Ibu cuti harini semata-mata hendak menjaga aku. Aku demam akibat bermain hujan sepulangnya aku dari sekolah . Maklumlah dah lama tak main hujan. Petang tu aku dah boleh bangun. Masih pening-pening lalat. Aku turun ke laman di depan mini garden ibu. Ibu menyuruh aku keluar agar aku dapat menghirup udara segar disebabkan aku cuma tidur sepanjang hari. Nasib baik aku 'cuti'.
Ibu buatkan minum petang dan paksa aku menjamahnya kerana aku tidak menyentuh makanan yang ibu masakkan tengahari tadi. Aku telan juga demi menjaga hati ibu yang sanggup menjaga aku harini walaupun aku betul-betul tiada selera. Biasala, demam kan.
Senja hampir melabuhkan tirai. Abang pulang dari tempat kerja. Aku dan abang cuma dua beradik. Abah dah lama meninggal dunia sewaktu aku berumur 2 tahun . Tidak aku merindukan abah aku sebagaimana ibu merindukan arwah. Yelah aku masih kecil dan tidak faham apa-apa. Abang adalah abang. Abang juga adalah ayah bagi aku. Aku sangat rapat dengan abang. Aku menegur abang seperti biasa dan abang berlalu naik ke atas. Aku pandang ibu. Pandangan ibu agak pelik. Macam marahkan aku. Aku buat tak tahu dan habiskan makanan dan berlalu naik ke atas.
Ibu panggil untuk makan malam. Aku ke bilik abang untuk mengajaknya makan bersama. Abang menyuruh aku turun dahulu. Lantas aku turun dan aku terhenti di tangga terakhir. Kalau aku toreh muka aku sekarang konfem tak keluar darah. Aku terkejut kerana abang berada di ruang tamu dan sedang menonton tv. Jika abang berada di ruang tamu, dengan siapa yang aku bercakap sebentar tadi ?
Abang menoleh ke arah aku dan tersenyum. Aku yang masih terkejut tidak membalas senyuman abang dan berlalu ke dapur. Aku perasan senyuman abang agak menyeramkan. Atau itu bukan abang ? Seram sejuk aku memikirkannya.
Ibu sudah menunggu aku di meja makan. Lantas aku menceritakan kepada ibu.
“ Iman cakap apa ni ?! Berhenti mengarut boleh tak ! ” ibu memarahi aku .
“ Iman tak mengarut la ibu ! Betul Iman nampak abang ada kat atas dan dekat ruang tamu tadi ! ” aku membalas.
“ Mengucap Iman . Abang dah takde. Abang dah meninggal. Iman dah lupa ke abang accident minggu lepas ? ” ibu berkata.
Dan aku seakan baru terbangun dari mimpi. Aku menangis. Ibu tak menipu. Abang dah meninggal dunia seminggu yang lepas kerana accident yang teruk dan arwah abang meninggal di tempat kejadian. Arwah abang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Dan aku masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang abang telah tiada. Pergi untuk selamanya. Ibu memujuk aku. Aku beristighfar. Aku menyedekahkan Al-fatihah kepada arwah . Abang , tenanglah abang di sana.
Share this novel