BAB 1 - TEKANAN ARIANA

Romance Series 962

Bunyi cengkerik dan rama rama berterbangan di halaman yang penuh dengan bunga yang segar bugar menjadi penenang hati Arina.Ariana lari dengan penuh keriangan di halaman tersebut tatkala tiba tiba Ariana ternampak susuk tubuh yang tinggi berpakaian seba putih, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk ala ala oppa korea yang handsome.

Ariana berlari manja ke arah lelaki tersebut lalu memeluknya dari belakang lalu berkata "Saya dah lama tunggu awak." dengan suara yang lembut.lelaki itu berkata " maaf saya harus pergi." lelaki itu melepaskan pelukan Ariana lalu pergi meninggalkan Ariana keseorang dihalaman tersebut.Ariana lari mengejar lelaki yang tidak nampak wajahnya namun tidak dapat ditangkap tetapi Arian terus mengejar tiba tiba

BUK!!!

"Aduhh!!! sakit nya pinggang aku." teriak Ariana apabila dia jatuh dari katil. "Mimpi rupanya, ingatkan betul betul, haihh baru nak feeling ada pakwe, pakwe dalam mimpi pun lari dari aku." Kata Ariana sambil mengosok pinggang nya sakit.


"Anak Dara woii!!! bila nak bangun tidur nih tunggu bulan muncul dulu baru nak bangun ka!!" jerit puan Masitah dari ruangan dapur. " Ye ibu! orang bangun la nih!" jerit Ariana pula.

Selepas Ariana selesai mandi, Ariana pergi ke dapur untuk bersarapan bersama keluarganya lalu terus duduk dimeja makan menunggu puan Masitah selesai memasak." Daripada duduk tunggu ibu hidang, apakata Ana datang tolong ibu hidang makanan diatas meja." bebel puan Masitah " Iya lah iya lah ana tolong." kata Ariana dengan nada rela tak rela sahaja.

Semasa sedang menghidangkan makanan di atas meja, Encik Mansor dan Izzrin datang ke meja makan " Rajin nya adik abang tolong ibu, boleh buat bini dah ." kata Izzrin dengan niat mengusik adiknya itu." hermm itu pun nak kena orang suruh baru dia nak buat." kata puan masitah sambil menjeling ke arah anak dara nya itu. Ariana hanya mampu senyum hambar sahaja kerana dia sedar dia memang pemalas sikit.

ketika sedang makan, Encik Mansor bersuara di meja makan." Dik Na sudah dapat dapat kerja?" tanya Encik Mansor kepada Ariana. Sememang nya Banyak Panggilan Ariana di dalam keluarga itu Ibu memanggil ana abang memanggil adik atau riana dan ayah nya memanggil dik na tetapi yang sering digunakan ialah dik na. " belum lagi, tak ada orang telefon pun" kata Ariana sambil menyuapkan mee goreng yang dimasak oleh puan Masitah ke dalam mulut.


"Berapa banyak interview yang adik dah pergi tapi tak dapat kerja pun haihh kau buat ap sampai diorang tak nak ambik kau kerja" kata izzrin. Ariana memberi jelingan pada izzrin kerana memerlinya dihadapan ibubapa nya." Dah tak ada rezeki nak buat macam mana? abang izz tak apa lah sudah berkerja dengan ayah" kata Ariana sambik mencebik.

Selepas terlepas daripada soalan Encik Mansor, Puan Masitah pula bertanya " bila nak kahwin?" tersedak Ariana dibuatnya apabila memdengar soalan itu. Selepas satu soalan dari ayah datang soalan yang lebih mengancam dari ibu." belum ada calon lagi ibu...lagipun awal lagilah ana nak kawin baru umur 22 kerja pun tak ada lagi, baru ja habis belajar x cukup pengalaman lagi." jawab Ariana panjang lebar menerangkan dia tidak mahu berkahwin lagi dan mencari banyak alasan untuk tidak berkahwin.

"Eleh...Alasan ja semua tuh ada ja orang kahwin masa tengah belajar siap dapat anak lagi tak kerja bukan masalah, cuba tengok sepupu adik si tirah tuh umur dia baru 20 muda 2 tahun dari adik tapi dah kahwin dia mana kerja lagi dia masih belajar dekat UiTM tuh ok ja abang tengok."kata Abang Ariana.

"Dia lain adik lain mana boleh bandingkan dah jodoh dia awal macam mana nak tolak.Abang tuh mentang mentang dah ada tunang sedap ja mulut tuh nak bertazkirah kat adik aeh, dulu dia pun mana ada awek, kak Alish tu pun abang kenal tak sampai sebulan dah tunang aenn, abang memang gatal." balas Ariana pada Abang nya sambil membuat muka meluat pada izzrin.Izzrin hanya gelak kecil melihat telatah adik nya itu.

" Dah dah korang nih kalau sehari tak gaduh x boleh ka? Ibu tak kira kalau dalam 3 bulan nih ana tak dapat kerja, ana kerja ayah dan dalam masa 3 bulan nih juga kalau ana x bawa bakal menantu ibu datang rumah, ibu carikan untuk ana tak kisah lah anak sapa pun tapi ana kena terima dia." tegas puan Masitah


" Ibu jangan macam nih ayah tengok lah ibu tuh paksa ana." rajuk Ariana." Ayah rasa ayah setuju." kata Encik Mansor." Abang pun setuju HAHAHAHAH habis lah kau adik." gelak Izzrin pada Ariana.Ariana hanya menahan diri daripada memarahi abang nya yang berperangai seperti kanak kanak itu." OK kalau dik na dapat cari kerja dengan bakal suami dik na, dik na nak ibu ayah dengan abanh sponsor semua perkahwinan dengan kereta ana rumah ana...boleh?" kata ana dengan melepas kan rasa marah. " Ok ibu lagi suka ibu no problem ayah pun no problem abang kamu lagi lah tak ada masalah." kata puan masitah menyabut cabaran Ariana.

Ariana terus bangun dari meja makan lalu terus keluar dari dapur. " Nak pergi mana tuh?"tanya puan masitah." nak pergi cari bakal menantu ibulah, tadi beria sangat nak menantu lelaki." Ariana terus pergi ke bilik dan bersiap untuk keluar mencari kerja." haih aku nak cari mana kerja nih." omel Ariana semasa melihat diri didalam cermin." Bukan Kerja ja aku kena laki pun kena cari haihb aku tak ada pilihan nih nak kerja dengan ayah boleh ja tapi aku tak nak kahwin dengan calon pilihan ibu." kata hati Ariana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience