Prolog

Romance Series 1696

BUNYI air hujan menyentuh atap semakin laju dan kuat kedengaran. Dalam setiap beberapa minit, bunyi petir dan guruh pasti mencelah. Hujan terlalu lebat, tiada satu rumah pun yang tingkapnya dibuka.

Suasana di luar rumah gelap dan dingin. Bulan pada malam itu tidak kelihatan. Sumber cahaya hanya muncul apabila petir menyambar langit.

Sesekali kedengaran kekek tawa sang kunti...

"Woi, kau buat apa tu?!"

Suara nyaring seseorang mematikan tawaku. Aku terus pasang muka toya. Kepalaku yang menghadap komputer riba ditolehkan ke kanan, ke arah punca suara tadi.

"Alamak aih kau ni Sha, kacau la. Aku tengah gelak sakan kut. Jangan tegur!" aku memarahi. Sebenarnya bukan marah betul-betul. Buat syarat je.

Sha, atau nama sebenarnya Aishah, yang sangat tak suka bila dipanggil "Sha" terus pasang muka bengis.

"Apa kau panggil aku tadi?"

"Oopsy..." Aku tergelak tengok reaksinya. "Mian (maaf)!"

Aishah dah pasang langkah silat, menuju ke arahku. Aku sempat elak sebelum apa-apa terjadi. Aku tak sanggup masuk hospital!

"Kau tak payah nak mian mian sangat eh. Aku debik kau!" Aishah tunjuk sikunya.

Aku yang masih terkekek macam kuntilanak sesat terus menyambar bantal berbentuk tulang ayam di atas katil. "Defense Mechanism" aku.

"Okey okey! Aish! Haa puas?! Dah la jangan kacau aku. Tengah layan 2 Days 1 Night ni!" Sambil berkata-kata, aku tepis serangan-serangan Aishah Si Jaguh Silat.

Aishah turut tertawa suka. Suka dia tengok aku terseksa tak dapat memberi fokus yang penuh pada video Korean variety show kegemaran aku.

"Sampai hati kau kan, lebih sayangkan 2D1N berbanding aku?" Aishah mula bercengkerama. Akhirnya aku selamat tak kena silat.

"Tak cakap apa-apa eh," balasku selamba.

"Merajuk!" katanya sambil pukul aku dengan bantal. Lalu dia melangkah keluar bilik.

Dengan tawa yang masih bersisa, aku bertanya separuh menjerit. "Aik merajuk betul ke tu?"

"Nak turun makan! Bye!"

"Bye!" aku balas.

Baru saja nak tekan ikon "play" di laptop, lagu tema anime Tokyo Ghoul yang aku jadikan sebagai nada dering memecah sunyi.

"Hah, nak apa?" soalku selepas menjawab panggilan.

"Assalamualaikum. Tak reti bagi salam ke?" orang di sebelah sana memerli.

"Ya assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Kedengaran suara orang sana ketawa kecil. Seketika jantungku berhenti berfungsi.

"Haa macam tulah. Susah sangat ke nak bagi salam? Dah banyak kali kan..."

"Haa ya ya saya tahulah encik. Tolong berhenti. Orang tu kalau dah mula membebel memang susah nak stop. Cepatlah cakap, nak apa?"

"Takde. Aku nak mintak tolong ni. Esok kau free tak?"

Free memang free. Esok pun tak ada kelas. Aku sempat berfikir sejenak. Siap menopang dagu.

"Kenapa?" soalannya aku balas dengan soalan. Saja nak memanjangkan perbualan.

"Kalau kau free, jom teman aku makan esok. Aku belanja. Alang-alang aku nak buat urusan kat bank esok."

Untuk seketika bibirku mengukir senyuman.

"Tengoklah macam mana. Nanti apa-apa aku roger. On Whatsapp tau!" aku mengingatkannya.

"Okay. I hope you're free. Tu je nak cakap. Bye. Assalamualaikum." Dia mematikan panggilan.

"Waalaikumussalam..."

Haih. Susahlah macam ni. Aku baru jejak semester 2 di universiti. Adakah aku mampu menahan perasaan yang dah sekian lama bersarang dalam hati ni?

"Argh tak sabarnya nak habis belajar!" jeritku. Kebetulan Najieha, roommate tercinta baru masuk ke bilik. Dia melemparkan pandangan pelik.

Aku sengih tunjuk gigi yang dah rata sebab pakai braces.

"Sabar, babe. Baru sem 2," tegur Najieha.

Huargh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience