Nama aku Azlan. Ini kisah aku waktu perjalanan aku ke Singapore. Waktu keluar dari rumah tu memang teratur sesuai macam yg di rancang tetapi keluar je lambat sikit. Aku drive dari KL ke Singapore ambil masa dalam 6 - 7 jam so memang mengantuk lah aku keluar dalam 4 - 5 petang sebab ada hal tadi so memang kemungkinan pagi esok baru sampai. So aku pergi lah ke hotel berdekatan. Waktu aq sampai je dekat hotel tu aku terus masuk pastu pergi ke lobby.
"Saya Encik Razi. Saya nak booking, ada bilik kosong ?" kata aku kepada penjaga lobby tu. "Ye ada Encik. Tapi kami hanya tinggal satu bilik" kata penjaga lobby tu. "Oh ye bolehlah" kata aku kepada penjaga lobby tu lagi. "Okay baik ni kuncinya, bilik Encik di 4-12 ( Tingkat 4 bilik nombor 12 )" kata penjaga lobby tu sambil bagi kunci kepada aku. "Oh baik terima kasih" kata aku. Sebelum aku nak ke bilik itu penjaga lobby tu kata "Sebelum tu, bilik Encik di sebelah satu bilik yang ada pintu merah. Encik jangan ketuk atau tengok" kata penjaga lobby tu. Waktu tu pun aku dah malas nak layan sebab aq mengantuk so aku hanya angguk sahaja dan malas tanya banyak. Bila aku dah sampai dekat bilik aku memang betul aku nampak bilik yang pintu nya berwarna merah, so aku masuk je lah bilik aku sebab dah malas nak layan.
Pukul 3 pagi aku terjaga sebab aku dengar bunyi kanak kanak gelak, bunyi tapak kaki, bunyi orang belari pastu banyak lah lagi. " Sial mana pulak bising ni ??" kata aku dalam hati sambil mengeluh. Waktu tu aku hanya tunggu je lah untuk bunyi bunyi tu berhenti tapi sampai pukul 4 pun still bising. Memang aku baran dah, aku bangun pastu aku pergi ke bilik yang ada pintu warna merah tu. "We apa bising bising ni orang nak tidur la" kata aku dengan nada yang agak tinggi sambil ketuk pintu tu. Terus diam dah takda bunyi so aku pun pelik la kemudian aku tengok dekat lubang kunci pintu tu mata aku pusing keliling dan kemudian aku nampak seorang perempuan rambut panjang tengah menghala ke dinding. Waktu tu aku rasa bersalah lah pulak sebab ganggu privasi orang so aku pergi ke bilik aku balik dan sambung tidur.
Esoknya aku kemas beg aku dan checkout. Selepas aku keluar je dari bilik aku masih tiba tiba tertarik dengan apa yang ada di bilik pintu merah tu so aku pergi ke pintu merah tu dan tengok balik ke dalam lubang kunci tu. Kalini semuanya merah tak ada apa apa so aku fikir mungkin dia tahu ada orang tengok dia jadi dia tutup lubang kunci tu dengan kain merah.
Aku pergi ke lobby untuk checkout kemudian aku saja tanya kepada penjaga lobby tu tentang bilik pintu merah tu. "Haih.. Encik tengok ke lubang pintu tu kan ?" kata penjaga lobby tu sambil mengeluh. Aku hanya angguk kemudian penjaga itu kata "Ceritanya macam ni.. Dua tahun yang lalu ada seorang wanita yang mati kerana dirogol di bilik tu wanita tu ada rambut panjang dan mata merah, selepas sahaja kejadian tersebut ramai orang kata diorang dengar ada orang menangis, tapak kaki, berlari lari dan lain lain. So pekerja hotel cadangkan untuk tanda bilik tu dengan warna merah agar tiada sesiapa masuk. Jadi saya nak tanya apa yang Encik nampak waktu Encik tengok di lubang pintu tu ?" tanya pekerja lobby tu kepada aku. "Pada mulanya, saya nampak seorang wanita kemudian harini saya hanya nampak warna merah" kata aku. Kemudian aku teringat yang pekerja lobby tu cakap wanita tu ada mata merah dan rambut panjang. Waktu tu memang sumpah aku takut and aku terfikir kalau lah mata perempuan tu warna merah so yang aku nampak adalah m-mata ?? Selepas tu aku hanya bagi kunci tu dan belah je dari situ. Selepas kejadian tersebut aku selalu dengar bunyi tapak kaki orang menangis dan bila aku tidur aku selalu termimpikan wanita tu. Kemudian aku pergi ke ustad berdekatan untuk buang jin tersebut dan allahamdulillah jin tu dapat pergi. So based on this story and pengalaman ni aku dapat lah pengajaran yang jin ni memang wujud disekeliling kita dan kalau kita kacau dia terus dia akan ikut kita.
Guys if you enjoy di story i will try to do another chapter okay ? thank you
Cerita ni kemungkinan hanya cerita rekaan tapi kita perlu tahu dan ambil tahu bahawa jin ni dia memang bahaya ada sesetengah jin yang menghasut orang. Banyak kes orang mati dan diduga kerana dihasut jin. Makhluk makhluk macam ni memang takleh buat main sebab bahaya, sekali kau panggil dia susah kau nak lepaskan dia.
Share this novel