Prolog

Crime Completed 1169

Pada ketika langit berbicara serta pepohon mula berdesis udara meniup membelai diri cahaya mentari memancar membakar diri. Pabila langit menangis derayan mutiara jatuh bak peluru yang membangkit kumpalan wap panas yang mula tersenjat.

Begitulah fenomena alam yang sering berlaku dari luar tingkap kelas dan dia amat suka akan keadaan itu. Aku sering kehairanan dengan si dia yang sering kali memandang kearah luar tingkap kelas memerhati fonomena alam yang sedang bekerja itu mungkin baginya iyanya
menyenangkan buat dirinya.

Dulu dialah gadis yang sering duduk di meja belakang kelas kini sudah tidak. Dulu dia yang sering kali meluah perasaannya dan kini tidak. Dulu dia yang membuatku sering tersenyum dan kini tidak lagi. Mengapa tidak? Kerananya dia sudah Tiada lagi.

Dari meja aku duduk aku hanya mendengar luahan mereka tentang ketakutan terbesar mereka kebanyakannya mereka hanya mengambar beberapa binatang yang buat mereka takut ada juga ada juga yang bercerita mengenai hantu dan apabila tiba geliran aku apa aku harus katakan? Menjadi tanda tanya dalam diri aku, apakah yang aku takutkan? Kini Giliran aku untuk kehadapan bagi mengungkap Ketakutan terbesar aku.

“Bercakap mengenai ketakutan apa yang sering bermain dalam fikiran ini adalah Kebenaran. Mengapa saya memilih kebenaran sabagai Ketakutan terbesar adalah kerana kebenaran memiliki tingkat kekuatan yang mana sukar untuk di tafsirkan. Dengan satu kata kebenaran mampu meruntuhkan sesebuah keluarga dengan kebenaran juga mereka yang berada di atas memegang segalanya pun mampu kecundang dan kata kebenaran itu juga mampu meragut nyawa seseorang.”

“Kita semua manusia biasa dan sudah semestinya sebagai manusia kita tak lari dari rahsia yang kita sendiri tidak mahu yang lain tahu. Lihat orang seperti saya bagi kalian saya tidak mungkin melakukan sesuatu yang jahat dan memiliki rahsia besar tapi hakikatnya tiada siapa tahu melaikan diri saya sendiri.”

“cuba anda bayangkan lagi anda ke hospital dan mendapat khabar berita mengenai kebenaran yang anda menghidap penyakit yang mematikan apa perasaan anda ketika itu? Untuk ini tanya pada diri anda sendiri adakah aku cukup kuat untuk hadapi khabar berita itu? Kebanyakan dari mereka yang mengalami situasi begini mereka berasa putus asa dan berasa sudah tiada harapan lagi dari sini sudah dapat lihat betapa kuatnya kata kebenaran itu.”

“Macam mana pula diri anda ini terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah mungkin juga menagih atau mungkin anda pernah membunuh seseorang dan ketika itu kebenaran dapat membongkar kegitan aktiviti anda itu dan sudah semestinya hidup anda akan sukar selepas itu.”

“Bagai mana pula di sisi lain diri anda terjebak dengan aktiviti pelacuran ataupun pernah menjadi magsa pelecehan kanak-kanak siapalah tahu kan. Tapi bayangkan video kebenaran mengenai tingkah laku tak senonoh anda ini tersebar di mana-mana media social sudah semestinya anda tidak akan lepas dari keritikan pedas yang mengundang kepada cyber bully dan sampai tahapnya anda memilih untuk mengantung diri . Disebabkan itulah kebenaran adalah sesuatu yang menakutkan satu kebenaran mampu mengejar serta menghantui hidup seseorang sepanjang hayat.”

Aku tamatkan kata-kata ku lalu memandang disegenap ruang kelas melihat pada wajah-wajah rakan kelasku yang bagi aku setengah dari mereka mungkin terkesan dengan kata-kata aku.

Tidak pun salah sorang dari mereka di hadapan aku ini bertanggung jawab atas perginya
‘Iman Damia.’

Share this novel

Kaseh Manja
2021-08-17 18:35:23 

jemputlah baca karya pertama saya agresive pshyco

Kaseh Manja
2021-08-17 18:35:23 

jemputlah baca karya pertama saya agresive pshyco

Kaseh Manja
2021-08-17 18:35:22 

jemputlah baca karya pertama saya agresive pshyco


NovelPlus Premium

The best ads free experience