Rate

1

Mystery & Detective Series 814

“Good morning, sleeping prince. Aku ingat kau dah mati ke apa dalam bilik tu,” Fiq menegur sebaik saja aku melangkah keluar dari bilik.

Jam tangan menunjukkan pukul 9.26 malam. Aku yang masih dalam keadaan mamai hanya mengabaikan sapaan Fiq dan terus mengeluarkan sebatang rokok Winston merah daripada kotak.

“Lighter?” soal aku selepas tersedar aku tidak membawa lighter keluar sekali dari bilik. Fiq menghulurkan lighter dan sambung berbaring menonton How I Met Your Mother season 8.

“Lapar doh. Kau dah makan?” Sambil ketis abu rokok ke dalam tin Pringles yang telah selamat dijadikan ashtray.

“Belum lagi. Tunggu kau bangun la sial. Ingat mati dah. Aku dah nak call van mayat dah tadi.”

“Haha. Siot. Tak reti nak kejut aku ke?”
Fiq membuat muka skeptik. “Kau tu kalau dah tidur bukan boleh kacau. Sia-sia kena tikam karang.”

Aku ketawa kecil sambil mengerling ke arah Fiq. Aku jenis susah tidur, jadi aku tak berapa gemar bila tidur aku diganggu. Lagi-lagi disebabkan perkara remeh. Namun tidaklah sampai bertikam. Biasalah, kalau bersembang, hiperbola yang digunakan memang melampau. Silap-silap langit pun boleh runtuh, literally.

“Tunggulah kejap aku nak basuh muka. Kau bersiap dululah,” kata aku.

Aku kembali ke bilik untuk mengambil dompet, henfon, rokok dan lighter. Fiq menunggu di depan pintu rumah, bersedia untuk menutup kipas dan lampu ruang tamu.

“Cepat la woi! Nak pergi makan pun make-up lama ke?” Fiq senyum sinis memandang aku yang terkial-kial menggayakan rambut. Sabar la sial.

• • • • • • • • • •

Sampai di gerai mamak berhampiran, Fiq mengangkat tangan sambil memetik jari bagi memanggil orang yang mengambil pesanan. Penjaga kaunter di gerai mamak mengangkat tangannya sebagai signal ‘tunggu sekejap’.

“So, apa plan weekend ni?” soal aku.

“Entah. Aku takde apa-apa plan pun,” jawab Fiq.

“Takkanlah nak duduk rumah je? Pisang boleh tak?”

Aku pun tak tahu apa yang menyebabkan ‘pisang’ menggantikan perkataan ‘bosan’, tapi bila ramai yang guna aku pun terikut-ikut. Mungkin inilah yang dikatakan bangsa sendiri perosak bahasa.

Ketika khusyuk menghembuskan asap rokok yang sekaligus menyumbang kepada pemanasan global dan penghakisan lapisan ozon, mamak yang mengambil order sampai ke meja. Selepas memesan menu, aku capai henfon dan login ke Twitter. Biasanya hari Jumaat malam macam ini timeline mesti meriah.

Aku scroll timeline dan perasan akan tweet kawan-kawan sekolej kami dahulu sedang sibuk ber-mention satu sama lain.

@AjimAwesome90:  @amatRahman @waniwinie @cik_ida ada spot baek punya area Seremban tu. Aku dah usha dgn Syida kelmarin. Creepy gk la.

@amatRahman:  @AjimAwesome90 @waniwinie @cik_ida bila nk grakk??

@JimmyNeutron:  @amatRahman @AjimAwesome90 @waniwinie @cik_ida woi ghost hunt lagi apa? Hm tak ajak dah sekarang .__.

@cik_ida:  @waniwinie @JimmyNeutron @amatRahman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience