Rate

B A B 3

Romance Series 2130

Sayup-sayup aku dengar ada orang panggil nama aku. Terasa bahu aku digoncang seseorang. Siapa pulak kacau aku tidur ni.

"Ana! Ana! Bangun lah. Kita dah sampai ni. Penat lah kejut kau ni. Takkan lah perjalanan 30 minit pun nak tidur. Adoi..." aku dengar Izzah merungut.

"Dah sampai ke?" Tanya aku sekali lagi untuk kepastian. Mamai pun tak hilang lagi ni. Aku rasa aku pura-pura tidur je tadi tak sangka terlelap betul.

"Dah. Jom turun. Orang lain dah turun tadi lagi. Aku je terpacak kat sini kejut kau. Tidur pun mati ke?" Aku cuma sengih dengar Izzah membebel.

Kami berdua turun ambil beg dan terus masuk kedalam hotel. Wah cantik doo. Mewah giler.. nampak lah exclusive tu. Lobby hotel pun dah luas gile plus cantik, tingkat lain aku tak tahu lah macam mana.

Tiba-tiba terpikir rugi lah pemilik hotel ni dah tak nak sewakan hotel ni untuk pelancong. Kalau aku mesti boleh kaut untung banyak ni. Kalau dia bagi kat aku hotel ni pun cun jugak haha.

"Woi! Berangan ape pulak kau ni. Jom pi daftar. Lepastu kita pergi dekat Dewan Seroja dekat tingkat 2. Semua dah berkumpul kat sana. Budak-budam sekolah Melati pun dah sampai dah." Bagitahu Izzah. Aku hanya mengikut.

Kaki kami melangkah kearah kaunter. Sambil-sambil berjalan kepala aku tak duduk diam betul. Nak jugak tunjuk jakun dekat sini. Tapi sumpah wey cun giler dekorasi hotel ni.

Pusing kanan, pusing kiri, pusing pulak kanan sebab nak tengok keliling hotel ni. Tiba-tiba aku terlanggar pasu besar yang dekat tepi tiang. Gila tak terbalik aku pasu tu besar gila kot.

"Arghh!!" Aku menjerit sekuat hati. Gila tak takut nak jatuh ni wey. Kalau aku arwah kat sini macam mana. Kalau pengsan? Takkan lah jadi reality kot kata-kata aku haritu. Tak nak wey aku gurau jer. Aku terus pejam mata.

Aik? Lama pulak aku nak terjatuh ni. Aku terus bukak mata. Zuppp!! Terus bertembung dengan sepasang mata yang lain. Lawanya mata dia sesuai dengan muka kacak dia tu. Warna kelabu wey. Oh God rasa nak tukar dengan aku je.

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam tak boleh bergerak. Rasa macam terpaku dengan mata dia je. Aku kena sumpah jadi patung ke ape ni? Dah lah tangan dia dekat pinggang aku. Tak selesa tahu tak? Kalau boleh aku nak tolak tangan dia tapi aku tak boleh bergerak woi. Dan mamat ni memang tak reti nak bersuara ke apa. Jangan lah tenung aku saja wey. Boleh pengsan aku macam ni.

"Are you okey little girl. You should be careful next time. If I'm not here you will done little girl. You owe me this time" kata lelaki tu sambil bantu aku berdiri tegak. Gila suara dingin betul sia. Muka pun no feeling masa dia cakap tu. Huh berlagak pulak dia ni.

Dan yang paling aku sakit hati dia panggil aku 'little girl'? Aku dah besar lah bulan depan dah cukup 17 tahun okey. Aku tahu lah dia tu tinggi tapi tak payah lah nak berlagak depan aku. Mentang-mentang aku setakat dagu dia je.

"Ehem" aku basahkan tekak. Gila betul sampai tak keluar suara sedap aku dibuatnya.

"Thanks dah selamat kan saya. Kalau tak dah arwah dah saya?" Sempat juga aku sindir dia. Dia cuma pandang muka aku je. Mamat ni at least balas lah you're welcome ke. Welcome ke. Eee geram aku.

"Wey Ana! Kau tak pape ke? Kau ni jalan tengok lah depan. Pasu besar macam ape takkan tak nampak. Eee macam budak-budak la." Bebel Izzah macam mak nenek. Ditiliknya badan aku kiri kanan. Entah bila dia sampai depan aku.

Haih dia ni agak-agak lah nak membebel pun. Depan mamat ni jugak dia nak ceramah kat aku. Buat malu je ada kawan camni. Sempat aku nampak mulut mamat depan aku ni senyum senget tapi sekejap je lah. Eleh kedekut senyum betul.

"Terima kasih encik sebab dah selamat kan kawan saya. Nasib baik lah encik ada. Kalau tak saya yang kena soal jawab dengan bapak dia" ucap Izzah dekat lelaki tu sambil sengih. Seram wey aku dengar suara Izzah, ayu nak mamposs. Ni mesti dah jatuh hati dekat mamat ni adoi.

Mamat tu hanya senyum tipis je. Amboi dengan orang lain bukan main senyum kalau aku tadi sikit pun tak senyum. Kurang ajar betul.

"Jom lah pergi Izzah kita dah lambat ni." Aku terus heret tangan Izzah. Malas aku lama-lama depan mamat ni. Tapi sempat aku nampak mata dia yang mengekori langkah kami.

----

"Haa yang dua orang belakang tu kenapa lambat? Sesat ke mana dah?" Tanya abi sebaik sahaja nampak kami masuk dalam dewan tu. Semua kepala menoleh ke arah kami. Apa abi ni buat orang segan je. Aku terus menyorok belakang Izzah. Biar dia je lah yang jawab haha.

"Ohh tadi ada accident sikit cikgu. Tapi jangan risau kami okey aja. Hehe sorry cikgu." bagitahu Izzah sambil tersengih-sengih nak cover lah konon nya.

"Macam-macam lah kamu ni, dah ambik tempat duduk kamu. Kita dah nak mulakan ni."

Kami berjalan ke arah tempat duduk yang telah disediakan. Ramai nya manusia. Ni yang aku malas ni ramai-ramai macam ni huh.

Aku dengar suara abi tengah baca tentatif program. Malas pulak aku nak ambil tahu. Lepasni mesti dia bagi jugak kertas tentatif kan? So baik aku baca lepas ni je.

Kepala kembali teringat lelaki yang selamatkan aku tadi. Entah kenapa jantung aku ni nak berdebar tadi. Huh nasib dia tak dengar bunyi jantung aku kalau tak buat malu je. Tak pernah aku serapat tu dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Gila betul tak pasal-pasal aku dapat dosa tadi. Eh kalau tak sengaja takpe kan?

Tapi sepasang mata tu susah betul aku nak hambat dari kepala otak aku ni. Ya Allah kenapa la lawa sangat mata dia. Argh.. yang aku tibe tibe nak pikir pasal mamat tu kenapa?

"Okey semua dah paham apa yang cikgu bagitahu tadi? Kalau dah, kamu semua dah boleh pergi check in bilik masing-masing dulu. Kemudian berkumpul balik dekat dewan ni untuk aktiviti seterusnya." Suara berbaur arahan dari pengetua kedengaran bergema di dalam dewan.

----

"You gais pergi mana sebenarnya tadi sampai lewat masuk dewan." Sibuk je si Feeza ni nak tahu. Kami tengah berjalan menuju kebilik kami masatu.

"Si Ana ni boleh pulak buat drama sebabak dekat lobby tu. Dah lah mamat tu hensem giler wey. Cair aku tadi. Untung lah Ana dapat peluk free tadi." Gedik betul si Izzah ni nak bagitahu.

"Gila ke kau ni? Patut lah ayu semacam kau bercakap tadi. Aku ingat kena sampuk jembalang mana dah. Eee tak hensem langsung mamat tu." Oke part yang tak hensem tu aku tipu je. Memang lah hensem tapi biasa je aku rasa. Eleh biasa lah sangat kau Rissa tadi bukan main jantung kau tu.

"Iya wey?! Wahh untung nya kau Ana. Nanti tunjuk lah dekat kitorang mamat tu. Nak jugak cuci mata sekali sekala." sampuk Nadia. Laa aku ingat Nadia ni tak berminat nak ambil tahu pasal mamat tu tapi sama je diorang ni hm.

"Takde maknanya. Aku rasa dia dah check out tadi. Korang takkan jumpa dah dia. Baik tak payah pasang angan-angan okey." Aku pun berharap dah tak jumpa mamat tu. Sombong je, sakit pulak hati aku tengok muka dia.

"Alaa.. apa kau ni Ana? Takut kitorang rampas dia dari kau ke? Alaa chill lah takkan lah kitorang nak tikam belakang kau. Kitorang cuma nak tengok je." Aku rasa macam nak bagi penumbuk sebijik dekat muka Feeza ni. Diorang bantai gelakkan aku.

"Huh. Suka hati korang lah." Aku terus berjalan tinggalkan diorang kat belakang. Nak majuk lah camni.

----

Aku dapat sebilik dengan Izzah. Feeza pulak sebilik dengan Nadia. Aku selak langsir. Subhanallah. Cantiknya pemandangan dari atas ni. Kalau malam mesti lagi best.

"Ana jom turun dewan balik."

"Aik cepatnya baru je sampai kan bagi lah aku rehat dulu."

"Rehat mende kau ni. Kita kena buat aktiviti seterusnya lah. Jom cepat."

Lambat-lambat aku bangun mengikut Izzah. Kami berjalan menuju ke dewan. Kalau aku nak berjalan sambil tutup mata boleh tak? Aku ngantuk wey. Lagipun jalan ke lif ni straight je. Mesti tak langgar apa-apa kan?

Aku terus pejam mata. Bongok tak aku? Argh aku tak kesah aku penat lah. Aku berjalan perlahan je. Yela tak pasal kalau laju-laju mati pulak aku terlanggar dinding. Aku rasa Izzah dah jauh kedepan dah. Mesti dia dah tak perasan aku sebab sibuk dengan phone dia tu.

"Adoi!" Cis. Aku punya confident tak langgar dinding bukan main tinggi tadi. Last-last tak ke benjol kepala aku ni. Aku tertunduk sambil gosok kepala.

"Kau ni kalau tak buat masalah sehari memang tak boleh eh? Dah takde benda lain ke kau nak buat selain berjalan sambil tidur?" Aik takkan dinding ni bercakap. Ke suara Izzah dah bertukar jadi suara jantan.

Aku terus angkat muka. Speechless! Kenapa mamat ni boleh ada kat sini pulak. Jadi yang aku langgar tadi bukan dinding lah. Gila punya badan keras macam dinding. Sakit kepala aku. Adoii kau ni memang suka memalukan diri lah Rissa.

"Eh suka hati saya lah nak berjalan sambil tidur ke? Nak berenang sambil tidur ke? Ada masalah ke encik?" Balas aku. Saje je nak tutup malu sebenarnya. Dia senyum sinis.

"Aku tak kesah kalau kau nak lintas jalan sambil tutup mata sekalipun tapi yang masalah sekarang kau dah langgar aku. Kalau badan aku yang lawa ni cedera macam mana?" Eh dia pulak yang luka. Aku ni yang dapat telur ayam sebijik kat dahi ni. Dan aku ni tak bodoh lagi lah nak lintas jalan sambil tutup mata. Cari nahas nama dia.

"Takde maknanya nak cedera. Kepala saya ni bukan nya ada pisau sampai nak cedera badan awak tu. Okey lah saya mintak maaf sebab dah menyebabkan badan awak yang lawa tu cedera." Sindir aku. Malas lah nak panjang kan isu ni. Baik aku blah. Lewat pulak aku kali ni adoii.

"Kalau aku tak nak maafkan kau? Kau nak buat apa?" Cabar dia. Ek eleh dia ni mengada-ngada pulak. Aku tumbuk kang terabur gigi.

"Eh kalau awak tak nak maafkan pun saya tak kesah. Saya dah mintak maaf so hal saya dah selesai. Kbye." aku terus blah dari situ. Sempat aku jelir lidah dekat dia haha padan muka. Tak kuasa nak layan. Dia hanya membiarkan aku berlalu tapi sempat aku dengar kata-kata terakhir dia " Urusan kita belum selesai." Aku buat tak kesah jer.

----

Aktiviti yang seterusnya macam biasalah kalau dah kem ni mesti kena bahagikan mengikut kumpulan kan. Tapi benda yang paling aku benci adalah kenapa aku kena segroup dengan Aiman ni. Haish tak puas hati betul lah. Kenapa lah nasib aku malang sangat harini. Nasib baik lah ada sikit nasib baik untuk aku harini. Aku dapat segroup dengan Izzah takde lah aku mereput sorang-sorang nanti.

Aku ni jenis yang malas bergaul dengan orang. Kalau orang tak tegur, lambat lagi aku nak tegur. Tapi aku bukannya jenis yang lokek senyuman macam mamat tadi tu. Eish kenapa pulak aku nak teringat kan dia ni.

"So siapa nak jadi leader ni? Fasi suruh pilih sorang leader yang berwibawa lah untuk pimpin group kita ni?" Tanya Hariz selepas kami selesai intro diri masing-masing. Dia ni budak SMK Melati tu.

"Kau je la yang jadi. Orang lain pun rasanya malas nak jadi leader-leader ni kan semua?" Jawab Amran mewakili kami. Kami semua hanya mengangguk lah ape lagi. Aku pun malas jugak.

"Habis siapa nak jadi penolong aku ni? Takkan lah aku sorang?" Tanya Hariz balik sambil mata memandang 9 ahli kumpulan yang lain.

"Ana nak jadi assistant kau." Tiba-tiba orang sebelah aku ni bersuara. Jap, Ana tu aku kan? Aku rasa aku sorang je dalam group ni nama Ana. Aku pandang sebelah. Cilake punya kawan.

"Ana. Awak sudi ke jadi assistant saya?" Tanya Hariz. Gaya bertanya macam nak lamar aku je. Yerk. Yang orang lain nak bersorak ni kenapa? Aku rasa semua dah mental kot lepas masuk hotel ni.

"Aku rasa Ana tak minat benda-benda macam ni. Kau cari orang lain je lah bro." Aku baru je nak bersuara tiba-tiba suara orang lain yang jawab. Dah kenapa si Aiman ni nak tolong jawabkan untuk aku. Sibuk je kau.

"Betul ke Ana? Kalau awak tak nak takpe nak buat macam mana." Sedih je bunyi jawapan Hariz tu. Haih ni yang buat aku lemah ni.

"Eh tak lah boleh jer kalau nak suruh jadi assistant awak. Bukan susah pun kan?" Jawab aku sambil senyum manis dekat Hariz. Saja je aku nak sakitkan hati Aiman tu. Kau tak layak nak cemburu lah.

"Thank you Ana!" Amboi gembira bukan main dia. Hm aku cuma senyum je.

"So dah pilih ke ketua dan penolong setiap kumpulan?" Tanya fasi Hana. Kami semua menjawab ya.

"Kalau dah pilih, ketua dan penolong boleh datang depan ambil barang amanah ya." sambung nya lagi.

"Jom Ana." Semangat betul mamat ni sabor la gaduh nak pi mana naa. Aku cuma menurut belakang dia.

Sampai je kat meja yang disediakan kat depan tu aku terpandangkan seseorang yang tengah pegang camera DSLR. Tapi dia membelakangi aku. Aik cam kenal je susuk tubuh tu. Tapi sape eh? Ah tak penting pun.

"Meh saya bawak tag ni. Awak bawak beg dengan topi tu." Aku cuba membantu Hariz tapi dia mengelak. Dah kenapa dia ni. Kening aku berkerut memandang dia.

"Takpe biar saya yang bawak semua ni. Saya tak nak awak penat je. Lagipun tak berat pun barang ni semua." Hah! Ternganga aku sesaat. Biar betul mamat ni. Segar ke tidak?

"Kalau macam tu baik tak payah suruh saya ikut awal-awal tadi. Eee pelik betul lah." Bebel aku. Dia ketawa dengar aku membebel.

"Saya ajak awak sebab nak suruh awak teman saya je. Bila lagi nak jalan dengan awek cun." Dia senyum manis dekat aku. Erk... suka hati kau lah. Aku cuma senyap. Malas melayan.

"Lama betul korang pi ambik barang. Ambil barang ke buat barang tadi?" Sindir Amran.

"Alah kau ni bagi lah aku can nak date dengan Ariana ni jap. Dengki betul dia tu." Balas Hariz. Eh eh sejak bila aku jadi gf dia ni pulak. Pandai-pandai je aku tonyoh muka tu baru tahu.

Yang lain hanya senyum mengusik dekat aku dengan Hariz tapi aku buat bodoh jer. Habis takkan aku nak malu-malu biawak kot. Takde maknanya. Bukannya betul pun. Si Aiman tu dah kenapa pulak nak jeling-jeling tajam kat aku macam tu. Eh cik abang kita dengki ke?

p/s : aku pun tak tahu aku dah melalut ke mana dah ni. Apa-apa pun kalau ada typo abaikan dan hope korang enjoy. Jgn lupa votes. bye ?

Share this novel

Nurin Mohd Rozali
2021-05-09 08:47:16 

best la cerita nii. Tak sabar nk nk baca bab baru.. kalau boleh cpt sikit sbb tak sabar nk^_^


NovelPlus Premium

The best ads free experience