Rate

Replace

Fanfiction Completed 558

Sudah hampir 2 bulan Erin terlantar di hospital kerana sakitnya makin lama makin teruk.Badannya tidak dapat bertahan lama lagi .Hidupnya hanya mampu bertahan dengan bantuan oksigen dan juga saluran air yang dimasukkan ke badannya .

"Rin...janji jangan tinggal aku ye" Wendy duduk sambil memegang tangan Erin.

Ruang bilik pesakit hanya kedengaran dengan tangisan Wendy dan bunyi mesin bantuan oksigen saja .

"Gwenchana , gwenchanayo.." ucap Erin perlahan .Dia cuba menggenggam lebih erat tangan Wendy untuk memberi kekuatan pada Wendy .

Selama hapir 2 bulan juga Wendy tidak terlalu kemana .Habis saja kerja , Wendy akan luangkan masanya bersama Erin hinggalah Erin tertidur .

Krak!
Pintu bilik pesakit bernama Erin ditolak perlahan oleh seorang lelaki .Tak lagi tak bukan , suami tersayang Byun Erin , iaitu Byun Baekhyun .Di tangannya , dia memegang sejambak bunga segar yang kelihatan baru saja dibelinya sebentar tadi .

"Annyeong , chagiya" sapa Baekhyun sambil tersenyum manis .Walaupun jauh di sudut hatinya dia tidak sanggup melihat keadaan isterinya sekarang namun dia tetap harus tersenyum buat si isteri .

Erin hanya tersenyum melihat si suami yang sering datang melawatnya biarpun dia sibuk di syarikat menguruskan kerjanya sebagai manager .

Erin membuka tapak tangan ingin menyahut huluran Baekhyun .Nampak saja Erin menghulur tangannya , Baekhyun segera mencapai dan menggenggam erat tangan itu dengan penuh kasih sayang .

Tiba-tiba Erin mencantumkan tangan Baekhyun dan Wendy bersama .

"Eo?! Ri-Rin ya...apa kau buat ni?" tersentak Wendy seketika .
Baekhyun juga terkesima dengan perbuatan si isteri , namun didiamkan saja dulu mendengar penjelasan si isteri .

"Kalau Rin takda ...Rin nak korang berdua bersama sebagai pasangan ...boleh kan?" air mata tiba-tiba berguguran membuatkan suasana lebih suram .

"Rin! apa kau cakap ni! kau takkan kemana pun ...jangan la cakap macam tu!!" Wendy segera menarik tangannya .Dia menyeka air mata Erin.

"Wen , aku tahu .Aku tahu semuanya .Tapi aku rasa senang hati sangat-sangat bila tahu semuanya .Aku bahagia" Erin memberi segaris senyuman .

"Rin! aku tahu aku kawan paling teruk buat kau! tapi aku janji akan betulkan semua semula jadi...jangan tinggal aku .Jangan cakap kau akan pergi .Aku akan cari pasangan untuk diri aku segera kalau kau risau tentang aku ! jadi ....tolong ...maafkan aku" Wendy tunduk lalu menggenggam erat tangan Erin .Air matanya yang terhenti tadi kini mengalir lagi .

"Chagiya..." Erin beralih memandang Baekhyun pula .
"Em?" air mata Baekhyun yang dipaksa tahan akhirnya setitis demi setitis mengalir namun Baekhyun cepat-cepat menyekanya .

"Jaga Wendy baik-baik .Cinta Wendy bagaimana chagi cintakan Rin....itu sudah cukup buat Rin pejam mata dengan tenang" gumam Erin perlahan .

Baekhyun hanya terdiam dan tidak membalas apa .Tangan si isteri masih digenggam erat.Dia menyeka air mata Erin dan mengucup lembut dahi Erin .
"Saranghae Erin..." bisik Baekhyun perlahan .

"Aku tahu Wendy masih menyimpan perasaan pada Baekhyun .Dan aku tahu , Baekhyun dapat menjaga dan mencintai Wendy sebagaimana dia mencintai aku bahkan dia dapat buat lebih baik lagi .Sebab itu ...aku senang hati bila mengetahuinya .Aku hanya harap ...Wendy dan Baekhyun akan disatukan bersama selepas pemergian aku" bisik hati Erin .

//Flashback//
5 tahun lalu ....

University Oxford
"Yeeepeee!!!! finally!!! dah tamat juga belajar!!" jerit Erin sambil melambung topi graduation nya .

"Yahh Rin , hati-hati la .Jangan la lari-lari" Wendy langsung memegang tangan Erin .
"Aishh kau ni over sangat la...aku ok je la .Aku ni kuat tau sebenarnya" ujar Erin bersungguh.

"Em , ye ye kau kuat .Tapi jangan harap aku nak lepas kau berlari sana sini je .Duduk je dengan aku" Wendy memaut bahu Erin .

TIng! bunyi notifikasi masuk . Erin cepat-cepat membuka aplikasi whatsapp nya .Tiba-tiba dia menguntum senyuman .

"Wen , jom ikut aku" Erin menarik tangan Wendy menuju ke suatu arah .

"Yah , pergi mana? tadi kan cadang nak makan dulu apa-apa hal pun .Lapar ni" Wendy memegang perutnya yang sudah berkeroncong .
"Jumpa someone special" Erin tersengih-sengih sendirian .

Tiba di sebuah cafe berdekatan , Erin melangkah masuk bersama Wendy .Tangan Wendy masih tidak dilepaskan sampailah....

"Dah samapai!! duduk-duduk" Erin menarik Wendy duduk di sebelahnya .Di hadapan mereka , ada seorang lelaki yang sudah sedia menunggu kehadiran mereka di situ .Kacak sekali orangnya .Senyuman tak lekang diberikan .

"Mian Baekhyun ssi .Lama ke awak tunggu?" soal Erin lalu membuka seragam graduation nya lalu letak di tepi meja .
"Eh takda lah .Baru je" balas lelaki itu sopan .

Wendy terdiam seribu bahasa melihat lelaki di hadapannya .Tidak tahu untuk berkata apa .

"Erm Wen , kenalkan ni Byun Baekhyun , teman lelaki aku" Erin tersengih hingga nampak barisan giginya saja .
"De? bi-bila korang....."
"Lama dah .Hampir 2 tahun .Mian!! aku bukan nak rahsiakan dari kau pasal relationshin aku! aku cuma nak kenalkan korang secara hadapan je" Erin merapat tangan memohon maaf .

"Aniyo , aku tak kisah pun .Hohh~~ nak dekat 2 tahun dah" Wendy terangguk-angguk sendirian.

"Byun Baekhyun" Baekhyun tiba-tiba menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Wendy.
"Eo? aaa L-lee Wendy, imnida" Wendy menyahut tangan Baekhyun .Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dirasainya pada ketika itu .

"Yey!! korang dah kenal~~ Baekhyun ssi , ini sahabat sejati saya sejak kecil lagi .Dia juga bagaikan nyawa saya .Tanpa dia siapa la saya" sempat lagi Erin mengomel ayat-ayat pasrah.

Baekhyun hanya ketawa kecil melihat reaksi Erin yang comel itu .

"Ehh Wen! jom order dulu.Aku lapar gila ni" Erin memegang perutnya .
"Ha jom!" Wendy sudah bangun dari tempatnya .
"Rin , biar saya belikan untuk awak ye .Awak duduk je sini" celah Baekhyun tiba-tiba .

"Eo? haaa boleh jugak .Korang dua pergi la" Erin bersandar di kerusi dengan senang hati .

"Kajja , Wen" panggil Baekhyun seakan Erin memanggil namanya .
"E-eo..." Wendy hanya akur . "Baru kenal tak sampai 5 minit dia dah panggil nama singkat aku .Nama tu Rin je aku kasi panggil .Tapi...apa kata Rin pula kalau aku larang teman lelaki dia panggil nama singkat aku" bisik hati Wendy .

Tiba di bahagian order , Baekhyun mula memesan aneka seperti kek , roti , latte ais dan juga bun keju kesukaan Erin .

"Awak nak apa? saya belanja" ujar Baekhyun pada Wendy .
"De? aniyo! takpe, saya bayar sendiri makanan saya" tolak Wendy dengan sopan .
"Awak suka strawberry kan? .Saya ambilkan bun dengan kek strawberry untuk awak ye?" soal Baekhyun lagi .
"De? mana....awak tahu?"
"Haha mesti la Rin kasitahu saya .Kadang seharian dia bercerita tentang awak je" Baekhyun ketawa kecil .
"Oh....macam tu..." Wendy terkedu lagi .Dia hanya membiarkan Baekhyun mengambil pesanannya .

Hampir 1 jam lebih mereka borak dan lepak di mini cafe itu .Waktu sudah larut malam .

"Rin , jom balik .Dah tiba masa kau kena makan ubat ni" Wendy memaut bahu Erin .
"Hahaha aku kena makan ubat ke?" Erin ketawa kecil .Sempat lagi berjenaka.
"Rin..." Wendy mengeluh kecil .
"Arraso2 , nak balik la ni " Erin menarik pipi Wendy .

"Wen, terima kasih ye jagakan Erin dengan baik " bisik Baekhyun sebelum Wendy dan Erin bergerak pulang .
"D-de? aa nae...sudah jadi tanggungjawab saya sebagai kawan dia" gugup! itu saja dapat digambarkan dari raut wajah Wendy .Setiap kali Baekhyun mendekatinya , pasti dia rasa sesuatu tak kena .Adakah....

SKIP!!

5 bulan kemudian , Erin ,Wendy dan Baekhyun membuat keputusan untuk pulang ke Seoul , tanah air mereka .Mereka telah pun mendapat kerja tetap di syarikat masing-masing .

Erin bekerja sebagai editor mengikut jurusannya manakala Wendy pula bekerja sebagai juru solek ,sesuai dengan kurus kosmetik yang diambilnya juga .Baekhyun pula bekerja dengan ayahnya di bawah syarikat SL Group yang mengeluarkan brand pakaian berjenama SL .

Setiap hari mereka akan berehat bersama-sama pada waktu tengah hari .Tak lama selepas itu , masuk saja bulan Jun iaitu bulan pertengahan kelendar ,Baekhyun merancang untuk membelikan hadiah buat teman wanitanya dan juga dia berhasrat untuk melamar Erin pada sambutan hari lahir Erin tak lama lagi .

Dia juga bercadang untuk membeli hadiah buat Erin bersama Wendy .Wendy juga bersetuju untuk membeli hadiah untuk sahabatnya namun dia tidak tahu Baekhyun ingin melamar Erin pada hari kejadian nanti .

Suatu hari , Baekhyun dan Wendy mengambil sehari cuti untuk keluar bersama membelikan hadiah buat Erin .Mereka bertemu di sebuah mall .Sekali lihat mereka bagaikan pasangan kekasih yang sedang keluar bersama .

"Awak nak beli apa untuk Rin?" soal Baekhyun .
"Rin suka sesuatu yang unik .Baju ke handbag ke saya tak rasa dia perlukan pun" Wendy memegang dagu memikir .

"Em tapi sebelum tu saya nak awak teman saya beli sesuatu penting kejap .Kajja" Baekhyun mendahului Wendy .
"Penting?" omel Wendy .

Tiba di kedai berlian , Baekhyun menapak masuk sambil melihat koleksi kepelbagaian cincin di dalam balang kaca .

"Kenapa datang sini? awak nak hadiahkan Erin cincin ke?" soal Wendy yang masih tidak kesan apa-apa tentang perbuatan Baekhyun .

"Boleh saya tengok yang ni?" Baekhyun tunjuk ke arah sebentuk cincin berlian yang dihiasi dengan berlian berbentuk hati.Cantik sekali .

"Baik , sekejap ye encik" ujar si pelayan sambil mengambil cincin yang diminta Baekhyun .

Soalan Wendy masih lagi tidak terjawab namun Wendy hanya diamkan diri saja dan menunggu jawapan Baekhyun .

"Tengok jari awak" minta Baekhyun pada Wendy.
"E-eh?" Wendy menjungkit kening .

"Kejap je" Baekhyun tersenyum sambil mengangkat tangan kanan Wendy dan menyarungkan cincin berlian itu .

"B-baekhyun ssi? apa awak...." jantung Wendy berdegup kencang bagai nak meletop saja apabila Baekhyun berpelakuan seperti itu .

"Saya nak lamar Erin pada hari sambutan hari lahirnya nanti.Saya tengok jari awak dengan Erin sama je .Kalau saya ajak Erin tak surprise la .Awak tak kisah kan saya pinjam kejap jari awak?" Baekhyun masih lagi tersenyum .

"A-aniyo! saya tak kisah pun .Chukkhae..." Wendy tersenyum tawar . "Ahh jinjja!! kenapa hati aku sakit tiba-tiba ni !!! sedar diri cepat Wen!! Baekhyun ialah teman lelaki sahabt kau sendiri!!! kau tak boleh simpan perasaan istimewa pada teman lelaki sahabat kau sendiri!!!" jerit hati Wendy .

"Gomawo" balas Baekhyun sopan .

SKIP!

Tiba sambutan hari lahir Erin , ramai teman kerja Erin datang ke rumah Erin .Wendy dan Baekhyun banyak membantu dalam persiapan party itu .

"Wen , Baekhyun ssi , terima kasih ye datang dan sudi tolong buatkan semua ni untuk Rin.Rin happy sangat" Erin tersenyum gembira .
"Rin , saya akan buat apa saja untuk Rin .."Baekhyun menyentuh wajah Erin .
"Huarghh Rin!! dah tua kau!!!" Wendy memeluk tubuh Erin .
"Yahh kau pun tak lagi ea" Erin ketawa kecil dan membalas pelukan Wendy .

"Ehm....Kim Erin ssi...." Baekhyun tiba-tiba melutut di hadapan Erin .
"Eh? B-baekhyun ssi? wae geurae?" terkejut Erin dibuatnya apabila teman lelakinya tiba-tiba melutut di hadapannya bagai melakukan kesalahan besar saja .

"Sudikah...awak jadi isteri saya?" Baekhyun membuka kotak cincin dan ajukan di hadapan Erin.

Erin mati kata dan mampu menekup mulutnya saja .Dia berasa gembira sekali .Hari yang ditunggunya akhirnya tiba jua .

"Jebal!!! cepat la pergi jauh perasaan tak baik ni!! .Kenapa aku perlu cemburu dengan sahabat aku sendiri!!! aku benci dengan perasaan ni!!" jerit hati Wendy .Tanpa sedar , Wendy sudah meneguk segelas alkohol .

"Terima! terima! terima!!" ramai orang turut gembira melihat sesi lamaran yang romantik itu.

Erin langsung memandang ke arah Wendy . Dari jauh Wendy tersenyum sambil mengangguk .Air matanya mengalir membasahi pipi namun diseka secepat mungkin untuk elakkan Erin bersangka lain .

"Em!! saya terima!!" Erin mengangguk laju sambil tersenyum .

Baekhyun lantas menyarungkan cincin yang dibelinya bersama Wendy ke jari Erin .

"Eo? longgar sikit ...saya fikir jari awak dengan Wen-" Baekhyun terdiam sebelum habiskan kata-katanya .
"Gwenchana , sikit je longgar " balas Erin sambil tersenyum . "Terima kasih Baekhyun ssi" Erin memeluk tubuh Baekhyun .

Usai majlis , semua orang bergerak pulang ke rumah masing-masing .Yang tinggal hanya keluarga Erin , Wendy dan Baekhyun saja .

"Omma , mianhae...Baek buat keputusan melulu macam ni tanpa berbincangan dengan omma appa dulu" Baekhyun menunduk memohon maaf kepada kedua orang tua Erin.

"Aniyo!! gwenchana .Ommonim gembira lihat anak ommonim gembira .Terima kasih ye Baekhyun sudi terima Erin" Puan Kim mengusap lembut kepala Baekhyun .

"Aniyo , Baek yang kena ucap terima kasih sebab wujudkan Erin di dunia ni kalau tak...tak berjumpa la Baek dengan Erin" Baekhyun ketawa kecil .

Sedang asyik Baekhyun berborak dengan keluarga Erin , Wendy duduk sendirian di tangga melayan mabuknya yang hampir hilang .

"Wen...gwenchana?" Erin tiba-tiba datang dan melabuh punggung duduk di sebelah Wendy .

"Eh mesti la ok!! .Chukkhae Rin!! .Orang ramai sangat tadi , aku tak dapat dekati kau " Wendy memeluk tubuh Erin .

"Mianhae..." tiba-tiba Erin mengalir air mata .Dia juga memeluk erat tubuh Wendy.

"Ah waeyo~~ .Kenapa nak minta maaf pula ni? kenapa kau nangis di hari penting macam ni? kau patut gembira Rin .Aku pun turut gembira untuk kau , kalau kau nangis aku nak buat apa..." Wendy menepuk perlahan belakang Erin .

"Aku sayang kau ...aku cuma taknak kehilangan kau .Kalau diberi pilihan antara kau dan Baekhyun , aku akan pilih kau lagi...sebab kau sahabat sehidup semati aku" Erin membenamkan wajahnya di bahu Wendy .
"Yah , kau cakap apa ni Rin...aigoo .Dah-dahh .Aku tak kemana pun .Aku janji akan sentiasa di sisi kau ok?" Wendy memaut jari kelinkingnya bersama jari Erin .

"Sebab aku tahu lah aku rasa macam ni...aku tahu Wen.." bisik hati Erin .

//Endflashback//

Sudah hampir sebulan pemergian Erin buat selamanya .Hidup Wendy tidak seceria dulu lagi.Wendy banyak berdiam diri dan tidak berkomunikasi dengan sesiapa .Dia jauhkan diri dari orang ramai .Pulang saja kerja , dia tidak kemana dan terperap dalam biliknya saja.Setiap hari dia akan membaca semua mesejnya bersama Erin dan setiap kali dia memejam mata untuk tidur , air matanya pasti akan mengalir .Rindu sekali sahabat sejatinya.

Ting! satu notifikasi masuk .Wendy hanya melihat notifikasi itu di skrin telefon.Tatkala nama Baekhyun tertera , dia memaksa diri untuk melihat mesej itu .

[ SAYA TUNGGU AWAK ESOK DI NAKSA BEACH PADA JAM 3 PETANG .SAYA AKAN TUNGGU SAMPAI AWAK DATANG] -BAEKHYUN

Usai membaca mesej itu , Wendy menutup telefonnya dan kembali memejam mata.

SKIP!!

Naksan Beach
Sudah hampir 3 jam Baekhyun menunggu namun Wendy masih lagi tidak munculkan diri. Baekhyun setia menanti seperti dikatakan dalam mesej , dia akan tunggu sampai Wendy datang .

Waktu hampir senja .Jam sudah menunjuk di angka 7 malam .Suasana di pantai semakin gelap dan matahari sudah pun terbenam .Hanya kelihatan cahaya langit yang keorengan.Baru saja Baekhyun menapak ingin pergi , tiba-tiba dia ternampak sekujur tubuh berdiri tidak jauh dari tempatnya .

"Wendy ssi!" Baekhyun cepat-cepat mengorak langkah ke arah Wendy .

"Kenapa awak masih tunggu lagi di sini? awak tahu sekarang musim apa? kalau awak sakit mcam mana?!" marah Wendy .Air mata berjurai mengalir .

"Aniyo! saya ok je .Tengok! saya ok je .Baju saya tebal , saya pakai sarung tangan semua lengkap" Baekhyun tersenyum .
"Paboya" Wendy menunduk wajah .

"Gomawo Wen...sebab sudi datang juga ke sini .Saya tak letak harapan pun yang awak akan datang ..." ujar Baekhyun lembut .
"Saya taknak lama.Awak nak cakap apa?" Wendy berdiri memeluk tubuh .

"Saya akan berpindah ke luar negara minggu depan" wajah yang tersenyum tadi kini bertukar serius .
"Bwo? berapa lama?" terkedu Wendy mendengarnya .

"Selamanya..."

Wendy hanya terdiam tanpa membalas apa-apa .
"Ha-hati..hati pergi sana nanti..." suara Wendy makin berubah .Air mata sudah bergenang di mata .
"Jadi...saya datang nak kasi Wen ni.." Baekhyun memberi sepucuk surat pada Wendy .
"Apa ni??"
"Balik nanti awak baca ,awak fikir masak-masak dulu .Saya tak perlu jawapan segera .Saya akan tunggu sampai hari penerbangan minggu depan .Dah , itu je saya nak cakap .Jom la saya hantar awak pulang" Baekhyun memegang tangan Wendy .

"Aniyo , gwenchana .Saya datang dengan kereta.Saya boleh pulang sendiri" Wendy menarik tangannya .
"Kalau macam tu , hati-hati ye Wen.." Baekhyun tersenyum .

SKIP!!
Pulang saja rumah , Wendy segera membuka sampul surat diberi Baekhyun .Tiba-tiba sebentuk cincin yang sangat dikenalinya jatuh di atas riba Wendy .

"Ini bukan ke cincin....." Wendy tergamam seketika lalu cepat-cepat membaca isi surat itu .

{WEN , SEBENARNYA BAEK SUDAH LAMA TAHU YANG WEN MENARUH PERASAAN PADA BAEK SELAMA NI.PADA AWALNYA BAEK JUGA TERTARIK DENGAN WEN , BUKAN HANYA KERANA PENAMPILAN WEN , TETAPI SIKAP WEN .BAEK NAMPAK CARA WEN AMBIL BERAT TENTANG RIN ,WEN LAYAN RIN DENGAN PENUH KASIH SAYANG.WALAUPUN BAEK SUDAH BERKAHWIN DENGAN RIN , WEN MASIH LAGI BERSAMA RIN SAMPAI NAFAS TERAKHIR RIN .BAEK MINTA MAAF JIKA TERSAKITI HATI WEN SECARA TIDAK SENGAJA .TAPI SATU JE BAEK NAK BERITAHU WEN DI SINI...SUDIKAH WEN JADI TEMAN SEHIDUP SEMATI BAEK? .BAEK LAMAR WEN BUKAN KERANA PERMINTAAN RIN TAPI...BAEK IKHLAS SUKAKAN WEN JUGA.KALAU WEN TERIMA , WEN PAKAI CINCIN NI DAN BAWA SEMUA KELENGKAPAN WEN .BAEK AKAN TUNGGU DI LAPANGAN TERBANG NANTI .TAPI KALAU WEN TIDAK SETUJU , WEN BOLEH SIMPAN CINCIN NI SAMPAI KITA BERTEMU LAGI...MUNGKIN .APA-APA, WEN FIKIR DULU SEDALAMNYA.BAEK AKAN TUNGGU JAWAPAN WEN}

Setitis demi setitis air mata mengalir tatkala membaca surat itu .Tidak tahu apa yang harus dirasainya .Sedih? gembira? terharu? pelbagai perasaan mula bercampur baur .

SKIP!!

Tiba di hari terakhir Baekhyun di Korea .Baekhyun masih menunggu kedatangan Wendy .Waktu berlepas hampir tiba .Masih bersisa 30 minit sebelum berlepas penerbangan Baekhyun .

"Itu jawapannya..." Baekhyun tersenyum apabila sudah tiba masa terakhir .Wajah Wendy masih tidak kelihatan .Baekhyun sudah bangun dari tempatnya untuk bergerak ke arah pintu masuk ke lapangan terbang .

"Baekhyun ssi!!!" jerit sebulat suara .
Dengar saja suara itu , Baekhyun cepat-cepat menoleh belakang .

"Mian! .Jalan jam tadi!!" gumam Wendy dengan keadaan kurang oksisen .Di tangan , Wendy membawa sebuah bagasi besar .

"Wendy ssi..." Baekhyun menguntum senyuman .
Wendy mengorak langkah ke arah Baekhyun .
"Jangan lupa tiket saya ea! .Saya takda masa nak fikir beli tiket .Sepanjang minggu saya hanya fikir apa yang terbaik untuk diri saya saja " Wendy menjeling Baekhyun sekilas .

"Aniyo ,tak lupa pun .Ni" Baekhyun meletakkan tiket bersama buku passport di tangan Wendy .Tiba-tiba dia sedar akan sesuatu .Cepat-cepat dia membalikkan tangan kanan Wendy dan melihat jari manis Wendy .

Cincin pemberiannya sudah tersarung kemas dan padan sekali dengan jari itu .

"Gomawo Wendy ssi" Baekhyun mengucup lembut tangan Wendy dan memeluk erat tubuh Wendy .

"Janji jangan tinggal saya" Wendy tidak tahan lagi air matanya .

"Ye , saya janji takkan tinggalkan awak .Saya akan jaga awak sepenuh hati saya" bisik Baekhyun .
"Saranghae Baekhyun ssi" Wendy membenamkan wajahnya di dada Baekhyun .

"Nado..." Baekhyun mengucup dahi Wendy . "Kajja.." Baekhyun menarik tangan Wendy .

"Em!" Wendy hanya membuntuti Baekhyun dari belakang . "Rin...sampai mati pun aku tak dapat balas jasa kau .Tapi apa yang penting sekarang , aku akan jaga Baekhyun dan curahkan kasih sayang aku pada dia sebagaimana aku lakukan pada kau .Semoga kau tenang di sana Rin..." bisik hati Wendy .


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience