Rate

BAB 1

Other Series 572

Ring Ring Ring Ring

"Hello,awak dekat mana?Okay.Saya pergi sekarang."

Qistina terus mematikan panggilan.Dia tidak mahu terlewat bagi perjumpaan kali ini.Dia terus memakai shawl dengan jubah yang warnanya sepadan.

Qistina hanya mencalitkan sedikit sahaja lipbam yang berwarna merah jambu.Mukanya yang sememangnya putih kemerah-merahan memang menawan hati jejaka-jejaka di luar sana.

Dia hampir-hampir sahaja terlupa beg tangan yang baru di beli di Pavillion kelmarin.

Qistina terus mengambil beg kesayangannya itu .Dan tak lupa juga,melihat bayang dirinya pada cermin."Cantiknya aku."sempat lagi bermesra dengan diri sendiri.Kawan siapalah ni.Haish.

Siap.

Dia turun ke tingkat bawah dengan berhati-hati.Dia tidak mahu terluka ketika masa-masa seperti ini.Sebaik sahaja sampai di bawah,dia terus mencari papanya.

"Hish,mana papa ni?Nanti terlewat pulak."

PIN PIN

Qistina memandang jam di pergelangan tangan kirinya.'On time.Bagus.'Qistina bermonolog dalam hati.

Qistina terus pergi ke tingkap untuk mengenal pasti sama ada kereta yang membunyikan hon tadi adalah kenalannya.Ya,kereta kenalannya.

Qistina cepat-cepat mengambil kasut yang tersusun rapi di rak kasut dan terus keluar.Bukan dia nak cepat sangat pun,masalahnya kenalannya yang sorang ni kuat membebel macam mak cik-mak cik bawang je,bukan nak mengoreng pun.

Qistina terus buka pintu rumah dengan tergesa-gesa.Sebaik sahaja,Qistina tutup pintu dan berpaling ke arah belakang.Dia terkejut dengan kehadiran bekas tunangnya,Rafiq.

Bukan dia tak tahu tentang kegiatan haram bekas tunangnya itu.Macam-macam jenis jenayah dilakukannya dan paling aktif dilakukan adalah dadah.

Kau nak dadah jenis apa,semua dia ada.

"Awak nak apa datang sini?Kita dah takde apa-apa hubungan dah.Pergi baliklah.",

Qistina bukan berani sangat pun dengan si Rafiq ni.Acah je lebih.Kenalan Qistina sudah berada di sisi kereta.

Yelah,kawan mana tak takut kalau bekas tunang masih mencari bekas tunang sendiri.Tolong sedar diri sikit.

"Sayang tahu tak?Abang datang jauh-jauh hanya untuk sayang.Yes,memang betul kita dah tiada apa-apa hubungan tapi tolonglah bagi abang satu lagi peluang untuk abang buktikan yang abanglah yang terbaik untuk sayang."

Rafiq terpaksa menurunkan egonya hanya untuk Qistina.Argh,dia bukan suka sangat pun dengan Qistina ni.

Dia suka pun sebab Qistina ni lawa mengalahkan semua girlfriend yang dia ada.Itu aje.Dia ada rancangan sebalik lakonan dia ni.

'Qistina,tak lama lagi kau akan jadi milik aku.'

"Err.Sorry brother.Kitaorang dah lambat sangat ni."

Fuh,gilalah si Aqilah ni.Boleh pulak dia bercakap dengan santai macam takde apa-apa yang berlaku .

Si Qistina yang tengok muka si Rafiq ni dah memerah macam udang kena bakar beb.

Merah gila dengan urat hijau yang timbul tu.Fuh,menakutkan.Agak-agak kalau kawan si Qistina ni ajak bergaduh dengan si Rafiq tu,siapa yang menang .

Aku takut kawan aku dulu yang jalan.

"Ade aku bercakap dengan kau ke?Hah?!"

Argh,terkejut Qistina dibuatnya.Agak-agak arh bro.Kitaorang tak pekak lagi setakat ni.
"Err,awak?Nanti jelah awak datang semula.Saya betul-betul dah lambat ni.Assalamualaikum.",kata Qistina.

Bukan apa,dia malas nak memanjangkan isu yang tak berapa penting ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience