagi belum terbebas dari kekeliruan.
Danial akhirnya cuba bergaul dengan kami dan sesekali Danial akan menyajikan kami dengan makanan tradisinya, chappati dan beberapa lagi roti yang menjadi makanan asas orang Arab. Sejujurnya, aku bersyukur dengan nikmat sahabat yang Allah kurniakan. Kami mula pandai menghormati agama sesama kami yang berbeza. Danial adakalanya solat berimamkan aku. Aku pun adakalanya berimamkan dia. Rionaldo dan Stockhorst kadangkala mengikut juga pergerakan solat. kata mereka, gerakan2 solat seakan-akan sedang bersenam. Smith pula hanya menyaksikan kami bersolat. Smith kadangkala minta aku untuk mengalunkan ayat suci Al Quran bilamana dia insomnia. Katanya, alunan Al Quran sebagai terapi jiwanya. Dia mengaku, dulunya dia seorang pemarah. Tapi, bila terdengar alunan Quran, dia mula berasa sejuk hati. Dia tidak tahu mukjizat Al Quran. Biarlah dia cuma menganggap Quran sebagai terapi jiwanya. Semoga pada masa depan, mereka akan bersolat satu saf denganku. Berjuang dengan aku. In shaa Allah.
Esok, semestinya momen yang sedih akan berlaku. Entah bila lagi kami dapat bersama.
Share this novel