Rate

BERTUKAR

Fantasy Series 536

   
Benci lah siak jadi muggle ni!! Menyusahkan betul!! Ni semua gara-gara orang tua kerepot tu lah!! Kau nak budak tu..kau pergi la cari, Bodoh!! Dasar orang tua yang nak mati!!"

Bergema suara jantan persis suara sajat (?) di lorong gelap yang aku sendiri tak tau kat mana ni!!

" Apa benda menyemak la rambut ni!! Rimas nya!! "

Rambut separas bahu ditarik-tariknya.

Ya..pengetahuan aku mengenai makhluk bernama manusia ni hanya sikit.
Perlu ke aku tau?

Harus lah kau tau, Idgima bongok!! Sekarang ni misi kau nak culik manusia.

Setakat kenal pasal makhluk nama rambut ni... Budak kecil umur 5 tahun pun tau.

Kesejukan mencengkam disetiap sendi tulang tubuhkan.

Mana tak nya.. Dah kau berbogel tengah-tengah lorong macam pelacur tak laku ni dah kenapa?

"Ohh..macam ni keadaan manusia...
Huh,! Tak ada la hebat sangat"

Mata ku meliar kesekitar tubuh badan yang baru aku "perolehi''.

Sedang leka menilik tiba-tiba mata aku terpaku pada satu objek yang tergantung pada tubuh badan ku ini.

" Apa benda ni?? Tergantung-gantung ni.. Macam special je aku tengok"

Tangan ku mula menjalar pada objek panjang yang terletak diantara kaki ku.
Sesekali tubuh ku mengeliat apabila angin sejuk menyapa diri.

Sumpah, Aku langsung tak buat kajian mengenai manusia and aku tak tau apa benda alah panjang yang aku pegang ni. Bom?? Tak mungkin.
Tak kan lah melekat kat tubuh badan

Sadisnya hidup. Sudahlah dicampak dilorong gelap dalam keadaan berbogel. Langsung tiada sehelai pakaian yang menyaluti tubuh ku.

Kaki ku atur menuju ke timbunan kotak-kotak. Saja berteduh disitu disebabkan angin pada malam itu sungguh sejuk.

Persoalan mengenai objek yang tergantung di celah kaki ku masih ligat berputar.

Sekali imbas, benda ni macam.......

"Haa!!Aku tau!! Macam Roti hotdog bersalut chesee yang dijual oleh Mak Cik Marie tu!! Waaa..... Tak sangka aku Tuan Qian sangg....."

Bukkkk

Pukulan kuat hinggap di kepala aku.

Ciss! Siapa yang berani-berani pukul aku ni.

Bebola api berwarna biru di kedua belah tangan aku mulai muncul sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan musuh yang beraninya menepuk kepala aku.

Baru saja kepala aku nak berpusing, kedengaran suara yang cukup aku kenal.

"Thos?!!'

"Kepala hanggok kau roti hotdog chesse Mak cik Marrie!!
Ini roti hotdog yang boleh kenyangkan orang sampai 9 bulan...kau tau??"

Kepala aku digaru-garu walaupun tak rasa gatal.

"Lembap! Tu lah, Sebelum nak datang sini...Kau kena prepare awal-awal. Ni otak berkarat ni tolong isi sikit maklumat pasal manusia! Bahenol!"

Kepalaku ligat ditujal-tujal.

Ciss... Bercakap sampai tangan pun bergerak! Auntie Onion Holand sangat!

"Untuk pengetahuan kau, Idgima. Itu penis manusia. Apa tu penis??
Penis ni berfungsi sebagai tempat kau buang air kencing....tempat kau buat anak. Aku explain dekat kau pun bukan kau faham pun. Dungu!''

Sepasang pakaian dicampak oleh Thos.

" pakai sekarang...aku tak nak manusia labelkan kau ni gila pulak. Tak pasal-pasal kena hantar kat hospital gila."

"Tapii.... Apsal kau ada kat sini Thos?? Bukan misi ni cuma melibatkan aku dengan budak perempuan tu ke?"

"Jangan banyak bunyi, Idgima.
Masa yang kau ada cuma sebulan je tau...Pakai baju tu cepat!"

???????????????????

"Wehh!! Mana aci macam ni!! Kau main tipu!!".

Kedengaran tengkingan yang dikeluar disebalik keriuhan gelak tawa disebuah Pub terkemuka di Kota Andalusia ini.

Kelihatan gadis genit berambut unggu sedang bercekak pinggang
sambil merenung tajam kearah seorang lelaki dihadapannya yang sedang menunjukkan ''muka mintak kaki".

Tangan gadis berambut unggu itu laju dihalakan ke tengah meja bulat yang baru menjadi saksi kekalahannya.
Kad judi ditengah meja diselerakkan. Tanda protes dengan kekalahan!
Kedengaran hilai tawa yang galak memperlekehkannya.
Hatinya semakin membara mendengarnya serta merta
tangannya mencapai.....

" Aduhh!! Aduh!! Aduh..Aduh sayang..Arghhhh...Hahaha
..Wehh sakitlah!!Lepaskan aku Pika!!"

Telinga milik Bob semakin ligat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience