bab3

Romance Completed 11340

"Arissa! pergi sidai baju!"Ibunya membuka tombol pintu bilik anaknya itu alangkah terkejutnya dia melihat anaknya masih tidur lena lagi bagaikan bayi yang nyenyak tidur.

"amboi, dah pukul berapa sekarang ni ya?"tegas maknya sambil menolak nolak lengan anaknya itu.Segera sahaja Arissa mencari cari telefon bimbitnya."em dah pukul 9 ibu"matanya cuba membuka sedikit demi sedikit.

"dah tu ?sidai baju cepat!"berkerut dahi ibunya.Terus sahaja Arissa terbangun."Apa mak sidai baju?"pelik sahaja ibunya melihat anaknya itu saja lah tu nak mengelak.

"apa masaalahnya macam tak biasa pulak budak ni haih"hairan ibunya sambil menyusun nyusun baju anak kesayangannya itu.

"mak!bahaya mak nanti ada orang yang asyik duk perati je Arissa ni, macam mana?"teringat peristiwa yang berlaku semalam.

"tak payah nak mengarutlah kak oi,tak ada siapa lah yang nak tergoda dengan orang pemalas macam awak ni"perli ibunya.Arissa hanya memandang serong suka sangat ibunya memerli.

"eh,berlambak lah orang yang nak dekat Rissa ni cuma prinsip Arissa satu je,kalau Arissa tak suka Arissa tendang je ,eheh hebat kan anak mak ni"Arissa tersenyum senget.

"aii budak ni bebel aje,dah lah sidai baju sana!"pantas sahaja Arissa bangun takut sahaja dia dicubit manja oleh ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience