Rate

Bab 4

Romance Completed 6572

Ketika Aina dan Zarif berbual, tiba-tiba pengetua masuk ke dalam kelas bersama seorang budak perempuan . Semua murid bangun untuk memberi salam.

"Murid-murid ni Maya.Maya,sila kenalkan diri."suruh pengetua.

"Hai semua nama saya Nur Maya Erina.Awak semua boleh panggil saya Maya."ujar Maya.

"Ok. Awak boleh duduk di belakang Aina dan Zarif."suruh pengetua sambil menunjuk tempat yang dimaksudkan.

Maya tersenyum memandang Zarif.Zarif membalas senyumannya.Hati Maya sudah terpaut saat melihat Zarif.

Ketika waktu rehat Aina dan Zarif pergi berehat bersama-sama.Maya yang cemburu melihat kemesraan mereka berdua terus menyelit.

"Boleh saya rehat dengan awak berdua?"soal Maya kepada Aina dan Zarif.

Aina dan Zarif berpandangan sesama sendiri.

"Maaf Maya. Kami ni pengawas .Lepas kami beli makanan, kami terus jalankan tugas sambil makan."jawab Aina.

Mereka terus berlalu meninggalkan Maya sendirian dan menjalankan tugas bersama-sama. Maya berasa hampa kerana cubaannya untuk mendekati Zarif tidak berhasil.

"Kau tunggu Aina. Aku akan buat sesuatu untuk menjauhkan kau dari Zarif."ucap Maya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience