Rate

Hujan

Romance Series 2397

Amyra

Aku memerhati hujan yang turun dengan lebat itu dari tingkap kelas.Ahh...Macam mana aku nak balik ni?Payung lupa nak bawa.Mak pulak ada kat tempat kerja lagi.Nak redah hujan sorang-sorang,malu pulak orang lain nampak macam orang gila.

Aku memanggil kawanku,Zara yang duduk di hadapanku."Woi Ra"panggilku sambil menepuk bahunya.Dia memusingkan badannya ke belakang."Pe?"tanyanya."Balik rumah dengan aku jom?Aku lupa bawak payung laa"jawabku sambil membuat muka 10 sen.Zara mengeluh untuk seketika.Tak boleh ke?

"Aku balik sekolah dengan pakwe aku.Mungkin kau patut ada pakwe jugak sebab nanti pakwe kau boleh tolong ingatkan kau bawak payung.Ok aku gerak dulu.Bye" katanya panjang lebar sambil melempang lembut pipiku.Aku terkedu untuk seketika guna Zara.Aku bukan tak nak ada pakwe tapi aku tak berminat buat masa ni.

Aku sambung fikir.Siapa boleh jadi mangsa aku hari ini?Tiba-tiba belakang aku ditepuk dengan kuat.Tau kan perempuan bila lempang laki,sekuat hati kan?Ni 10 kali ganda dari lempang tu."Woi bawak payung tak?Hujan ni"tanya pemilik tangan itu.Aku menjeling ke arah pemilik tangan itu."Dah lama hidup?"kataku dengan nada marah.Sumpah sakit hati aku dengan mamat ni."Tak ade la lama sangat.Dalam 17 tahun gitu je"jawab Danny dengan selamba.

Aku mengeluh.Menyakitkan hati je mamat ni.Kan bagus kalau ada cara nak balas dendam.....Tunggu,aku ade idea!Aku cepat-cepat mengemas barang dan menarik tangan Danny."Woi nak gi mane?"tanya Danny.Aku tersengih lalu terus membawanya keluar dari kelas.Sampai sahaja di depan pintu keluar sekolah,kami berhenti sebentar."Kau nak buat apa ni?"tanya Danny lagi.Aku mampu tersengih sahaja.Danny tau sengihan itu membawa malapetaka baginya.

Tanpa berfikir panjang,aku menarik Danny meredah hujan bersama-bersama.

"WOI KAU DAH GILA KE SETAN?!"jerit Danny sekuat hati.Aku tergelak besar."SEKURANG-KURANG AKU TAK NAMPAK MACAM ORANG BODOH LARI DALAM HUJAN SORANG-SORANG!!"balasku dengan nada menjerit juga." KAU NAK SURUH ORANG LAIN NAMPAK AKU BODOH MACAM KAU?!"jeritan Danny kaliini makin membuat aku tergelak besar.Padan muka kau Danny.

Maka kami pun sampai ke rumah dengan basah lencunnya.

NOTE:Jangan la main hujan seorng diri.Bawa la rakan anda sekali.Lagi seronok *thumbs up*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience