Dugaan

Other Series 2881

Senang x berhijrah???
Hmmm kalau saya sejujurnya TAK... bukan semudah 1,2,3 mahupun ABC... tapi takkan korang nk berputus asa sebelum mencuba kan??? betul x??

Saya teringat dulu pernah saya mula mula try pakai tudung labuh... then lepas kenduri saya pi lepak dengan cousin saya... dari jauh dorang jerit "ustazah dah sampai lahh"
Terasa??? tak tahu lah nk rasa apa... malu sbb di rendah rendahkan...tapi lama lama buat x thu je la...kenapa kita nak malu dengan hijrah kita sedang itu dah perintah Allah
...
Tudung labuh tu bukan untuk ustazah ustazah je tapi itu untuk semua umat Islam kat dunia ni... dah tu awak beza beza kan orang yang pakai tudung labuh tu hanya utk ustazah adakah kita berlainan agama??? Tak kan?? Jadi, usah takut , jangan dengar umpat, caci orang kalau kita nak berubah
...
Ada pakcik saya pun pernah tegur "wahh sekarang dah berstoking pulak"...Allahu pakcikku, kaki kami yang perempuan ni bukan saja saja nak berstoking, tapi ini adalah aurat kami dan wajib kami tutup...amanah Allah yg mesti dijaga dan dilindungi...Mesti ada sbb kenapa Allah suruh tutup kaki kita kerana ada sesetengah lelaki ber "nafsu" hanya tengok kaki je... apatah laki tubuh kita kan??
...
Tapi, yang sesusah susah nak dengar umpat caci perli orang lagi susah nak yakin kan diri sendiri. Betul x?? Jujur, kadang sering saya terkandas dan ini bkn salah sesiapa tapi salah diri sendiri .. salah diri sendiri yang tak kental hati utk istiqamah!! tapi andai awak pun rasa benda yang sama. Tenanglah, saya yakin ini satu ujian dari Allah sbb Dia nk tengok betul ke kita ni betul betul nak berhijrah?? Atau hanya sekadar cakap je... terpulang pada diri sendiri.
...
Tolong jangan berputus asa dalam hijrah awak sbb pahit itu hanya pada permulaan saja kerana syurga itu manis di akhirnya... feel better?? hmmm awak ingat lah yang Allah takkan uji seseorang itu kalau dia x mampu jadi jgn ckp dan jgn ada LANGSUNG
"Aku tak boleh lah nak berhijrah,"
"Hijrah jadi baik??? ermmm x boleh boleh nak follow arr. sorry"

Please always bear in you mind,
"Sesiapa yang mengatakan "Tak Boleh" sebelum mencuba, bererti dia kalah sebelum berjuang"
ingat tu, dan simpan dalam hati

AKU BOLEH , AKU BOLEH, AKU BOLEH!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience