Rate

2

Romance Completed 8893

Pagi kali ini tidak begitu memperlihatkan cuaca yang cerah mungkin hujan di tengah subuh tapi tasha kurang menyedari hal itu solat subuh saja tasha terlewat.Kali ini tasha mengenakan baju kemeja berwarna pink lembut dan seluar berwarna hitam yang longgar kasut tinggi berwarna hitam menjadi pilihan tasha hari ini.Tasha mengemaskan sedikit lilitan tudung yang berwarna pink sedikit terang.Selepas bersarapan abang long tasha mempelawa untuk menghantar tasha.Tasha hanya menurut.

"Dik boss adik tu garang tak"
"Ntahlah tapi long my god kerek nak mampus kot"
"Yeke adik bagi penampar adik haa baru dia tahu hahaha"
"tak pasal-pasal adik yang kena sebiji"
"berani dia nak bagi sebijik along nii gangster tau dulu.."
"dah enough .. please laju sikit adik dah lambat"
"hish adik ni yelah-yelah"

Sesampainya tasha di perkarangan tempat kerjanya tasha berlari sedikit bagi menambahkan kelajuannya untuk sampai ke tingkat atas.Tepat menunjukkan pukul 8.00 baru lah tasha dapat merasa lega apabila dia sampai pada masa yang sesuai.Sekali lagi tasha menjadi tumpuan orang ramai tapi kali ini bukan dihina tapi dipuji.Tasha hanya mengukir senyuman ketika ada yang hinggap ditelinganya memuji keanggunan penampilan tasha.Mimpi tasha berubah buruk apabila mamat sewel yang telah digelar nya telah menghentikan pujian-pujian yang diberikan padanya.
"Tasha mafisha masuk office i now" Hanif yang melimpasi meja tasha lantas saja memberi arahan.Tasha hanya menurut .
"sit down first"
"yes encik hanif anything yang bole i bantu"
"Wow.. perubahan drastik ke apa ni u tengok youtube yerr cara nak cantik" Hanif seperti mengejek tasha.
"Hello i tak lah kolot sangat nak tacap kat muka kena tengok youtube dulu"
"U nie baru kerja sehari dah pandai melawan dah u keluar i nak u buatkan i milo panas i taknak susu faham get out"

Tasha mencebik kegeraman " aku sectary ke pembancuh air ke cam mana ni" tasha mengomel sambil menuju ke ruangan dapur kecil yang terletak berhadapan bilik mesyuarat .
"i taknak susu get out amboi sedap nya mulut nak menyuruh ingat aku ni pembancuh air ke apa hello i ada degree kot" Tasha masih juga meneruskan bebelannya.Setelah siap membancuh air tasha menuju semula ke bilik hanif sambil membawa segelas milo yang diminta oleh hanif.

"Encik hanif this is your milo panas yang takdeh susuu" Tasha sengaja menekankan ayat terakhirnya.
"okey go buat kerja"

Tasha keluar dan menuju semula ke mejanya."bukannya nak say thank you ke geram pula aku mamat sewel nii".Tasha mula menekan butang 'onn' pada pc nya.

"excuse me hanif ada"
"yes sorry?" Tasha melihat perempuan yang berpakaian kurang kain dengan lipstik merah di bibirnya membuatkan tasha tidak mendengar dan kurang fokus.
"hanif dia ada kat dalam?"
"ye cik anything i can help you"
"ohh u new sectary hanif ke"
"yes i am .. "
"bagitahu sheila nak jumpa"
"wait a minute cik sheila"

Tasha mengetuk pintu bilik hanif sebaik dibenarkan masuk tasha terus memberitahu apabila mendapat arahan tasha kembali mendapatkan sheila.

" cik sheila u bole ikut i " Tasha berlagak sedikit memandangkan sheila seperti memerhatikannya sejak tadi.
"Encik hanif ..if u want anything u just call me i kuar dulu"
"No u stay kat sini"
"Hanif i nak private antara u dengan i"
"Tasha u duduk kat sofa u main game ke apa selagi i tak suruh keluar u jangan memandai nak keluar"

Tasha hanya mengangguk perlahan."dia ingat aku budak-budak ke nak main game suka hati je nak suruh aku".Tasha kembali mengomel semula. Perbualan antara hanif dan sheila tidak diendahkan malah sudah mula menangkap gambar sendiri sehingga tidak menyedari sheila telah keluar . Hanif yang melihat tasha lantas duduk di sebelah tasha tepat kiraan masa telefon tasha untuk mengambil gambar tasha cepat-cepat membetulkan kedudukannya apabila menyedari hanif di sebelahnya.

"sibuk selfie pastu update kat insta caption benci boss" Hanif memandang tasha yang sudah terkebil-kebil.
"encik hanif ni tak baik tau"
"nii hmm thanks utk milo tu sedap pandai u buat kena kat test i"
"Dah biasa buat air milo fav i "
"yeke teman i lunch nanti nak"
"lunch dengan encik?"
"tak dengan driver i"
"hmm tengoklah"
"no i boss u so u kena dengar cakap i"
"i keluar dulu anything just call me"

Tasha keluar tanpa disuruh."Dia ingat aku nii adik-adik dia ker nak suruh-suruh dah lah geram pula aku mamat sewel nii" .Begitulah tasha yang terkenal dengan bebelannya.Tasha menekan punat galeri di telefonnya tersenyum seketika bila melihat hanif disebelah yang tersenyum menampakkan giginya yang bertaring.Tasha memuji seketika kekacakkan hanif.Waktu sudah menunjukkan pukul 12.30 pm tasha masih lagi tekun menyiapkan laporan yang disuruh oleh hanif.

"Tak reti nak makan ker"Hanif sudah berada di hadapan meja tasha.Tasha melihat jam di tangan kirinya "Ya allah patut perut aku asyik memulas jer"terdetik di hati tasha.
"Encik hanif kalau encik hanif nak pergi makan carry on i belum lapar"Tiba-tiba perut tasha berbunyi.Tasha sudah menyumpah di dalam hati."Time macam ni juga kau nak bunyi buat malu jer"Tasha berkata di dalam hati.
"okay".Hanif hanya berjalan tanpa memandang tasha kembali.Ego! Tidak lama tasha menyedari telefonnya sedang berdering.
"yes mama"
"adik boleh balik jap"
"adik lagi ada setengah jam lagi time rest adik dah nak habis"
"adik please nii haa ada tetamu nak jumpa adik"
"adik taknak lah maa"
"pleasee"
"right kejap jer tau"
"macam tuu baru anak mama"
"okey bye"

Tasha mengambil handbag nya dan berlalu pergi.Dia mendail nombor telefon hanif tapi dimatikan pula.

Tasha yang sudah sampai terus saja memasuki rumah ada dua buah kereta yang berada di halaman rumah mereka.Tasha memandang kehairanan.

"Assalamualaikum" Tasha melangkah ke ruangan hadapan ketika mamanya sedang sibuk menghidang sesuatu.Puan yam yang baru menyedari kehadiran tasha menyuruh tasha ke arah.Hampir tasha menjerit bila terlihat hanif yang sedang menghirup segelas milo yang dihidangkan oleh puan yam.

"Teha ni lah anak bongsu aku Tasha mafisha". Puan yam beria-ria memperkenalkan tasha kepada datin teha.Tengok cara pakai pun dah tahu.Hanif yang menyedari terbatuk kecil.

"Manis sangat ke milo tuu nif" Puan yam yang menyedari hanif seperti kurang selesa.
"Tak auntie just hanif tersedak".
"Hanif ni lah tasha bakal isteri kamu"
"What!!!" Tasha dan hanif menjerit serentak.
"maaa apa nii tasha bakal isteri apa nii"
"mumy explain to me now" Giliran hanif pula bertanya kepada datin Teha.
"Dont worry nif mumy dah arrange semua hal korang so ahad ni u guys kena khawin"
"Sorry auntie tasha mencelah but ada ke tasha say yes pasal plan auntie ngan mama ni"
"mumy please mumy"
"Nif no mumy memang dah rancang lama benda ni since tasha still study lagi hanif ikut cakap mumy ok sayang"

suasana menjadi sepi . Akhir nya hanif memecah kesunyian.

"Mumy hanif dah buat keputusan apa yang baik untuk mumy baik juga untuk hanif so hanif akan khawin dengan tasha" Hanif memandang tasha di dalam hati nya cara ini saja mampu menghindarkan diri daripada sheila.Tasha memandang hanif tajam.
"Hanif dont worry mumy dah atur semu just prepare apa yang patut lah thank you hanif"
"okay mumy"

Tasha hanya berdiam diri."aku nii bukan patung lah semua orang nak tentukan hidup aku".Tasha berbicara di hati.Satu lagi cerita baru akan bermula . Doakan yang baik saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience