Rate

BAB 5

Romance Series 4592

Rayyan kagum. Dari dia sampai airport sampai masuk kapal terbang, mereka dilayan dengan baik sekali. Macam raja. Ashley beriak biasa. Setakat ni, Rayyan tahu Ashley bukan orang biasa.

"Apa? " Tanya Ashley menyentakkan Rayyan. Dia tersengih. Kantoi dia usha Ashley.

"Kau yakin ke nak balik Malaysia pakai baju ni? " Tanya Rayyan sambil menelan liur. Ashley menilik badannya.

Dengan dress ketat menunjukkan bentuk badannya yang menggoda, pendek menampakkan paha dan bertali halus menunjukkan leher jinjang Ashley. Memang cantik. Seperti malam Rayyan jumpa Ashley di kelab tempoh hari.

"Kenapa? Kau tak suka ke? Atau tergoda? " Tanya Ashley sambil memandang Rayyan tajam.

"Suka. Tergoda pun ada. Kalau aku terkam kau sekarang pun tak apa. Aku pernah rasa kau pun" kata Rayyan lancang. Oppss! Ashley mengetap bibir. Kolar baju Rayyan ditarik kasar. Hampir bersatu wajah mereka.

"Say it again and I will kill you my baby's daddy" ujar Ashley perlahan tapi seram. Kemudian Rayyan ditolak kasar.

"Wow! Take it easy girl" Rayyan membetulkan bajunya. "Aku bagitau je. Kalau kat Malaysia, kau pakai macam ni, nanti kena kecam" jelas Rayyan. Ashley pandang lelaki itu lagi.

"Tak suka? " ulang Ashley. Rayyan angguk.

"Setakat ni, aku tak suka orang tengok badan kau selain aku" ujar Rayyan buat Ashley diam.

"Sorry miss, can we go now? " paramugara itu teragak agak mencelah di antara mereka. Ashley hanya angguk. Setelah paramugara itu pergi, Rayyan duduk di sebelah Ashley.

"Kau siapa sebenarnya? " Tanya Rayyan. Ashley memandangnya tanpa perasaan. Lama Ashley diam.

"Hari tu, kau hantar aku pergi hotel tu. Ada orang suruh ke? "

"Ada. Bartender kat kelab tu. Kenapa? " jawab Rayyan jujur.

"Jack" Rayyan terkebil kebil pandang Ashley.

"Tu Jack. Salah sorang ahli kami" beritahu Ashley. Rayyan berkerut dahi.

"Red Queen Hotel tu... keluarga aku punya"

"Hah?!!" bulat mata Rayyan. Patutlah perempuan jaga kaunter hari tu kenal Ashley. Tuan dia rupanya.

"Pesawat ni kau punya juga ke? " Tanya Rayyan. Dia betul, Ashley bukan orang sebarangan. Ashley angguk.

"Kau kerja apa? " baginya, Ashley terlalu muda untuk memperoleh kemewahan sebegini melainkan keluarganya orang kaya.

"Kalau aku beritahu kau, kau percaya ke? "

"Percaya apa? "

"Yang aku ni... pembunuh. Kerja aku membunuh" ujar Ashley perlahan. Cukup seram. Rayyan menelan liur. Dia berganjak sedikit. Ashley tersenyum kelat. Dia dah agak reaksi itu.

"Kenapa? Menyesal sebab setuju kahwin dengan aku? " tanya Ashley. Lama Rayyan diam sebelum mengeleng.

"Tell me, everything about you" ujar Rayyan. Ashley jelas terkejut sebelum senyum.

"Okay. Keep it secret no matter what. Can you promise me that? " Tanya Ashley. Rayyan angguk. Ashley tarik nafas dalam dalam.

"Papa orang Malaysia dan mama pula orang Britain. Mama meninggal semasa jalankan misi. Terbunuh. Masa tu, umur aku baru 10 tahun" cerita Ashley sambil memandang ke luar tingkap. Rayyan diam mengulas.

Patutlah mata Ashley cantik. Berwarna biru kehijauan. Mungkin ikut mamanya. Dan wajah Ashley pun seperti mat salih. Hampir dia tak tahu Ashley ni orang Malaysia kat kelab malam itu.

"Dan pesawat ni pula... pesawat khas untuk keluarga pergi mana mana. Semua keluarga aku pembunuh. Nama papa Ashrul, nama ibu tiri aku pula Aida. Adik aku, nama Aishah. Abang aku pula sebaya dengan kau. Ashraf" terang Ashley lagi. Rayyan angguk.

"Kejap! Kenapa korang jadi pembunuh? "

"Hmm, keturunan" jawab Ashley. Rayyan menelan liur. Mampuslah, dia rogol anak pembunuh.

"Nama keluarga aku, Red Queen. Kami tak adalah membunuh 24/7. Kalau ada misi je. Kami sentiasa terancam. Jadi kau kena belajar jadi kejam" jelas Ashley. Rayyan diam. Complicatednya hidup bakal bini aku.

"Kalau keluarga kau jalankan misi di Malaysia, kenapa kau tinggal kat Australia? "Tanya Rayyan, hairan.

"Sebab aku dan muak buat kerja tu. Aku balik sana kalau diperlukan je. Kalau keadaan masih terkawal, aku tak balik" balas Ashley.

"Jadi, kau tinggal kat Malaysia selama kau kandungkan anak aku? "Ashley angguk. Kemudian Rayyan teringat sesuatu.

"Kejap! Kenapa kau yakin sangat kau akan mengandung? " Tanya Rayyan. Memang dia sentuh Ashley, tapi tu pun hanya malam tu sahaja. Kebarangkalian Ashley mengandung hanyalah 50%. Ashley menjulingkan mata ke atas.

"Aku subur" jawab Ashley cukup buat Rayyan tersengih. Salah timing. Mereka kemudian diam.

"Sebelum ni... kau ada yang punya? " Ashley memecahkan kesunyian mereka. Rayyan mengeleng.

"Kau pun tak ada kan" ujar Rayyan. Ashley menjongket kening ke arah Rayyan.

"Sebab... aku yang pertama sentuh kau. Kan? " teka Rayyan. Ashley tak jawab.

"Aku ingat kau perempuan liar. Yalah, Aku jumpa kau kat kelab malam kot. Kan perempuan kelab... "

"Kau ingat aku pelacur? " Tanya Ashley sambil pandang Rayyan tajam. Rayyan cuak.

"Eh, ma... mana ada" nafi Rayyan sambil geleng.

"Aku masuk kelab malam tu buang stress je. Aku masih boleh kawal diri kalau mabuk. Cuma, aku tak tahu macam mana aku tak boleh kawal diri aku masa dengan kau malam tu" ujar Ashley.

Rayyan diam. Peristiwa dia di'rogol' Ashley tempoh hari berlegar di kepalanya.

"Kenapa senyum? Pervert! " getus Ashley geram. Rayyan ketawa.

"I hope you're drunk again"

"Then, go f*ck yourself" ujar Ashley geram lalu menyumbatkan telinganya guna earphone. Rayyan senyum. Dia tangkap satu sisi lain Ashley. Malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience