Bab 1 (Koperal Hafiz)

Thriller Series 471

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh, kembali lagi bersama serampedia Hari ini kami akan membawakan tajuk "Kisah Seram Tiga Anggota Polis." Baiklah, tanpa membuang masa lagi dipersilakan tetamu Kita pada Hari ini iaitu, Inspektor Hafiz untuk menceritakan kisah seram anda." Kata hos rancangan tv serampedia, Reza Ismail.

Kisah Bermula.....

Baiklah saya akan memulakan cerita. Nama saya Inspektor Hafiz Ghazali. Saya daripada jabatan siasatan jenayah IPD kuantan.

Kisah ini bermula sekitar 5 tahun yang lalu ketika saya masih berpangkat koperal. Ketika itu saya sedang menaiki sebuah kereta peronda polis bersama rakan setugas saya yang bernama Vijay(Kini merupakan Inspektor) sekitar jam 3 pagi. Kami melalui jalan karak highway yang terkenal dengan kisah seramnya.

Pada mulanya, semuanya dalam keadaan normal. sehinggalah saya melihat Ada satu bayangan yang bertenggek di atas pokok. Saya terus minta si Vijay untuk berhenti sebab saya nak tengok, apa benda yang bertenggek tu?

Namun setelah saya lihat, rupanya tiada apa-apa. Masa tu saya dah mula cuak. Tapi saya buat tak tahu saja dan teruskan rondaan.

Sewaktu kami meneruskan rondaan, tiba-tiba muncul sebuah kereta yang memandu dengan sangat laju. Kami apa lagi, terus kejar kereta yang macam tak cukup tahah. Kami dapat tahan kereta itu.

Pemandu kereta itu saya kenal kerana dia merupakan rakan saya sewaktu sekolah dan dia ni memang Jenis yang selalu kena saman. Bila kena saman selalunya muka dia relaks je sebab dia ni gaji besar dan dia dah terbiasa kena saman (Memang takleh pakai dia ni) cumanya, Kali ini muka dia nampak panik sangat macam nampak hantu. Dia pandang saya lalu berkata.....

"Tuan, ada sebuah kereta tersadai kat belakang tu, tuan pergi sana pergi check sebelum terlambat,. Tuan nak saman saya saman je lah." Kata pemandu itu.

Saya dan Vijay berpandangan sesama sendiri. apa yang lelaki itu cakapkan. Selepas di saman, lelaki itu terus pergi dari sana. Saya pelik dengan lelaki itu.

Kami pun pergi ke kereta di lokasi yang diberitahu itu. Pada mulanya saya kurang percaya dengan lelaki itu sebab di bekas penagih. Tapi Vijay tetap desak saya untuk ke Sana kerana dia Ada rasa sesuatu.

Kami pun bergerak ke lokasi yang diberitahu itu. Tiba-tiba, kami melihat Ada kesan darah di atas jalan seakan-akan ada mayat yang diseret di atas jalan. Kami mula cuak.

Saat itu kami sampai di tempat yang dituju. Saat itu kami terkejut, mata kami terbeliak Dan jantung kami berdegup kencang kerana di atas kereta itu ada seekor makhluk yang sangat mengerikan. Kaki dan tangannya panjang Dan rupanya seperti tulang, Rambutnya panjang Dan kusut masai manakala mukanya sangat mengerikan kerana rupanya seperti tengkorak yang berulat dan giginya sangat tajam. Makhluk itu sedang meratah mayat seorang lelaki yang tubuhnya telah dirobek-robek hingga menampakkan tulang rusuk dan organ dalaman.

Kami sangat ketakutan. Kami fikir ingin pergi saja dari situ namun kami membatalkan niat kerana di dalam kereta ada seorang perempuan bersama anaknya yang masih duduk di dalam kereta itu. Mereka nampak tenang seakan-akan tidak perasan apa yang terjadi.

Kami berdua keluar. Vijay mengeluarkan pistol dan menghalakan ke arah makhluk itu manakala Saya menggunakan pembesar suara lalu berkata.....

"Cik...keluar dari kenderaan dan datang kepada kami...tapi jangan toleh kebelakang...

Perempuan itu nampak kebingungan. mungkin dia sedang berfikir "Dah kenapa polis ni, apa salah aku". Perempuan itu keluar lalu menghala ke arah kami. Namun kerana perasaan tertanya-tanya, perempuan itu menoleh........


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dia menjerik sekuat-kuatnya. Perempuan itu terus berlari ke arah kami. Muka dia yang tadi nampak tenang terus menjadi ketakutan.

Makhluk itu yang mendengar bunyi jeritan (Tak tahulah kenapa mereka tak dengar suara speaker tadi) terus mengaum lalu ingin menyerang kami namun Vijay melepaskan tembakan menyebabkan makhluk itu melarikan diri tengan membawa beberapa bahagian daging lelaki tadi. Perempuan itu pula menangis Dan seperti trauma dengan kejadian tadi. Kami panggil bantuan untuk datang ke lokasi kejadian.

Selepas soal siasat, perempuan itu mengaku jika mayat lelaki tadi adalah mayat suaminya yang keluar mencari pertolongan kerana kereta mereka rosak. Dia tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah saya dan Vijay tiba di sana. Jika kami tidak datang mungkin perempuan itu dan anaknya akan menjadi mangsa seterusnya.

Itulah sedikit kisah yang saya dapat kongsikan. Walaupun saya telah mengalamj perkara yang mengerikan, ia tetap tidak melunturkan semangat saya sebagai anggota PDRM untuk terus berkhidmat demi tanah air saya yang tercinta. Itu sahaja daripada saya, Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh dan selamat tinggal.

Share this novel

zarizi Hannan
2024-01-26 15:14:04 

Mcm mana nak beli buku ni ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience